Roadshow Serba Interaktif Dengan Pelbagai Hadiah, Aktiviti Menarik Dan Teknologi Bateri Paling Nipis!
vivo Malaysia kembali mencuri tumpuan dengan penganjuran vivo V50 Lite 5G Superday Roadshow yang akan berlangsung dari 14 hingga 18 Mei 2025, bertempat di Sunway Velocity Mall, Tingkat 1 (V-Boulevard). Acara ini bukan sekadar ruang pameran telefon pintar – ia adalah satu festival mini teknologi dengan pelbagai aktiviti, cabaran interaktif dan peluang memenangi hadiah lumayan!
Acara ini bertujuan untuk memberi pengguna peluang mendekati dan mencuba sendiri kehebatan vivo V50 Lite 5G, terutamanya ciri unggul BlueVolt Battery 6500mAh yang menjanjikan pengecasan sekali untuk kegunaan berhari-hari.
Cabaran TikTok, Hadiah Mingguan & RM600 Tunai Untuk Dimenangi!
Untuk korang yang aktif di TikTok, vivo menjemput anda menyertai #BlueVoltBatteryMissionMY Challenge bermula 1 Mei hingga 18 Mei 2025. Apa yang perlu dilakukan?
- Cari #BlueVoltBatteryMissionMY di TikTok
- Tekan hashtag dan klik Join Now
- Rakam dan muat naik video kreatif anda tentang vivo BlueVolt Battery
- Tambah #BlueVoltBatteryMissionMY dan tag @vivo_malaysia
Video paling menarik dan kreatif bakal memenangi hadiah mingguan vivo V50 Lite, dan anda juga berpeluang rebut tunai RM600. Ini bukan sekadar konten suka-suka – ini peluang buat duit dan telefon baru!
Superday Stamp Challenge: Sertai Aktiviti, Dapat Hadiah Percuma!
Pengunjung roadshow juga boleh menyertai cabaran Superday Stamp Challenge. Ada beberapa stesen interaktif yang wajib disinggah seperti:
- Durability Showcase: Demonstrasi ketahanan vivo V50 Lite terhadap hentakan dan air
- Reflex Rush Challenge: Ujian kepantasan refleks yang mencabar
- Photo Booth Capture The Moment: Ambil gambar cantik untuk kenangan dan media sosial
Lengkapkan semua stesen dan anda layak menebus aiskrim percuma (hujung minggu) atau hadiah eksklusif (hari biasa)!
Beli Dan Menang! Pelbagai Hadiah Untuk Pembelian RM1,099 Ke Atas
Nak shopping sambil menang hadiah? Senang je! Hanya perlu berbelanja minimum RM1,099, dan anda layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah hebat seperti:
- DJI Neo Drone
- OSMO Mobile 7
- OSMO Action 4 Adventure Kit
- Bluetooth Selfie Stick
- vivo Backpack
- Phone Stand
- Kerusi Camping (Camping Chair)
Eksklusif tambahan: Pembeli pertama 50 unit vivo V50 Lite juga akan menerima beg gim vivo percuma! Ingat, siapa cepat dia dapat!
Teknologi Hebat Dalam Reka Bentuk Nipis – vivo V50 Lite 5G
vivo V50 Lite 5G hadir dengan reka bentuk ultra-nipis hanya 7.79mm, tetapi membungkus bateri BlueVolt 6500mAh yang tahan lama dan menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge. Lebih menarik, fungsi reverse charging membolehkan telefon ini mengecas peranti lain – macam powerbank dalam poket!
Dengan jaminan ketahanan tahap ketenteraan, IP65 kalis debu dan air, dan 5 tahun jaminan prestasi lancar, ini adalah telefon ideal untuk pengguna aktif. Untuk pencipta kandungan pula, kamera utama 50MP Sony IMX882, pencahayaan bertaraf studio, dan AI Imaging memang cukup padu untuk hasilkan gambar dan video yang WOW.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa inilah antara roadshow paling lengkap dan menyeronokkan yang pernah dianjurkan untuk produk telefon pintar. Gabungan antara teknologi, keseronokan, ganjaran dan interaktiviti menjadikan ia bukan sekadar promosi produk, tapi satu pengalaman penuh gaya dan impak. Untuk korang yang ingin lihat sendiri kehebatan bateri BlueVolt atau cuba nasib menangi hadiah, pastikan anda hadir ke Sunway Velocity Mall sebelum 18 Mei ini!