in , ,

Sertai vivo Bowling Challenge & Menangi Hadiah Eksklusif vivo

Rasai Sendiri Kuasa V50 Lite 5G Dalam Cabaran Bowling Paling Happening Di Malaysia

Buat korang yang suka aktiviti mencabar dan dalam masa sama nak tengok sendiri kehebatan telefon baharu vivo, inilah peluang korang! vivo Malaysia kini sedang mengadakan satu aktiviti interaktif yang cukup menyeronokkan – vivo Bowling Challenge – di beberapa vivo Concept Store dan juga stor Maxis terpilih. Bukan sekadar suka-suka, cabaran ini bukan saja menguji skill korang tapi juga beri peluang untuk menangi barangan eksklusif daripada vivo, selagi stok masih ada.

Apa yang bestnya, cabaran ni diadakan bersempena pelancaran model terbaru vivo V50 Lite 5G, yang bukan calang-calang telefon. Nak tahu kenapa Budiey kata macam tu? Jom kita tengok apa yang buat telefon ni betul-betul berbaloi untuk dimiliki.

Sertai Vivo Bowling Challenge & Menangi Hadiah Eksklusif Vivo

V50 Lite 5G: Telefon Bateri Besar Yang Paling Nipis Setakat Ini

vivo V50 Lite 5G yang baru sahaja dilancarkan minggu lalu kini mencuri tumpuan dengan teknologi bateri paling gempak setakat ini. Telefon ini hadir dengan bateri BlueVolt 6500mAh, iaitu kapasiti besar yang disumbat dalam rekaan ultra nipis — hanya 7.79mm sahaja ketebalannya! Apa maksudnya? Korang boleh cas sekali, dan guna berhari-hari. Tak perlu risau nak bawa powerbank ke sana sini.

Yang lagi syok, telefon ni ada fungsi pengecasan pantas 90W FlashCharge, dan bukan itu sahaja, boleh juga jadi powerbank kepada telefon lain dengan fungsi reverse charging. Memang sesuai sangat untuk pengguna aktif dan ‘kaki content’ yang selalu on-the-go.

Sertai Vivo Bowling Challenge & Menangi Hadiah Eksklusif Vivo

Rekaan Lasak, Prestasi Padu, Kamera Sony Untuk Hasil Gambar Gempak

Bukan setakat tahan lama, V50 Lite 5G juga tahan lasak. Dengan tahap ketahanan gred tentera dan perlindungan IP65 daripada debu dan air, telefon ni memang dibina untuk bertahan walaupun dalam penggunaan harian yang ekstrem.

Telefon ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882 yang disokong oleh kecerdasan buatan (AI)serta pencahayaan bertaraf studio, menjadikannya pilihan ideal untuk pencipta kandungan, vlogger dan pengguna media sosial. Sama ada korang nak rakam vlog, buat IG Story, atau shoot TikTok — semuanya boleh dilakukan dengan hasil visual yang tajam dan terang.

vivo juga memberikan jaminan prestasi lancar selama lima tahun, jadi memang sesuai untuk korang yang perlukan telefon jangka panjang yang tak cepat ‘lemau’.

Jom Sertai vivo Bowling Challenge Dan Tunjuk Skill Korang!

Kalau korang nak cuba sendiri kehebatan vivo V50 Lite 5G, vivo turut menjemput semua untuk sertai cabaran vivo Bowling Challenge yang kini berlangsung di stor terpilih. Bukan setakat tengok demo, korang juga boleh menang hadiah eksklusif!

Cara nak sertai senang je:

  1. Main permainan dengan jatuhkan tin menggunakan telefon vivo!
  2. Cuba sendiri peranti vivo seperti V50 Lite, Y29 dan Y39.
  3. Kongsi pengalaman korang di media sosial dengan 3 hashtag wajib:
    #vivoV50Lite #vivoMalaysia #vivoBowlingChallenge

Nak tahu kat mana lokasi cabaran ni berlangsung? Klik pautan berikut untuk senarai stor vivo terpilih: DI SINI

Atau kunjungi stor rasmi Maxis terpilih di pautan ini:

Sertai Vivo Bowling Challenge & Menangi Hadiah Eksklusif Vivo

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang yang selalu review gajet, Budiey rasa vivo V50 Lite 5G ni betul-betul beri nafas baharu dalam kategori telefon bajet premium. Dengan gabungan bateri tahan lamapengecasan ultra pantaskamera berkualiti tinggi, serta rekaan nipis tapi kukuh, telefon ni memang ada pakej lengkap untuk pengguna moden.

Cabaran Bowling yang dianjurkan pula bukan sekadar promosi biasa-biasa. Ia interaktif, menyeronokkan dan paling penting, bagi peluang kepada pengguna untuk rasai sendiri kehebatan telefon vivo. Kalau korang tengah mencari telefon baharu yang tahan lasak dan bergaya, vivo V50 Lite 5G memang layak masuk wishlist korang.

Jangan lepaskan peluang ni. Cas sekali, dan terus bertenaga berhari-hari!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S25 Edge Hanya Ditawarkan Di Tujuh Negara Sahaja