in ,

Shahrol Shiro Tamatkan Zaman Duda Tahun 2016

Pelawak dan penyampai radio Era Fm, Shahrol (Shiro) merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun depan. Bagaimanapun, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 31, belum bersedia mendedahkan identiti wanita tersebut kepada umum.

“Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

“Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum,” ujarnya kepada mStar Online.

Shahrol ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Restoran Live House, di sini, pada Selasa.

Ditanya mengapa mengambil masa lama untuk berumah tangga semula, Shahrol berkata, dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu.

“Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi.

“Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat,” ujarnya.

Sementara itu, Shahrol berkata, hubungannya dengan bekas isteri berakhir kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun. Bagaimanapun, katanya, hubungan dengan bekas isteri masih baik.

“Saya dengan bekas isteri masih baik dan saya juga sering bertemu anak saya kerana buat masa ini penjagaan anak saya serahkan pada bekas isteri.

“Dia pun belum kahwin lagi, Insya-Allah dia pun akan berkahwin dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Perdana Drama Bersiri AQUARIUS Secara Eksklusif

Pelakon Indonesia Dedah Pegang Watak Dalam STAR WARS: THE FORCE AWAKENS