in ,

Sepetang Sitizoners Bersama Meraikan 18 Tahun Siti Nurhaliza Dalam Industri

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 3 petang kelmarin, tanggal 7 April 2013, Budiey sempat singgah ke Majlis Sepetang Bersama Siti Nurhaliza bagi meraikan 18 tahun penyanyi kesayangan ramai ini di dunia hiburan tanahair. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang masih berjaya mengekalkan momentum beliau sebagai penyanyi nombor satu negara. Turut hadir juga adalah adik beradik Siti Nurhaliza, Saerah dan Saida. Selain itu, rakan media juga turut hadir untuk memberikan sokongan untuk event julung kali ini.

[pullquote align=”right”]Majlis Sepetang Bersama Siti Nurhaliza bagi meraikan 18 tahun dalam industri muzik antara event terbesar pernah dianjurkan dalam usaha mengumpulkan peminat Siti di pelosok negara.[/pullquote]

Majlis diraikan bersama peminat setia beliau yang menggelarkan diri mereka sebagai SITIZONERS yang hadir dari pelosok negara dan paling istimewa ada yang sanggup terbang dari jauh iaitu Indonesia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Cinta peminatnya tidak kenal sempadan dan demi kasih Siti dengan peminat, beliau nampak ceria dan happy meluangkan masa bersama peminat. Budiey dikhabarkan seramai 400 orang Sitizoners telah memenuhi Dewan Centrium Setiawangsa untuk merasai momen-momen manis bersama meraikan kejayaan bersama-sama.

Majlis turut dihiburkan oleh klon-klon berbakat yang mendendangkan lagu-lagu serta gaya pesona penyanyi pujaan mereka. Antara yang sempat Budiey layan ialah persembahan dari klon Jamal Abdillah, Hazami dan Kris Dayanti.

Banyak aktiviti menarik telah disusun untuk mengeratkan hubungan mesra agar setiap saat Tak Boleh Lupa bersama Seribu Kemanisan dan Jalinan Cinta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Interpretasi Rabak dan banyak lagi la. Walaupun Budiey tak dapat stay kat event ni sampai habis, namun Budiey kira kelangsungannya sangat meriah dan happening dengan dua orang emcees yang ceria-ceria belaka.

Jam 5 petang Budiey terpaksa tamatkan rakaman dan temubual bersama beberapa orang peminat untuk rushing ke Anugerah Bintang Popular 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil. Budiey dapat tahu pada tahun ini, Siti Nurhaliza tak tampil hadir di ABPBH.

Terima kasih buat pengurus Siti Nurhaliza, Rozi SangDewi atas jemputan.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Peminat dari Singapura

Siti Nurhaliza

Peminat dari Indonesia

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DuPont Honours Loyal Partners & Growers

Zon Ceria Suria Fm Gegar Restoran