in ,

Senarai Program Khas Raikan Hari Kebangsaan ke-63 di RTM

Menjadi kelaziman bagi seluruh rakyat Malaysia turun padang mahu pun berada di depan kaca televisyen untuk menonton acara perbarisan secara langsung sempena Hari Kebangsaan Malaysia saban tahun.

Namun dalam meraikan Hari kebangsaan ke-63 tahun ini berbeza situasinya kerana sambutan tidak dapat diraikan seperti tahun sebelumnya, ekoran pandemik wabak COVID-19. Untuk tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan Siaran Langsung Kita Malaysia Edisi Khas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, pukul 8.00 hingga 11.00 pagi menerusi saluran utama TV1. Bersama pengacara rancangan meninjau beberapa lokasi bersejarah negara yang menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan merdeka. Pada masa sama memastikan sambutan Hari Kebangsaan masih dirasai, walaupun dalam kebiasaan baharu.

RTM turut mengisi tiga saluran utama TV1, TV2 dan TV Okey dengan pelbagai program yang menghadirkan simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan kepada seluruh warga Malaysia.   

Siaran Langsung Konsert Kita Merdeka 1957 2020 (30 Ogos 2020, 10.30 malam)

Konsert siaran langsung khas terbitan Unit Hiburan TV RTM berkonsepkan variety show iaitu melibatkan konsert, chit chat, klip dan interaktif yang tertumpu kepada generasi muda.

Artis : Aman Ra, Haqiem Rusli, Masdo, Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah, dan Bunkface.

Konsert “Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM” (31 Ogos 2020, 9.00 malam)

Gabungan 3 kumpulan Orkestra terulung yang dipimpin Dato Mokhzani Ismail, Orkestra RTM, Malaysian Philharmonic Orchestra dan National Symphony Orchestra. Mengalunkan lagu tema Hari Kebangsaan “Malaysia Prihatin” dan lagu-lagu patriotik. 

Artis : Ernie Zakri, Syamel, Jaclyn Victor, Ella, Anuar Zain, Misha Omar, Khai Bahar, Roy, Bob Yusof, Aina Abdul, Suki Low, Daniel Lee, Sean Ghazi, Francissca Peter, Vanida Imran dan kumpulan koir dari UITM Chamber dan Gemersik Chorus. 

Dokumentari : #KitaMestiMenang (30 Ogos 2020, 9.00 malam)

Memaparkan kisah di sebalik tabir perjuangan barisan hadapan KKM dibantu agensi berkaitan dalam memerangi wabak COVID-19. Kealpaan rakyat kini mengundang gelombang ketiga setelah lebih 7 bulan barisan hadapan berjuang habis-habisan. Malaysia tiada pilihan lain, kecuali menang.

Doku Khas : Jubli Emas Rukun Negara (31 Ogos 2020, 3.05 petang)

Doku khas yang memaparkan sejarah Rukun Negara yang  diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, susulan peristiwa 13 Mei 1969, bagi mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan kepercayaan.

Semangat Keramat (31 Ogos 2020, 4.05 petang)

Sebuah dokumentari terbitan Unit Sukan TV RTM tentang kisah pengorbanan 3 orang atlet Malaysia yang pernah mewakili negara di peringkat antarabangsa iaitu Nur Suryani Mohamed Taibi (Menembak), Goh Liu Ying (Badminton) dan S.Suresh (Memanah Para). Rintangan yang dihadapi oleh mereka tidak menjadikan mereka patah semangat untuk menjadi juara dunia. Semoga menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.

pelakon utama dan pengarah telemovie Misteri Vespa 1957

Panggung RTM : Misteri Vespa 1957 (29 Ogos 2020, 9.00 malam)

Kisah Vee yang mencari vespa milik Pak Tham seperti yang diamanahkan oleh neneknya, Juliana. Vee pergi pergi berjumpa Pak Tham dan menumpang di rumahnya sepanjang pencarian vespa itu dan dibantu oleh Remy, cucu Pak Tham.

Pelakon : Idris Khan, Julia Farhana Marin, Jiggy Masin, Sharifah Husna, Dato’ Zahim Albakri, dan Nu’man Salleh.

Panggung Khas : Ungku (31 Ogos 2020, 11.05 pagi)

Kisah Ungku Munirah yang berhadapan dengan fitnah selepas dia membatalkan perkahwinannya dengan Bahari. Ungku Munirah telah memilih untuk menyambung perjuangan arwah bapanya untuk membina sebuah sekolah.

Pelakon: Nazeera Sardi, Nora Danish, dan Azlee Khairi.

Slot Bidadari : Dirgahayu mulai 20 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, 3.05 petang)

Drama bersiri aksi yang berlatar belakangkan Sempadan Thailand dan Malaysia.  Ada menyelitkan unsur-unsur keluargaan dan kenegaraan. 

Pelakon: Dazrin Kamarudin, Josiah Hogan, Chacha Maembong, Sulaiman Yasin, Yuzz Nor, Azzahra Ahmad, Man Khan, Aris Kapila dan Mohd Fairuz.

Slot Widuri : Kasih Seorang Pejuang mulai 29 Ogos 2020, setiap Khamis hingga Ahad, 7.00 malam)

Kisah Ku Sahak merupakan seorang askar dan pejuang negara. Dia tinggal di kampung bersama isterinya Wan Embong dan mempunyai 2 orang anak di kampung. Ku Sahak sering diganggu Hakimi yg merupakan seorang pemuda yang tiada arah tujuan hidup dan menghisap dadah. 

Pelakon : Mubarak Majid, Roslan Salleh, Fadilah Mansor, Mak Engku, Azman Jantan, dan Nadzmi Adhwa.

Poster-Kanang-Anak-Langkau

Filem : Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior (30 Ogos 2020, 2.00 petang)

Kanang bersekolah hingga darjah Tiga di Local Authority. Dia melakukan pelbagai pekerjaan sebelum berkhidmat dalam pasukan tentera. Dengan kesungguhannya dia berjaya sehinggalah dia menyandang jawatan sebagai Ketua Seksyen dan mengetuai Gerakan Pukat di Hutan Tanah Hitam Perak. Kanang cedera parah ketika bertempur dengan komunis menyebabkan dia koma selama setahun. 

Pelakon : Langgi Datuk Kanang, Adi Putra, Johan As’ari, dan Jimmy Leong.

Filem Tamil  Jhangri

Filem Tamil : Jhangri (30 Ogos 2020, 9.30 malam)

Sebuah filem komedi romantik mengisahkan Vikram yang ingin memenangi hati Jaanu. Mereka akan disatukan dalam perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga.

Pelakon : Vicran Elanggoven, K.Karnan, dan Kuben Mahadevan.

Drama Khas Merdeka : Cucu Kau, Cucu Kami Juga (3 Ogos 2020, 11.45 pagi, ulangan 3.15 petang)

Mengisahkan tiga lelaki berumur menaiki sebuah kereta pergi bersama mengambil cucu dari asrama untuk pulang bercuti. Drama pendek khas sempena sambutan Hari Merdeka terbitan unit Drama TV, RTM.

Pelakon : Sathia, Kamarool Yusof dan Jordon.

Telemovie : Pinggan Jangan Retak (31 Ogos 2020, 1.00 tengahari)

Kerana sebiji pinggan antik zaman Dinasti Ming rombongan Laksamana Cheng Ho yang dijumpai tertanam di laman rumah, kejiranan pelbagai kaum yang sebelum ini harmoni menjadi bertelingkah apabila pinggan tersebut menjadi rebutan selepas didapati mempunyai nilai yang tinggi. Selepas pelbagai peristiwa menimpa, mereka akhirnya menyedari kesilapan masing-masing dan akhirnya bersetuju menyerahkan pinggan tersebut kepada Muzium Negeri Melaka sebagai khazanah negara.

Pelakon : Jalil Hamid, Norlaila Nasir, dan Wong Sin Nen.

Majalah : Titik Perubahan (mulai 30 Ogos 2020, setiap hari, 8.00 pagi)

Rancangan yang memaparkan kisah kejayaan beberapa individu yang berjaya memerdekakan diri mereka dari kesusahan hingga berjaya berada di puncak kejayaan.

Tetamu : Ruslan Ayob@ Taugeh, Adam Corrie, Mohsen Andam, Malek Noor, Rozita Ibrahim dan Hajah Zaiton (Kak Ton). 

telefilem wanita di hujung kuala

Telemovie : Wanita di Hujung Kuala (30 Ogos 2020, 3.00 petang)

Nur teringin untuk melanjutkan pelajaran seperti abangnya, Idris dan Yusuf yang bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, namun Pak Ali membantah impian Nur. Nur yang bekerja di pejabat Tuan Andrew dimana Tuan Andrew teruja dengan sikap Nur yang rajin untuk membaca buku dan belajar bahasa Inggeris dalam waktu yang sama.  Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nur dalam menuntut ilmu sehinggalah beliau berjaya ditawarkan oleh pihak British untuk menyambung pelajaran di England.

Pelakon:  Daler Yusof, Nazeera Sardi, Riz Amin, Sharifah Shahora dan Zahid Baharudin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Perdana Filem WE BARE BEARS: THE MOVIE di Cartoon Network

tony fernandes airasia-2020

Promosi Tambang Tetap AirAsia Kini Kembali