in

Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2011

Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat untuk hadir ke Majlis Pengumuman Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 yang diadakan di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya.

Selain mengumumkan 5 finalis setiap kategori, sidang media tadi juga mengumumkan finalis 5 kategori online di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my yang bermula pada bulan ini. Pengumuman dibuat oleh Puan Hanizam Abdullah, Pengarah Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011 dan Encik Zainuri Misfar, Pengarang Hiburan, Berita Hiburan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011.

Banyak penambahan dan juga perubahan yang dibuat oleh penganjur Berita Harian untuk memantapkan lagi anugerah berprestij ini. Antaranya diperkenalkan juga Anugerah Seri Perak dan lima kategori online.

Top 5 ABP

Tahniah buat semua Top 5 yang tercalon. Good luck dan selamat berjaya. Kepada peminat, selamat mengundi ya! Bukan main hebat juga pencalonan top 5 tahun ni ya. Ada wajah lama, baru dan tak lupa wajah-wajah yang dipalit kontroversi mewarnai senarai.

Resort World Genting adalah penaja lokasi malam kemuncak, Holiday Villa Hotel & Suites, Subang sebagai penaja rasmi sidang media, Sinarmas Travel & Tours sebagai pengangkutan rasmi siri Jelajah Promosi ABPBH2011, TV3 sebagai stesen TV rasmi dan HotFM sebagai stesen radio rasmi.

Tema ABPBH 2011 adalah ‘Celebration’ – Meraikan 25 tahun Puncak Kegemilangan sempena ulangtahun penganjuran ke-25.

Juga diumumkan, lokasi dan tarikh siri jelajah ABPBH 2011 yang bermula 25-26 Februari di SACC Mall, Shah Alam, Berjaya Megamall, Kuantan (2-3 Mac), Dataran Pahlawan, Melaka (10-11 Mac), Village Mall, Sg Petani, Kedah dan Karnival Mini ABPBH2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 24-25 Mac 2011.

Antara aktiviti yang diadakan di setiap lokasi termasuk pertandingan Bintang Idola Berita Harian yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM20,000.

Pada majlis yang sama, Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, selaku Penaung ABPBH2011 menerima penyerahan tajaan rakan-rakan penaja – Lux, Rafflesia Mandalay, Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd serta Poto Travel & Tours sebagai penaja hadiah-hadiah lumayan kepada pemenang. Resort World Genting sebagai penaja lokasi malam kemuncak, Holiday Villa & Suites, Subang sebagai penaja hotel rasmi sidang media, Sinarmas Travel & Tours sebagai pengangkutan rasmi siri Jelajah Promosi ABPBH2011, TV3 sebagai stesen TV rasmi dan HotFM selaku stesen Radio Penyiar Rasmi.

Anugerah ‘Reader’s Choice’ yang terunggul untuk memartabatkan penggiat seni tanahair ini kembali lagi dengan tema ‘Celebration – Meraikan 25 Tahun Puncak Kegemilangan bersempena ulangtahun penganjuran yang ke-25.

Majlis Anugerah ABPBH 2011 akan dilangsungkan pada Ahad, 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands Kota Keriangan dan akan disiarkan secara langsung di TV3 dan radio HotFM.

Lima Teratas setiap kategori diumumkan:

Penyanyi Lelaki Popular:

1 – Faizal Tahir

2 – Anuar Zain

3 – Aizat

4 – Hafiz

5 – Black

Penyanyi Wanita Popular:

1 – Najwa Latif

2 – Yuna

3 – Stacy

4 – Alyah

5 – Shila Amzah

Artis Duo / Berkumpulan Popular:

1 – 6ixth Sense

2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 – Meet Uncle Hussain/Hazama

4 – Bunkface

5 – Forteen

Artis Baru Lelaki Popular:

1 – Johan Ariff As’ari

2 – Hazama

3 – Awi Rafael

4 – Aeril Zafrel

5 – Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita Popular:

1 – Tasha Shilla

2 – Najwa Latif

3 – Neelofa

4 – Nur Fathia

5 – Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki Popular:

1 – Aaron Aziz

2 – Shaheizy Sam

3 – Adi Putra

4 – Syamsul Yusof

5 – Bront Palarae

Pelakon Filem Wanita Popular:

1 – Lisa Surihani

2 – Maya Karin

3 – Diana Danielle

4 – Yana Samsudin

5 – Eja

Pelakon TV Lelaki Popular:

1 – Aaron Aziz

2 – Adi Putra

3 – Remy Ishak

4 – Fizz Fairuz

5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita Popular:

1 – Fasha Sandha

2 – Tizz Zaqyah

3 – Scha Alyahya

4 – Nora Danish

5 – Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki Popular:

1 – Zizan Razak

2 – Johan

3 – Nabil

4 – Along Cham

5 – Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita Popular:

1 – Noorkhiriah

2 – Sharifah Shahira

3 – Didie Alias

4 – Kenchana Dewi

5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV Lelaki Popular:

1 – Aznil Nawawi

2 – Faizal Ismail

3 – Ally Iskandar

4 – Awal Ashaari

5 – Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular:

1 – Fara Fauzana

2 – Cheryl Samad

3 – Sharifah Shahira

4 – Raja Azura

5 – Nurul Syuhada

Penyampai Radio Lelaki Popular:

1 – Faizal Ismail

2 – Aznil Nawawi

3 – AG

4 – Halim Othman

5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita Popular:

1 – Fara Fauzana

2 – Linda Onn

3 – Raja Azura

4 – Abby Fana

5 – Sharifah Shahira

Anugerah Seri Perak
1. Aishah (1990)
2. Zainal Abidin (1991)
3. Eman Manan (1992)
4. Datin Sofea Jane (1993)
5. Dato’ M. Nasir (1994)
6. Ziana Zain (1995)
7. Dato’ Siti Nurhaliza (1996-2001, 2004 & 2009)
8. Rosyam Nor (2002)
9. Saiful Apek (2004)
10. Mawi (2005, 2006)
11. Nabil (2008)
12. Shaheizy Sam (2010)


Top 5 ABP

Dihoskan oleh penyampai Hot FM, Chad & Usop Wilcha.

Top 5 ABP2011

Abang Usop Wicha… sempoi tapi nampak muda belia la kan?

Top 5 ABP2011

Chad Hot FM

Top 5 ABP

Top 5 ABP

Top 5 ABP2011

Shila Amzah

Top 5 ABP2011

Stacy

Top 5 ABP2011

Didie Alias

Top 5 ABP2011

Neelofa

Top 5 ABP2011

Fasha Sandha

Top 5 ABP2011

Awal Ashaari

Top 5 ABP2011

Zizan Razak

Top 5 ABP2011

Adi Putra

Top 5 ABP2011

Faizal Tahir

Top 5 ABP2011

Ning Baizura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak

The Revellers To Open At Simple Plan Concert