in ,

Shahrol Shiro Kini Penyampai Radio Suria FM

Stesen radio milik Kumpulan Radio Star Media (SMRG), Suria FM telah mengumumkan Shahrol Shiro akan menyertai stesen radio berkenaan sebagai penyampai berkuatkuasa Isnin ini.

Pengumuman Shahrol sebagai penyampai baru Suria FM telah diadakan pada 10 Julai bertempat di Caffe Pascucci, Tropicana City Mall turut dihadiri Ketua Pengurusan SMRG seperti Dato Aminuddin Rouse (Pengerusi SMRG), Roy Tan (Ketua Poegawai Eksekutif SMRG) dan Subarma Mohtaruddin (Pengurus Besar Program Suria FM) serta penyampai-penyampai Suria FM yang lain seperti DJ Lin, Zulin Aziz, Fizi Ali, Halim Othman, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya.

Untitled

“Pemilihan Shahrol adalah berdasarkan karisma dan bakatnya dalam menyesuaikan diri dan watak yang dilontarkan kepadanya. Kami melihat Shahrol sebagai seorang penghibur yang akan memberikan pesanan dan informasi dalam suasana yang lebih santai.” kata Subarma Mohtaruddin, Pengurus Besar Program Suria FM.

“Dengan tambahan ahli keluarga Suria ini, kami mengharapkan ia akan menjadi perangsang kepada pendengar untuk mendengar Suria sepanjang hari, setiap hari.” tambah Subarma lagi.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie, 33 tahun yang juga merupakan pelakon dan pengacara akan digandingkan bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali di segmen Suria Pagi.

“Oleh kerana kini Suria sedang memperluaskan platform digital dengan penerbitan program-program original, diharapkan penglibatan Shahrol dapat membawa jenama Suria ke tahap yang lebih tinggi,” kata Shahida Azad Jamaludin, Pengurus Kanan Penjenamaan dan Digital Suria.

Gandingan trio ini telahpun ke udara pada hari Isnin tanpa memperkenalkan siapa pemilik suara ketiga. Pengumuman siapakah pemilik suara tersebut dibuat menerusi segmen Suria Petang kelolaan Tyzo dan Suraya. Dan yang lebih menarik, pendengar Suria yang dapat meneka suara Shahrol menerusi akaun WeChat Suria FM akan memenangi wang tunai sebanyak RM200!

Dengarkan celoteh dan keletah trio baru Suria Pagi iaitu Zulin, Fizi dan Shahrol menerusi frekuensi Suria di negeri-negeri anda setiap hari bermula jam 5 pagi hingga 10 pagi. Layari juga media sosial Facebook dan Instagram Suria serta laman web www.suria.my untuk mengetahui maklumat dan aktiviti terkini Suria.

Untitled

Mengenai Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria FM beroperasi secara rasminya pada tahun 2007 dan mensasarkan pendengar Melayu yang berusia 24 hingga 34 tahun yang berada di bandar dan juga luar bandar. Suria menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini dan membawakan segmen-segmen utama seperti Suria Pagi, Menu Suria, Waroong Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Carta 30, Grandstand Suria, Carta 3D dan Suria Baek Bangat adalah antara segmen pilihan ketika dihujung minggu.

Dengan 2.2 juta jumlah pendengar, Suria kini telah memperluaskan lagi jenama menerusi platform digital yang merangkumi seleksi pengisian yang lebih menhiburkan dengan penerbitan program-program original di Suria TV. Pendengar juga dapat berhibur menerusi program Jelajah Suria yang telah bermula sejak bulan April 2017.Seiring dengan ‘tagline’, Suria, Segalanya Hiburan, Suria kini adalah lebih dari sebuah radio.

Segalanya hiburan di www.suria.my serta ikuti kami di laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Ikuti Suria FM di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani 2 | 17

Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim dalam eBu Babypedia Musim Kedua

Peraduan Premiere With Budiey – Filem ATOMIC BLONDE