Buat peminat setia Sepahtu, inilah detik yang anda nanti-nantikan! Astro, sebagai peneraju hiburan tanah air, bakal membawakan Sepahtu Reunion Live Tour 2025 @ Arena Larkin yang akan berlangsung selama dua hari — 31 Mei 2025 untuk persembahan langsung dan 1 Jun 2025 untuk sesi rakaman di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru.
Ini bukan sekadar persembahan lawak biasa. Ini adalah penghargaan eksklusif buat peminat yang selama ini menyokong perjalanan kerjaya kumpulan komedi nombor satu negara ini. Hebahan rasmi sudah pun bermula di Instagram Sepahtu sejak 1 Mei 2025, dan tiket bakal laris seperti goreng pisang panas, jadi cepat-cepatlah dapatkan!
Janjikan Lawak Spontan, Segmen Baharu & Interaksi Langsung
Apa yang buat Sepahtu begitu ikonik adalah jenaka spontan mereka yang memang tak pernah gagal mencuit hati penonton. Kali ini, mereka bukan saja datang dengan sketsa lucu, tapi juga segmen-segmen baharu dan peluang untuk penonton berinteraksi terus dengan mereka di pentas.
Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Saleh, “Astro berharap agar siri jelajah ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para peminat yang hadir. Kami berkomitmen untuk memastikan persembahan ini berjalan lancar dan memberikan hiburan terbaik untuk semua yang datang.” Jelas Norzeha lagi, ini peluang emas untuk menikmati komedi terbaik Malaysia secara live, dan mereka sudah tak sabar melihat reaksi penonton.
Ikon Lawak Sejak 2012, Bawa Isu Semasa Dalam Komedi
Ditubuhkan sejak 2012, Sepahtu terus mencipta nama dalam industri dengan membawa isu semasa sebagai bahan lawak mereka. Itu sebabnya rancangan ini bukan saja menghiburkan, tapi juga mendidik dan mengingatkanpenonton dengan cara yang santai. Gabungan itu memang jarang kita jumpa hari ini, kan? Itulah magis Sepahtu.
Harga Tiket Bermula RM28, Tak Perlu Poket Tebal Untuk Gelak
Nak gelak puas-puas tapi bajet ketat? Jangan risau! Tiket Sepahtu Reunion Live @ Arena Larkin akan mula dijual 1 Mei 2025 di www.ticket2u.com.my dengan harga:
- Sepahtu VIP – RM288
- Mari Kita (Zone 1) – RM158
- Sempoi (Zone 2) – RM108
- Cia Cia Cia (Zone 3) – RM108
- HaHaHa (Zone 4) – RM88
- HuHuHu (Zone 5) – RM28
Bayangkan, dengan hanya RM28, anda dah boleh tengok aksi lucu mereka depan mata. Tapi ingat, tempat duduk terhad — siapa cepat dia dapat!
Bintang-bintang Sepahtu, Tetamu Jemputan & Cameo Eksklusif
Musim kali ini bukan sekadar pasukan tetap Jep, Rahim, Ropie, dan Pak Ya. Akan ada juga tetamu jemputan istimewa, Siti Saleha, dan cameo mengejutkan yang dijamin buat anda tak berhenti gelak. Dua episod penuh akan dirakam, khas untuk peminat di Johor Bahru dan juga peminat dari Singapura yang dah lama rindu mereka. Jangan tunggu lama, dapatkan tiket sebelum sold out!
Tingkatkan Hiburan Di Rumah Dengan Astro One & Astro Fibre
Bagi anda yang nak tambah hiburan di rumah, boleh langgan Astro One dengan hanya RM49.99 sebulan atau naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps dengan Pek Hiburan pada RM139.99 sebulan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Info Sepahtu Reunion
Produksi: Astro Studio Sdn Bhd
Pengarah: Lydia Emalia Ishak
Siaran: 31 Mei & 7 Jun 2025 (rakaman 1 Jun 2025)
Sinopsis Ringkas: Gelak Tawa Dua Episod Penuh
Selepas kejayaan dua musim sebelum ini, Sepahtu Reunion Live Tour kini kembali ke Johor Bahru dengan barisan bintang yang bakal menceriakan pentas. Bersedia untuk menikmati persembahan yang bukan saja lucu, tapi juga mencuit hati hingga menitis air mata — dari gelak tawa, bukan sedih!
Apa Kata Budiey?
Secara peribadi, Budiey rasa inilah bukti kenapa Sepahtu kekal relevan — mereka bukan sekadar melawak kosong, tapi pandai menyentuh hati rakyat Malaysia dengan isu-isu yang dekat di jiwa. Kalau anda bosan dengan hiburan plastik yang hanya berkilat di permukaan, ini masa untuk alami hiburan real, penuh semangat, dan jujur. Budiey sarankan anda book tiket sekarang sebab event macam ni tak selalu datang, dan percayalah, ini bukan sekadar show — ini kenangan yang akan anda cerita pada kawan-kawan nanti. Jadi, apa tunggu lagi? Siap sedia untuk gelak sampai pecah perut!