in ,

SEP & BUNGA Tersingkir dari Muzikal Lawak Superstar

Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar (Minggu Ketiga)’ akan bersiaran langsung pada hari Jumaat ini di Astro Warna. Siapakah yang bakal tersingkir agaknya ya?

Mengandingkan 42 peserta dalam 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, mereka buat julung kalinya akan bergabung dan muncul dalam berkumpulan (3 orang) dan berentap sesama sendiri bagi merebut gelaran juara mingguan, ‘Superstar of the Week’.

Abam

Menarik lagi, tema/lokasi pada minggu ini adalah ‘Hutan’!

Minggu kedua di Muzikal Lawak Superstar yang penuh dengan gelak ketawa menyaksikan kumpulan BOTAK (Black Hanifah, Abam Bocey, Achey Bocey) meraih takhta sebagai ‘Superstar of the Week’! Tahniah!

Sebagai ganjaran, mereka diberikan peluang untuk untuk menggunakan ‘live prop’.  Namun begitu, persaingan di pentas kedua MLS dilihat cukup sengit apabila barisan juri tetap memberikan ‘5 Star’ kepada banyak kumpulan yang bertanding seperti JBORN, UNI, NEWBOH, VOICES dan LIBRA kerana masing-masing menampilkan persembahan yang cukup hebat dan mendapat sorakan gemuruh dari audiens di dewan utama.

Namun begitu, apa yang membuatkan penonton terkejut adalah apabila bukan satu tetapi dua kumpulan dengan markah terendah, SEP dan BUNGA tersingkir! Juga dalam ‘Bottom 3’ adalah kumpulan WASAP – namun, sebagai ‘hukuman’ mereka ditugaskan untuk menggunakan lagu ‘Awas’ oleh KRU dalam persembahan mereka minggu ini.

Berita baik bagi 12 lagi kumpulan dalam gelanggang lawak ini kerana impian mereka untuk memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 di finale nanti masih ada! Mungkinkah kumpulan yang sama akan berada di ‘Bottom 3’ juga pada minggu ini?

Atau adakah kumpulan ‘Superstar of the Week’ pula akan disingkirkan? Mampukah mereka memenangi hati juri tetap Muzikal Lawak Superstar iaitu Datuk Awie, Altimet dan Nora Danish untuk memberikan mereka ‘5 Star’?

Saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen yang ‘unpredictable’ ini hanya di Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titan, Daniel Lawak Solo, Tapai Gegar Lawak, Ilham Gegar Lawak, Nadzmi Adhwa, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Achok Chilok, Kamal Chilok, Wani Kayrie, Atu Zero, Sharif Zerodan ramai lagi.

Siapakah yang akan tersingkir pada hari Jumaat ini? Sama-samalah kita tengok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Grows Chinese Language Programming

Ismail Izzani Dapat Beli Kereta Mewah Hasil Jadi Penyanyi