in , ,

Shah Firdaus Bangkit Rebut Kedudukan Di tempat Kedua

Pastinya tumpuan seluruh rakyat Malaysia hari ini tertumpu bagi acara berbasikal Keirin lelaki menyaksikan peserta negara Dato Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.

Walaupun pada mulanya, Shah Firdaus terbabit dalam kemalangan di pertengahan perlumbaan saringan kedua acara keirin Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo beliau kemudian bangkit menyertai perlumbaan repechages sekaligus merampas kedudukan ditempat kedua mengalahkan peserta dari Perancis, Republik Czech dan China.

Shah Firdaus Bangkit Rebut Kedudukan Di tempat Kedua

Itu antara reaksi rakyat Malaysia ketika menyaksikan perlawanan hari ini apabila Shah pada mulanya dilihat berada dikedudukan kurang memuaskan namun bangkit dan memberikan pecutan membanggakan.

Bagaimanapun, kelihatan Shah Firdaus pada mulanya dilihat bakal mengalami kemalangan kali kedua apabila beliau dihimpit sedikit oleh pelumba France, Sebastian Vigier.

Untuk rekod, Shah mengalami kecederaan di bahu kiri  akibat dihimpit pelumba Britain, Jack Carlin dan insiden berkenaan turut membabitkan pelumba Australia, Matthew Richardson.

Shah Firdaus Bangkit Rebut Kedudukan Di tempat Kedua

Shah Firdaus Dikejarkan Ke H0spital Usai S4ingan Repechages

Shah Firdaus Sahrom dilaporkan telah dikejarkan ke H0spital Universiti Juntendo, Shizouka,  usai saingan repechage untuk tempat ke suku akhir acara Keirin Olimpik Tokyo 2020.

Menurut laporan Stadium Astro, pemeriksaan lanjut akan dijalankan ke atas pelumba basikal negara itu bagi mengetahui keadaan sebenar beliau.

Wartawan Nadi Arena yang kini berada di Jepun, Bazly Azmi menerusi satu hantaran di Twitternya meminta orang ramai untuk mendoakan pelumba basikal negara itu selepas dia disyaki mengalami keced3raan p4tah tul4ng rusuk.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar berhenti dari menyer4ng akaun media sosial pelumba basikal Great Britain, Jack Carlin ekoran dari kem4langan memb4bitkan Shah Firdaus tadi.

“Kita kena profesional kerana kemalangan dalam keirin adalah satu perkara yang normal,”

– Shah Firdaus

Shah Firdaus sebelum itu telah mempamerkan semangat juang yang luar biasa sehingga bangkit menduduki tempat kedua dalam saingan repechage sekaligus layak ke suku akhir meskipun dalam dalam keceraaan selepas terlibat dalam kemalangan saringan kedua kerana bergesel dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin dan turut melibatkan Sergey Ponomaryov.

Sama-sama kita doakan agar Shah Firdaus kembali pulih dan tidak mengalami sebarang keced3raan serius.

Dia dan Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan untuk berlumba dalam pusingan suku akhir esok.

Shah Firdaus Bangkit Rebut Kedudukan Di tempat Kedua

Namun, Shah Firdaus kini dilaporkan sedang mendapatkan rawatan lanjut berkenaan kecederaan yang dialaminya selepas perlawanan keirin tadi.

Apapun, tahniah Shah Firdaus dan The Pocket Rocketman, semoga berjaya membawa pulang medal untuk negara. Malaysia Boleh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil, Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif

Zynakal & Dayang Nurfaizah Bergabung dalam SAYANG AKU TANYA APA KHABAR