in

Senarai Program ntv7 Yang Tercalon Di Anugerah Televisyen Asia Ke-17

RANCANGAN ntv7 ANTARA YANG TERCALON DI ANUGERAH TELEVISYEN ASIA KE-17

[dropcap]S[/dropcap]etiap produksi penerbitan pasti akan lebih berbangga sekiranya tercalon ke sesebuah anugerah apatah lagi diberi penghargaan di dalam acara penganugerahan.

Terbaru, Asian Television Awards atau Anugerah Televisyen Asia (ATA) 2012 yang kini masuk kali ke-17 mengumumkan senarai pencalonan akhir yang berjaya ke anugerah televisyen yang berprestij di Asia itu.

Senarai Pencalonan ATA 17 (1)

Seramai 248 penyertaan diterima untuk tahun ini dari 13 buah negara di mana jumlah itu telah disenarai-pendekkan.

[pullquote align=”right”]Lebih membanggakan apabila Saluran Ceria Anda, ntv7 juga tidak ketinggalan menerima beberapa pencalonan bagi beberapa kategori yang dipertandingkan.[/pullquote]

Menerusi tahun ke-17 penganjurannya, acara anugerah ini sekali lagi bakal memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian hebat oleh stesen penyiaran atau menerusi rangkaian kabel dan satelit serta rumah produksi yang mengambil bahagian dan terpilih.

Sebanyak 38 kategori dipertandingkan dan sebanyak 10 pencalonan telah diterima oleh stesen ntv7. Antara pencalonan yang berjaya direbut adalah Rancangan Realiti Terbaik menerusi What Men Want, manakala drama bersiri epik The Descendant menerima lima pencalonan keseluruhannya.

[dropcap]D[/dropcap]ua pencalonan daripada drama itu adalah melalui Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama, membariskan dua bintang hebat Yeo Yann Yann dan Debbie Goh, mnakala 3 lagi pencalonan adalah menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu, Frederick Lee dan Lagu Tema Terbaik bagi filem The Descendant mendapat dua pencalonan berjudul Xiang Huo dan Hui manakala sebuah lagi pencalonan adalah menerusi drama bersiri Laws of Attraction nyanyian Andrew Low & Fly Lim . Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu pula menyaksikan Jojo Goh daripada drama Forget Me Not dan Miao Miao daripada drama Happy Family.

Pencalonan lain yang layak adalah menerusi Lakon-layar Drama Terbaik – Happy Family.

1. Rancangan Realiti Terbaik
• What Men Want

2. Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama
• Yeo Yann Yann (The Descendant)
• Debbie Goh (The Descendant)

3. Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Pembantu
• Frederick Lee (The Descendant)

4. Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Pembantu
• Jojo Goh (Forget Me Not)
• Miao Miao (Happy Family)

5. Lakon-layar Drama Terbaik
• Happy Family

6. Lagu Tema Terbaik
• Xiong Huo (The Descendant)
• Hui (The Descendant)
• Ji Mo Chu Kou (Laws of Attraction)

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, beliau amat berbangga apabila hasil produksi stesen itu berjaya disenaraikan di anugerah terpenting di Asia tersebut.

“Saya amat gembira melihat hasil produksi tempatan yang disiarkan di ntv7 berjaya dicalonkan dan berpeluang merebut kategori-kategori yang dipertandingkan,” kata Airin.

Lain pula bagi Yeo Yann Yann yang merupakan Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2010 yang ternyata tidak menyangka turut tersenarai dalam pencalonan Asian Television Awards.

“Saya amat gembira kerana berjaya dicalonkan di dalam salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi drama The Descendant. Saya juga amat terharu kerana beberapa rakan pelakon lain juga tercalon di dalam anugerah berprestij ini. Setiap pelakon pastinya gembira apabila tersenarai di dalam acara pengiktirafan sebegini,” kata Yann Yann.

Nantikan debaran dan keputusannya di anugerah penuh prestij dan bakal dinanti-nantikan di Anugerah Televisyen Asia yang ke-17 pada 6 Disember 2012 ini bertempat di Hotel Shangri-La, Singapura.

HAppy Family (2)

the descendant poster

what men want poster

forget me not poster

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Special Meet-and-Greet Session with KPop Superstars

Attractive Pre-Opening Offer New Year Tune Hotel Patong Phuket