in

Shahz Jaszle & Bekas Tunang Tetap Mahu Kahwin

[dropcap]K[/dropcap]etika kecoh isu keluarga Redzwani Puteri, 25, iaitu tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle, 25, memutuskan pertunangan, pasangan tersebut tetap merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Shahrizal berkata, pertunangan yang diputuskan itu hanyalah keputusan keluarga dan ia bukan atas kehendaknya dan Puteri.

“Yang bercintanya adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada pihak keluarga dan bukannya daripada kami. Apa yang saya dan Puteri hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan keluarga kembali pulih.”

Kisah pasangan tersebut menjadi kontroversi apabila ibu yang juga pengurus kepada Shahrizal iaitu Zaleha, 68, mendakwa keputusan untuk memutuskan pertunangan pasangan tersebut hanya akan dibuat oleh keluarga kedua-dua pihak selepas keputusan mahkamah berhubung kes khalwat anaknya pada November depan.

Bagaimanapun laporan akhbar pada Jumaat yang memetik sumber daripada abang Redzwani Puteri iaitu Redzwan Najib tetap mengatakan pihaknya sudah memutuskan pertunangan tersebut pada 10 Jun lalu dengan memulangkan semula dua bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin berlian.

Shahrizal dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian.

Dalam laporan sama juga menyebut, selepas pertunangan mereka diputuskan kedua-duanya masih tetap berjumpa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malah Shah Jaszle ada bejumpa keluarga puteri untuk menjelaskan segalanya. Namun Shah Jazle tidak memaksa keluarga Puteri mempercayainya dan menurutnya dia mahu memberi fokus kepada perbicaraan kes khalwat yang akan berlangsung pada 12 November ini.

Terdahulu dalam rancangan hiburan Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal iaitu Farah Nurizzati Salleh, 21, mendakwa penangkapan khalwat merela bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.

Kedua-dua mereka telah ditahan atas kesalahan khalwat pada 16 Mei lalu di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

sumber : mStar online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre Nikah Esok Akui Sangat Berdebar

Betul Ke Daphne Iking Meluat Dengan Sharnaaz Ahmad?