in ,

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal yang mulia pada tahun ini, saluran TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program menarik kepada penonton.

Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, tahun ini pihaknya mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal terakhir bagi mengajak para penonton menghayati Ramadan dan Syawal sepanjang tempoh dua bulan mendatang.

“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.

“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.

Hussamuddin berkata, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir didokong tiga inisiatif utama stesen.

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

Ujarnya, inisiatif pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem. 

Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.

“Saya menyeru agar semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan dan Syawal 1442H TV AlHijrah

“Sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak andainya ini adalah Ramadan dan Syawal terakhir kita semua,” katanya. 

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

Antara program-program menarik sempena Ramadan di TV AlHijrah adalah Haflah (Khamis & Jumaat pukul 10 malam – bermula 1 April), Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April) CAMCA Edisi Ramadan ( 10 dan 12 April pukul 6.30 petang), Ihya Ramadan (Isnin hingga Ahad pukul 7.00 petang – bermula 13 April) dan E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April). 

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

Tidak hanya itu, AlHijrah turut menyajikan program Hijrah Berselawat (Sabtu pukul 10.00 malam – 24 April), Aura Al-Qadar (Setiap Hari pukul 10.30 malam – bermula 28 April), Drama Andai Ini Ramadan Terakhir (Pukul 7.00 malam – bermula 13 April), Sebuah Kehidupan (Jumaat & Sabtu pukul 7.30 malam – bermula 16 April), Ittabiouni (Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam – bermula 13 April), Al-Farabi (Khamis pukul 5.30 petang – bermula 15 April) dan My #HadithTime (Isnin hingga Jumaat pukul 5.00 petang – bermula 1 April)

Bagi program menarik sempena Syawal pula adalah Camca Edisi Syawal (13 Mei pukul 6.30 petang), Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam), Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam), Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam), Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam), Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam) dan Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam)

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

TV AlHijrah turut menyiarkan telefilem berjudul Bebenang PKP Anis yang mengisahkan kehadiran wabak Covid-19 membawa hikmah yang amat besar buat Anis Kemboja. Anis kemboja memikul tanggungjawab untuk menjaga anak Kak Zue kerana pembantu rumah Kak Zue melarikan diri di saat Kak Zue dan suaminya berada di luar negara atas urusan perniagaan. 

Bukan itu sahaja, Anis turut menyaksikan hubungan kasih sayang di antara ibu bapanya dan abangnya yang mengalami masalah sebelum ini kembali bertaut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Telefilem ini dibintangi oleh Lisdawati dan Syafie Naswip bakal ditayangkan pada 15 Mei jam 9 malam. 

Selain itu, telefilem Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam), Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam) dan Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang).

Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah
Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah
Senarai Program Menarik Sempena Bulan Ramadan & Syawal di TV AlHijrah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

K-Clique Jalin Kerjasama Dengan Todak

Muizz Doakan Kebahagiaan Bekas Isteri , Sekali Nadia Brian Minta Pulangkan 19 Kotak