in ,

Gambar Sekitar Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 Minggu Pertama

SEJATI LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 32 MINGGU PERTAMA 

Ahad lalu, 10 buah lagu telah melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) minggu pertama dengan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan telah dipilih sebagai lagu terbaik. Namun, lagu nyanyian asal Faizal Tahir yang telah disampaikan oleh Azmi Caliph Busker itu tidak semestinya akan terus layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32). Persembahan minggu pertama telah diadili oleh juri professional AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Persembahan Penutup oleh Ning Baizura & Jaclyn Victor

10 buah lagu yang telah membuat persembahan mengikut turutan adalah:

No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
1. AISYAH PROJECTOR BAND Razif Razif
2. BUKAN PROPAGANDA SYAMSUL YUSOF & MAWI Syamsul Yusof Syamsul Yusof
3. AKHIRNYA, CINTA SALMA Ajai Slen
4. SEJATI AZMI CALIPH BUSKER Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir & Mike Chan
5. BAYANG KHAI BAHAR Alam (Harry Khalifah) Patrick Anahoda
6. DISANA CINTA DISINI RINDU TAJUL & WANY HASRITA Patrick Kamis Patrick Kamis
7. MATA AYDA JEBAT Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak
8. AMBOI ALTIMET Navigator Altimet
9. AKU YANG SEBENAR HAZAMA THE PENGLIPUR LARA M.Nasir Ad Samad
10. SEGALANYA HAQIEM RUSLI Ibnu, Gouffran & Danny Ibnu, Gouffran

 

Pentas SFMM32 minggu pertama telah dibuka dengan persembahan memukau oleh Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Lelaki Teragung. Selain Dayang, separuh akhir minggu pertama ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan Raihan dengan lagu Puji-Pujian dan Thank You Allah dan juga Ning Baizura & Jaclyn Victor dengan lagu Dimana Dimana dan Beribu Sesalan.

Jangan lupa untuk saksikan persembahan 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu kedua pada 5 November ini, jam 10 malam di TV3. SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan juga youtube @TV3Malaysia. SFMM 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!. Orang ramai yang ingin menonton SFMM32 minggu kedua boleh mengambil tiket di Kaunter Pengawal Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 1 November ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Tiket adalah terhad. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM32 bagi menghangatkan lagi minggu Separuh akhir Muzik-Muzik 32 di laman sosial anda!

7. Ayda Jebat - Mata

6. Tajul & Wany Hasrita - Disana Cinta Disini Rindu

5. Khai Bahar - Bayang

4. Azmi Caliph Busker - Sejati (LAGU TERBAIK minggu pertama)

3.Salma - Akhirnya Cinta

2.Syamsul Yusof & Mawi - Bukan Propaganda

1.Projektor Band - lagu Aisyah

Persembahan Pembukaan Memukau Dayang Nurfaizah

Persembahan daripada kumpulan Raihan

10.Haqiem Rusli - Segalanya

10 semi finalis minggu pertama SFMM 32

9. Hazama- Aku Yang Sebenar

8. Altimet - Amboi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Bakal Bertunang Dengan Fazura, Ini Jawapan Fattah Amin

Netizen Teruja Wajah Fattah Amin Lebih Kacak dari Biasa di Pelancaran Tilam King Koil