in ,

Senarai Program Khas Sepanjang Ramadan 2015 di RTM

Seiring dengan kehendak penonton setia yang sentiasa mahukan rancangan berkualiti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif dengan menyediakan rancangan terbaik untuk tontonan sepanjang Ramadan 1436 Hijrah.

Program yang disediakan ini merangkumi pelbagai genre bersesuaian dan menarik untuk penonton dan pendengar setia TV1, TV2 dan TVi juga 33 saluran radionya.

Untuk Ramadan, RTM tampil dengan tagline saluran “#InikanPuasa” digunakan untuk saluran TV1, TV2, TVi dan semua saluran radio.

Merangkumi program keagamaan, telemovie, drama bersiri dan majalah, TV1 tampil dengan 14 program khas, TV2 menyiarkan sepuluh program dan TVi pula dengan empat (4) program menarik.

Saluran utama TV1 membariskan program terhebat diungguli oleh program tonggak iaitu ‘Syahadah musim ke-10’, ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’, ‘Siaran Langsung Solat Tarawih Dari Mekah’, ‘Sajian Sunnah Musim 2’ dan empat (4) telemovie; ‘Hanya Suara’, ‘Temukan Aku Pada Ramadan’, ‘Di Halaman Rindu’ dan ‘Tulus Sufi’.

Tidak ketinggalan juga enam drama bersiri untuk tontonan semua seperti ‘Mencari Luqmanul Hakim’, ‘Nur Raudah’, ‘Mencari Mubarak’, ‘Jangan Lafazkan Janji’, ‘Fajar Di Bukhara’ dan ‘Hantu Kampung Manggis’.

TV2 yang sememangnya mendapat perhatian dalam kalangan penonton turut membariskan program majalah, dokumentari dan drama menarik seperti drama bersiri; ‘Baitul Rahmat’, dokumentari ‘Ramadan In Australia’, ‘Syahadah musim ke-10’, majalah masakan; ‘Lazeez’ dan ‘Sajian Sunnah’, ‘Jelajah Rasa Pegro’, ‘Tumis-Tumis Ramadan’ dan telemovie bertajuk ‘Kukemis Kasihmu’.

Selain itu, TVi juga tidak ketinggalan menyiarkan program khas seperti travelog menarik bertajuk ‘Klik-Klik Andalus’, dua drama bersiri; ‘Awek Merah Jambu’ dan ‘Fajar Di Bukhara’ juga majalah masakan bertajuk ‘Ikan Di Laut Asam Di Darat’.

Kehadiran Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh pendengar setia saluran radio milik RTM. Istimewanya sepanjang Ramadan ini, saluran radio RTM mengadakan program ‘Jelajah Ramadan 2015’ yang merupakan program tonggak saluran radio RTM setiap tahun bermula 17 Jun 2015 hingga 10 Julai 2015. Program ini bakal menjelajah ke seluruh negara dengan berkongsi aktiviti dilakukan personaliti RTM termasuk DJ radio mendekati orang ramai dan disiarkan menerusi liputan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih.

Antara pengisian program termasuklah aktiviti ceramah, gotong-royong, tazkirah, penyampaian sumbangan, majlis berbuka puasa dan solat Terawih bersama ibu tunggal dan anak yatim, bersahur, melawat rumah pesara RTM, memasak dan mengedarkan bubur lambuk bersama kakitangan RTM, menyampaikan sumbangan duit raya serta banyak lagi aktiviti bermanfaat.

Radio Klasik berkongsi dengan pendengar dua (2) segmen sepanjang Ramadan iaitu program ceramah agama, ‘Mustaqeem Ramadan’ dan ‘Nur D’Klasik Ramadan’. Manakala NASIONALfm pula tampil dengan segmen ‘Raudah Ramadan’, ‘Fitrah Kasih’, ‘Warna Ramadan’ dan ‘Juadah Ramadan’.

KLfm turut mengetengahkan segmen ‘Kasih Kepada Kekasih’ dan ‘Nur Ramadan’ sementara radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm menyediakan program temubual: ‘Health Tips during Fasting Month’ dan program ‘Jelajah Ramadan’. Tidak ketinggalan saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm dengan program ‘Motivasi Ramadan’ dan ‘Ceramah Ramadan’.

Drama bersiri Fajar Di Bukhara di TV1 dan TVi

PROGRAM-PROGRAM ISTIMEWA DI TV1, TV2, TVi DAN RADIO RTM SEPANJANG BULAN RAMADAN INI:-

1. MAJALAH : SYAHADAH MUSIM KE-10 – MULAI 17 JUN 2015 – 16 JULAI 2015, SETIAP HARI, PUKUL 6.30 PETANG.
Sinopsis : Satu dekad bersiaran menemui penonton, sepanjang Ramadan Syahadah memaparkan perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah sejagat selari dengan tema “Semarak Nur Insani” di Mekah, Madinah dan Turki.

2. SIARAN LANGSUNG SOLAT TARAWIH DARI MEKAH – MULAI 18 JUN 2015 HINGGA 15 JULAI 2015, PUKUL 2.30 PAGI

3. DRAMA : HANYA SUARA – 21 JUN 2015, PUKUL 10.30 PAGI
Sinopsis : Drama kekeluargaan arahan Khir Rahman ini lakonan Khir Rahman, Ungku Hariz, dan Siti Elizad

4. DRAMA : TEMUKAN AKU PADA RAMADAN – 12 JULAI, PUKUL 10.30 PAGI
Sinopsis : Rabiatul bencikan namanya yang dianggap kuno lalu menukar kepada gelaran Beto. Dia gemar melepak dan membuat perkara yang tidak berfaedah sehingga tidak peduli kepada tuntutan agama. Namun kematian mengejutkan kakaknya yang alim dalam keadaan jenazah yang berseri-seri memberikan kesedaran kepada Rabiatul untuk berubah. Sementara Janet pula, seorang muallaf yang selalu mengurut dengan ibu Rabiatul cuba untuk menghijrahkan kehidupannya yang terseksa dan tidak bahagia kepada kebebasan dan kedamaian. Lakonan Zara Zya, Zain Hamid, Lydiawati

5. DRAMA : ‘DI HALAMAN RINDU’- 14 JULAI 2015, PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Tertekan dengan sikap suaminya Helmi yang asyik merungut dan memperlekehkan tugasnya sebagai seorang suri rumahtangga yang gagal, Masa mengambil keputusan untuk bercuti dan membiarkan Helmi menguruskan hal rumah dan anak-anaknya sendirian. Pelakon : Zamarul Hisyam, Fauziah Gous, Puteri Balqis dan Redzuan Hashim

6. DRAMA : TULUS SUFI – 15 JULAI 2015, PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Kisah Sufi seorang anak gelandangan yang hidup bersendirian setelah kematian ibunya lakonan Nadiya Nisaa dan Puteri Balqis

7. DRAMA BERSIRI : ‘NUR RAUDAH’ MULAI 17 HINGGA 29 JUN 2015 – PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Dibarisi pelakon terkenal seperti Syatilla Melvin, Keith Foo, Arash Mohamad dan Aleeza Syadan.

8. DRAMA BERSIRI : ‘MENCARI MUBARAK’ – MULAI 30 JUN 2015 HINGGA 12 JULAI 2015 – PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Mengisahkan Irfan seorang pemuda yang membesar sebagai seorang yang memberontak akibat dari penceraian ibunya. Namun Irfan berjaya menemui bahagia apabila kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Saksikan lakonan Shah Jaszle, Arja Lee, Boy Ngasri, Sari Yant,i Shereen Al, Mimi Lana, Hilal Azman, Zarina Zainuddin dan Mubarak Majid.

9. DRAMA BERSIRI : ‘HANTU KAMPUNG MANGGIS’ MULAI 27 JUN 2015, SETIAP SABTU DAN AHAD, PUKUL 3.05 PETANG
Sinopsis : mengisahkan pemuda bernama Safar yang menghadapi pelbagai dugaan menjelang Hari Raya lakonan Ramona Zam Zam, Dazrin Kamaruddin, Mohd Izuan Fitri dan Maliki.

10. DRAMA BERSIRI : ‘JANGAN LAFAZKAN JANJI’ – SETIAP HARI, PUKUL 7.00 MALAM MULAI 9 HINGGA 21 JUN 2015

11. DRAMA BERSIRI : ‘FAJAR DI BUKHARA’ MULAI 22 JUN HINGGA 17 JULAI 2015 – PUKUL 7.00 MALAM
Sinopsis : Drama bersiri 26 episod yang berlatar belakangkan negara Uzbekistan dan Malaysia. Ia mengisahkan impian perkahwinan Humairah hancur apabila mengetahui Fahim, pemuda yang dicintainya berkahwin dengan Nargiza. Sekembalinya ke tanah air selepas tamat belajar di Uzbekistan, Fahim berkahwin dengan Citra atas permintaan keluarga. Humairah sekali lagi merasa kecewa dan mahu melupakan Fahim lalu menjalinkan hubungan dengan Duan tanpa mengetahui niat sebenar Duan memikatnya. Fahim pula merasa tidak bahagia dengan isterinya lalu cuba menjejak Humairah semula. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova, El Azmeer, Mardiana Alwi, Sasha Saidin dan Zizan Nin.

12. DRAMA BERSIRI ‘MENCARI LUQMANUL HAKIM’ – MULAI 15 JUN 2015, SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, PUKUL 3.05 PETANG.
Sinopsis : Mengisahkan Luqman baru menamatkan pengajian dari Mesir dan menjadi penceramah serta kaunselor bebas. Sikapnya yang berhemah menyebabkan dia mudah disenangi dan akhirnya menjadi pujaan ramai terutama kaum wanita. Isteri Luqman, Sufiah mula rasa tergugat apatahlagi dia gagal memberikan zuriat untuk Luqman. Luqman berdepan dengan masalah keluarga Maisara, wanita yang mengalami tekanan perasan ekoran sikap suaminya, Herman yang mengamalkan kehidupan bertentangan dengan nilai-nilai keIslaman. Begitu juga dua anaknya yang turut menjejaki sikap Herman. Luqman cuba menyelesaikan masalah dihadapi keluarga Maisara. Lakonan Norman Hakim, Zila Bakarin, Raja Ema, Adrell Aryana, Solehin Rashid dan Wan Maimunah.

13. MAJALAH : KETUK-KETUK RAMADAN 2015 – MULAI 16 JUN 2015, SETIAP HARI, PUKUL 12.30 TENGAH HARI.
Sinopsis : Istimewanya Ketuk-Ketuk Syawal bersama Sheila Rusly bersama artis jemputan terkenal seperti Wak Doyok, Izzue Islam, Hanez Suraya, Uqasha Senrose, Ungku Ismail, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Fasha Sandha dan ramai lagi dengan resepi-resepi terkini.

14. MASAKAN : SAJIAN SUNNAH (MUSIM 2) MULAI 19 JUN 2015, SETIAP JUMAAT, SABTU DAN AHAD, PUKUL 5.55 PETANG.
Sinopsis : Program masakan islamik bersama pengacara Yatt Hamzah.

1. DRAMA BERSIRI : BAITUL RAHMAT – MULAI 15 JUN 2015 HINGGA 20 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, PUKUL 5.30 PETANG
Sinopsis : Berkisar pergolakan adik-beradik Hashim, Hanim dan Husna untuk menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah tua dan semakin uzur. Kerana pentingkan diri, mereka mengambil keputusan menghantar ibu mereka di bawah jagaan rumah orang tua Baitul Rahmat. Ia menampilkan pelakon Engku Fridah, Yatt Hamzah, Azza Elite, Kismah Johar dan Nor Albaniah.

2. DRAMA : ‘KUKEMIS KASIHMU’ PADA 30 JUN 2015, PUKUL 10.00 MALAM
Sinopsis : Sebuah kisah kekeluargaan yang mengangkat tema kasih sayang dan cinta lakonan Zamarul Hisyam dan Jasmin Hamid.

3. MASAKAN : ‘LAZEEZ’ MULAI 22 JUN 2015 HINGGA 20 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA RABU, PUKUL 10.00 PAGI
Sinopsis : rancangan berkonsepkan masakan sunnah yang dijayakan oleh Chef Kamarul Faizal. Menggunakan ramuan-ramuan sunnah seperti kurma, kismis dan badam, program ini menampilkan Mohd Hassan Adli Yahaya sebagai pengacara.

4. MASAKAN : ‘SAJIAN SUNNAH’ MULAI 25 JUN 2015 HINGGA 16 JULAI 2015, SETIAP KHAMIS
DAN JUMAAT, PUKUL 10.00 PAGI.

5. MASAKAN : ‘JELAJAH RASA PEGRO’ MULAI 20 JUN 2015 HINGGA 12 SEPTEMBER 2015, SETIAP SABTU, PUKUL 11.30 PAGI
Sinopsis : Menampilkan Chef Liza dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC). Antara tetamu undangan ialah Chef Suhaimi Mohamad, Imam Muda Asyraf, Mohd Aliff Mohd Razali, YDH SDCP Dato’ Hj. Osman Salleh dan Nas Adila.

6. MASAKAN : ‘TUMIS-TUMIS RAMADAN’ MULAI 18 JUN 2015 HINGGA 16 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 5.00 PETANG,
Sinopsis : rancangan masakan yang memaparkan persiapan penyediaan makanan untuk berbuka puasa. Rancangan ini dihoskan oleh chef selebriti, Chef Sabri Hassan.

7. DOKUMENTARI : ‘RAMADAN IN AUSTRALIA’ DISIARKAN MULAI 21 JUN 2015 HINGGA 19 JULAI 2015, SETIAP AHAD, PUKUL 7.00 MALAM
Sinopsis : Dokumentari mengenai masyarakat Islam di Australia menjalani ibadah puasa di samping ibadah-ibadah umum di dalam suasana masyarakatnya yang berbeza resam.

8. DOKUMENTARI : ‘SYAHADAH MUSIM KE-10’ DISIARKAN SEPANJANG RAMADAN MULAI 25 JUN 2015 HINGGA 31 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA SABTU, PUKUL 7.00 MALAM.

1. TRAVELOG : ‘KLIK-KLIK ANDALUS’ MULAI 19 JUN 2015 HINGGA 17 JULAI 2015, SETIAP JUMAAT HINGGA AHAD, PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : dihoskan Anding Indrawani. Memulakan penggambaran pertamanya ke Maghribi yang terletak di benua utara Afrika dengan misi untuk melihat keunikan dan keindahan seni bina kota yang pernah dikaitkan dengan zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu. Pelbagai lokasi strategik turut dilawati antaranya Kota Lama Al Baizin, Mesquita De Granada dan Kasbah Ait Ben Haddou sebelum berakhir di Tapak Warisan Dunia di Bandar Sintra, Portugal.

2. DRAMA BERSIRI : ‘AWEK MERAH JAMBU’ MULAI 18 JUN 2015 HINGGA 17 JULAI 2015, SETIAP HARI, PUKUL 12.00 TENGAH HARI.
Sinopsis : Ia mengisahkan Nisa yang baru berpindah ke sekolah baharu. Memandangkan Nisa gemar dengan fesyen warna merah jambu, semua kelengkapan sekolahnya turut berwarna merah jambu membuatkan Nisa mudah menjadi perhatian pelajar lelaki. Nisa yang aktif dengan aktiviti masjid di sekolahnya mula didekati Qayyum, seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai hingga menimbulkan fitnah dan dipanggil pihak pengurusan sekolah. Drama bersiri ini dibintangi oleh Aisya Hasnaa, Syazwan Zulkifli, Elfaeza Ulhaq, Syuhaidah Azraz dan Sherry Merlis.

3. DRAMA BERSIRI : ‘FAJAR DI BUKHARA’ MENGISI SLOT PRIMA-i MULAI 15 JUN HINGGA 18 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, PUKUL 9.00 MALAM
Sinopsis : Drama bersiri 26 episod yang berlatar belakangkan negara Uzbekistan dan Malaysia. Ia mengisahkan impian perkahwinan Humairah hancur apabila mengetahui Fahim, pemuda yang dicintainya berkahwin dengan Nargiza. Sekembalinya ke tanah air selepas tamat belajar di Uzbekistan, Fahim berkahwin dengan Citra atas permintaan keluarga. Humairah sekali lagi merasa kecewa dan mahu melupakan Fahim lalu menjalinkan hubungan dengan Duan tanpa mengetahui niat sebenar Duan memikatnya. Fahim pula merasa tidak bahagia dengan isterinya lalu cuba menjejak Humairah semula. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova, El Azmeer, Mardiana Alwi, Sasha Saidin dan Zizan Nin.

4. MAJALAH MASAKAN : “IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT’ MULAI 19 JUN 2015 HINGGA 17 JULAI 2015, SETIAP JUMAAT, PUKUL 3.00 PETANG.
Sinopsis : Bersama Chef Adu yang bukan sahaja menjadikan menu masakan warisan untu berbuka puasa serba ringkas dan unik malah turut disuntik dengan sedikit elemen barat bagi mempelbagaikan juadah berbuka puasa.

RANCANGAN KHAS STESEN RADIO

1. ‘MUSTAQEEM RAMADAN’, SETIAP HARI, PUKUL 6.45 PETANG.
Sinopsis : Segmen sepanjang Ramadan iaitu program ceramah agama berkaitan Ramadan Al-Mubarak bertajuk

2. ‘NUR D’KLASIK RAMADAN’, SETIAP JUMAAT, PUKUL 5.30 PETANG
Sinopsis : sebuah program soal jawab agama berkaitan ibadah puasa.

1. ‘RAUDAH RAMADAN’- MULAI 15 JUN 2015 HINGGA 16 JULAI 2015, PUKUL 5.30 PAGI DAN PUKUL 6.30 PETANG.
Sinopsis : Ceramah khas berkaitan Ramadan disiarkan dan antara pengisiannya ialah Solat Terawih Banyak Rahsia, Syukur, Tiba Jua Ramadan Untukku, Ramadan, Bulan Penuh Rahmat Insaflah Wahai Insan. Penceramah yang diundang ialah Ustaz Muhammad Asraf Muhd. Ridzuan, Ustaz Harith Fadzillah Hj Abdul Halim dan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

2. ‘FITRAH KASIH’ (JELAJAH RAMADAN) PADA 6 JULAI 2015, PUKUL 3.00 PETANG
Sinopsis : Pendengar berpeluang mengikuti perkembangan siri Jelajah Ramadan melakukan aktiviti gotong-royong membersih kawasan dan mengecat ruang tamu rumah, penyampaian sumbangan Hari Raya, persembahan nasyid dan majlis berbuka puasa bersama 100 orang anak-anak yatim penghuni Rumah Kasih Sayang ( Baitul Mahabbah) Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

3. ‘WARNA RAMADAN’ MULAI 18 JUN 2015 HINGGA 16 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, PUKUL 12.15 TENGAH HARI
Sinopsis : Program bual bicara mengundang tetamu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing membicarakan topik bersesuaian dengan suasana Ramadan.

4. JUADAH RAMADAN – 18 JUN – 16 JULAI 2015, PUKUL 4.15 PETANG
Sinopsis : program Juadah Ramadan membawakan tip dan resipi sihat, mudah dan menjimatkan bersama Chef Liza.

1. ‘KASIH KEPADA KEKASIH’ – 19 DAN 26 JUN 2015, JUGA 3 DAN 10 JULAI 2015, PUKUL 2.30 PETANG
Sinopsis : Program bual bicara berkaitan dengan amalan, kelebihan dan ibadah pada bulan Ramadan bersama panel jemputan Ustaz Dato’ Fauzi Mustafa, Ustazah Nurul Hidayah dan Moderator Haji Zulastree Muhamad.

2. ‘NUR RAMADAN’ – ISNIN – JUMAAT SEPANJANG RAMADAN, SEBELUM AZAN MAGHRIB
Sinopsis : Kapsul berkaitan dengan puasa dan amalan ramadan yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadis sepanjang Ramadan, setiap Isnin hingga Jumaat, sebelum azan Maghrib,

1. HEALTH TIPS DURING FASTING MONTH – 15 JUN 2015, PUKUL 11.15 PAGI
Sinopsis : Program temubual yang menerangkan tentang puasa dan manfaat yang boleh didapati dengan berpuasa.

2. JELAJAH RAMADHAN – 7 JULAI 2015
Sinopsis : TRAXXfm dan Hotel Seri Pacific meraikan bulan Ramadhan bersama-sama Anak Yatim Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Drama Bersiri BAITUL RAHMAT & BERLIMA RAMADAN

Rebut 3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia