in , , ,

Shahz Jaszle Faezah Ilai Drama Siri Asmara 2

CINTAKU TIADA HENTI BUATMU … ASMARA 2

Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ASMARA ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos – 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.

Poster Asmara 2

Sambungan siri ASMARA akan menemui para penonton mulai 8 Mac 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam menerusi slot Lestary. ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Asmara (Shahz Jaszle) telah mengahwini Melati (Faralyna)

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton ASMARA 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac 2011, hanya di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.

Zaliya (Faezah Elai) sering memerhati kehidupan Asmara dan Melati

Ferhad (Fezrul Khan) mendekati Tria (Fiza Elite) untuk mengesan lokasi Adam

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. shahz ni budak baru,tapi disiplin teruk.selalu datang lewat ke lokasi.apa nak jadi.baru nama naik sikit dh mula nk tunjuk belang.contohi lah pelakon lama yang berdisiplin.awak tu budak baru.jangan berlagak sangat dan sering datang lewat.berlakon pun blm bagus lagi

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Callaway Golf Launches New Product Line Razr

Matta Fair 2011 Malaysia Largest Travel Fair at PWTC