in , ,

Sesuatu Yang Luar Biasa Menanti Anda di Good Vibes Festival 2019

Acara Good Vibes Festival 2019 akan berlangsung hujung minggu ini yang akan menghimpunkan artis dalam dan luar negara untuk satu acara muzik yang anda tidak akan lupakan.

Selain daripada itu, drama popular Netflix, Stranger Things turut hadir dengan #StrangerVibes di Good Vibes Festival 2019!

#StrangerVibes akan memberikan anda pengalaman yang awesome lebih-lebih lagi dengan suasana hutan yang chill di The Ranch @ Gohtong Raya ibarat anda berada sendiri di Hawkins. Khas hanya di #StrangerVibes anda dapat merasai pengalaman ‘Upside Down’ yang real dengan pelbagai hiasan berkonsepkan Stranger Things di sini nanti.

Sebelum naik ke atas, pastikan anda bawa persalinan gaya 80an terbaik anda. Barulah lagi best untuk OOTD di Good Vibes Festival! Ini adalah antara tarikan #StrangerVibes yang anda bakal jumpa nanti.

Rasai Pengalaman Awesome ‘Stranger Vibes’ Hanya Di Good Vibes Festival 2019

1. Byers’ Living Room (Stranger Things 1)

Stranger Things 3

Masih hiasan lampu yang dihasilkan Joyce Byers di rumahnya untuk berkomunikasi dengan anaknya yang terperangkap di dunia Upside Down? #StrangerVibes akan memastikan lampu di set ini akan terpasang untuk anda datang dan rasai sendiri perasaan duduk di sini.

2. Palace Arcade (Stranger Things 2)

Stranger Things 3

Siapa sahaja yang tidak suka permainan arked? Ini merupakan salah satu tempat paling memorable dalam Stranger Things 2. Netflix akan bawa Palace Arcade ke Good Vibes Fetival untuk anda dapatkan markah tertinggi untuk permainan video klasik Dig Dug, Galaga, Pac-Man, Donkey Kong dan banyak lagi. Ada hadiah khas menanti anda di sini nanti!

3. KL Skyline Photo Wall (Stranger Things 3)

Masih ingat bunga api di Independence Day Carnival dalam Stranger Things? Kemeriahan berkenaan akan dihasilkan pula di Kuala Lumpur pada skala yang lebih besar!

4. Demogorgon kembali!

Stranger Things 3

Pernah terfikir mahu berdepan dengan Demogorgon? Inilah peluangnya untuk anda bertemu Demogorgon yang buat kacau bilau bandar Hawkins di Good Vibes Festival. Jangan lupa rakam momen anda bersama Demogorgon nanti.

Selain itu, pameran artis dari Malaysia, Ong Lyn-Hui yang terpilih sebagai salah seorang artis khas oleh Netflix untuk Stranger Things turut akan diadakan sempena #StrangerVibes. Inilah masanya untuk anda melihat dengan lebih dekat karya Lyn-Hui dan menang hadiah khas dengan menggunakan stiker khas untuk posting di Instagram anda.

Anda yang akan ke Good Vibes Festival 20 dan 21 ini, jangan terlepas peluang untuk ke semua tarikan #StrangerVibes ini. Buat peminat setia siri ini, pasti anda akan lebih teruja dan kena rakam gambar banyak-banyak di sini nanti. Jangan lupa tag #StrangerVibes dan @NetflixMY di setiap gambar Instagram anda. Jumpa anda di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video: Putus dengan Redza Rosli Sebab Oktovia Manrose, Ini Penjelasan Ayda Jebat

Faizal Ismail Berhijrah Ke UK, Peruntukkan RM500K Sambung Belajar