in ,

Siapa Seth Larney – Pengarah Kesan Visual

Pengarah dan Pengarah Kesan Visual, Seth Larney berkerja dengan produksi di Australia yang terbabit dalam pembikinan filem popular The Matrix Reloaded and Revolutions; Star Wars: Revenge of the Sith; Xmen Origins: Wolverine; Stealth; Superman Returns; Fools Gold dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Beliau memulakan karier sebagai pengarah teknikal dan kemudian menapak selangkah ke hadapan dengan terbabit dalam pengarahan disebalik tabir sebelum berjinak-jinak menjadi pengarah drama.

Salah satu hasil karya beliau adalah Hipsters, di mana drama tersebut berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi pada tahun 2015 untuk Australian Network SBS2 dan memenangi anugerah Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA) untuk Pengarahan Terbaik di 5th AACTA Awards.

Sebagai Eksekutif Produser dan Pengarah Kesan Visual, projek kedua pada tahun 2015 turut dianugerahkan anugerah AACTA untuk Dokumentari Terbaik bagi filem That Sugar dan meraih jumlah tontonan tertinggi sepanjang zaman di Australia bagi program tersebut.

Seth juga telah menubuhkan Chaotic Pictures dan Chaotic Post sejak lima tahun lalu di Sydney, bekerja sebagai pengurus VFX menerusi banyak projek di televisyen dan muzik video filem, Black & White & Sex and Thirst dan TV siri Miracles bersama Essential Media.

Beliau bakal terlibat dalam pengambaran filem Subject 14 pada2017 sejurus selepas filem Tombiruo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Edrie Hashim, Pak Ngah & Ajai Cari Peserta Program 3 JUARA

Peraduan Premiere With Budiey Filem KUBO & THE TWO STRINGS