in

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat kumpulan pelawak SEPAHTU kerana telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013. Akhirnya usaha keras peminat untuk mengundi mereka berbaloi walaupun ada yang mengatakan Sepahtu tidak konsisten dalam persembahan lawak mereka berbanding kumpulan Bocey. Kemenangan ini telah menimbulkan persoalan di mana Bocey yang berasal dari stesen TV3 tidak berupaya untuk bergelar juara walaupun persembahan lawak mereka padat dengan aksi yang lucu. Namun, persembahan tidak menjanjikan apa-apa kerana yang menentukan kemenangan adalah undian. Peningkatan Bocey dalam pertandingan ini sangat memberangsangkan sehingga dari zero mereka terus naik dan mengumpulkan jumlah peminat yang cukup besar. Tahniah untuk Bocey sebenarnya.

Sepahtu

Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi. Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish. Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani. MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Akhir Drama Ariana Rose di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur

Muaz Radio Kool Fm | 14

Persembahan Penyanyi Terkenal di Konsert Muzika Ekstravaganza Ke-8