in ,

Senarai Program Terbaik Sempena Hari Ulangtahun RTM Ke-73

Seminggu berturut-turut mulai 31 Mac hingga 7 April depan menyaksikan program-program pilihan yang terbaik dikongsi bersama stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena ulang tahun RTM ke-73 tanggal 1 April ini.

Sebanyak lapan program disediakan termasuklah “Konsert Evolusi 73” (31 Mac, pukul 9.00 malam), filem “Nasib Do Re Mi” (1 April, pukul 9.30 malam),filem “47 Meters Down”(2 April, pukul 9.30 malam), filem “Dilwale” (3 April, pukul 9.30 malam),filem “All You Need Is Love”(4 April, pukul 9.30 malam),telemovie “Izinkan Aku Menyayangimu” (5 April, pukul 9.30 malam), “Konsert Minggu Ini” (6 April, pukul 9.30 malam) dan filem “Aku Terima Nikahnya” (7 April, pukul 9.30 malam). Kesemuanya disiarkan menerusi TV2.

watak utama telemovie Izinkan aku menyayanginya

Khas Hari RTM Ke-73, Tonton Pilihan Program Terbaik di TV2 

Debaran kira detik malam menjelang sambutan Hari RTM diraikan dengan persembahan “Konsert Evolusi 73” menampilkanartis tersohor tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ David Arumugam, Kumpulan Hujan, Akim & The Majistret, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Sarah Suhairi dan Ben Ladin. 

poster Konsert Evolusi 73

Berkonsepkan evolusi, setiap lagu dipersembahkan adalah lagu-lagu popular malar segar yang digubah semula dengan elemen-elemen baru bersempena RTM ke arah transformasi digital sepenuhnya. Gabungan muzik segar yang diberi nafas baharu, genre yang berbeza dan artis serta pemuzik dari pelbagai generasi. Konsert diterbitkan Unit Hiburan TV RTM ini menampilkan 45 orang pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan muzik Luqman Aziz.

Gandingan tiga legenda Tan Sri P.Ramlee, A.R. Tompel dan Ibrahim Din menerusi tayangan filem “Nasib Do Re Mi” pula pastinya membangkitkan nostalgia kisah tiga orang sahabat Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng.

Mereka melarikan diri daripada dikejar orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat minyak panas yang palsu. Setelah melarikan diri, mereka mati akal untuk mencari ikhtiar hidup sehingga Do mendapat akal dengan menipu Komeng dan geng samseng.

Penggemar filem Inggeris saksikan“47 Meters Down” lakonan Mandy Moore, Claire Holt, Chris J.Johnson dan Yani Gellman tentang apa yang terjadi apabila anda tenggelam 47 meter di dasar laut yang dipenuhi dengan sekumpulan ikan jerung?

Lebih malang, anda terperangkap di dalam sangkar, kesukaran mendapat bantuan dan bekalan oksigen yang semakin kurang. 

Kemasyuran dua bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol dihidupkan dalam filem “Dilwale”,kisah sepasang kekasihyang mencintai antara satu sama lain namun percintaan mereka terputus akibat konflik keluarga. 15 tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka dan adakah percintaan mereka bertaut kembali?  

Saksikan filem “All You Need Is Love”mengisahkan Wu, seorang budak kampung yang mengusahakan perniagaan motel di Penghu. Manakala Yeh Fenfen, seorang gadis dari kota menjadi kaya setelah kematian ibu bapanya.

Mereka bertemu… pelbagai gelagat dan aksi melucukan di awal perkenalan mereka yang semakin lama menimbulkan bibit-bibit percintaan. Namun masalah lain pula berlaku yang menguji percintaan mereka.  Ia dibintangi oleh Richie Jen, Shu Qi, Shih-Keng Chien dan Andy Luo.

Karya Aziz M. Osman terbitan Skop Productions, kisah seorang ibu yang sanggup meninggalkan anak dan bekas suaminya kerana merasakan dirinya terlalu muda untuk bergelar seorang ibu melatari telemovie “Izinkan Aku Menyayangimu” lakonan Azhan rani, Marissa Yasmin, Isyariana dan Aida Khalida.Setelah diceraikan dan ditimpa musibah, dia berusaha menjejak kambali anaknya dengan bantuan seorang gadis. Tanpa disedari, gadis itulah anak yang telah ditinggalkan 20 tahun yang lalu. Apakah kesudahannya? 

konsert minggu ini

Menghiburkan malam minggu anda, mulai 6 April disiarkan slot terbaharu“Konsert Minggu Ini” berkonsepkan program hiburan minggu ini namun diberikan nafas baharu. Ia menampilkan artis-artis baharu dan lama pada setiap episod. Artis terlibat seperti Gerhana Ska Cinta, Masdo, Hael Husaini, Sufian Suhaimi, Shila Amzah, Datuk Ramli Sarip, Nash dan Ameng Spring.

poster filem Aku Terima Nikahnya

Filem yang mengandingkan pelakon hebat Adi Putra dan Nora Danish, “Aku Terima Nikahnya”bakal bersiaran. Kisah kemelut rumahtangga Nurul Arlisa setelah suaminya, Johan ditimpa kemalangan dan hilang ingatan. Ingatan Johan terhenti sewaktu dia berumur 31 tahun dan pada waktu itu Johan belum mengenali Arlisa. Kesungguhan Arlisa dan kesabarannya dalam melayani Johan cukup mengharukan. Ia turut dibintangi oleh Kamal Faridz, Azizah Mahzan, Nelydia Senrose dan Dian P.Ramlee.

dilwale-2015-movie

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Suria 2019 Kuantan Dibanjiri Ribuan Peminat Kugiran Masdo

Sinopsis Filem BU – KASIH SUCI Lakonan Remy Ishak & Rashidi Ishak