in

Senarai Soalan Bila Nak Kahwin Yang Dibolehkan

Selamat hari raya semua pembaca Budiey.com. Macam biasa dan menjadi lumrah, soalan yang akan diajukan kepada anda yang belum kahwin… Haaa… Bila kamu nak kahwin. Sabar je la kan. Selagi mana tak kawin setiap tahun duk mengadap soalan yang sama. 

Bentuk soalan “Bila nak kahwin?” yang dibenarkan.
1) Bila nak kahwin? Mak cik ada sorang anak perempuan. Berkenan la kat hang nk buat menantu.
2) Bila nak kahwin? Pak Cik ada la duit pencen sikit. Anak-anak lepas habis dah kenduri. Ingat nak sponsor kenduri hang la.
3) Bila nak kahwin? Mak Cik dgn Pak Cik ada rumah kt KL nu. Tak dak sapa duk. Kalau hang kahwin, ingat nak suruh duduk situ. Kira hadiah kahwin la.
4) Bila nak kahwin? Mak Cik berkenan sangat la hang jadi menantu. Tak payah hantaran-hantaran ni. Cukup mas kahwin ja. Bt benda yang wajib ja. Janji hidup hampa lepas kahwin tu bahagia.
5) Bila nak kahwin? Pak Cik nak wasiatkan harta pak cik atas nama anak hang. Cepat la kahwin.
Kalau ada soalan macam ni, insyaallah saya jawab dengan muka paling manis.
Selamat Hari Raya gaiss. Jemput datang rumah. Ada buat open house skt. 

Menu: nasi arab dan juga juadah lain.

Dipetik dari FB Haziq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cyrill Hassan

Apa Menarik di Busan, Korea Yang Korang Tahu?

Pantun Raya Edisi EURO 2016