in

Senarai Peserta MasterChef Selebriti Malaysia

Program MasterChef Malaysia dah pun tamat. Pemenang dan juaranya pun dah dapat hadiah. Lumayan lagi tu. Dan, terbaru, juaraMasterChef Malaysia Ezani dah dilantik jadi duta MyChef. Bertuah sungguh.

Setelah berakhirnya program realiti masakan popular iaitu MasterChef Malaysia, pihak Astro Ria membawa sebuah lagi program yang menggunakan konsep yang lebih kurang sama serta masih bernaung di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu MasterChef Selebriti Malaysia tidak lama lagi.

Masterchef Selebriti Malaysia

Budiey dengar-dengar program yang akan melibatkan selebriti ternama di Malaysia ini akan disiarkan pada bulan 5 nanti di kaca TV. Tapi itu masih belum pasti lah.

Berikut ini, Budiey revealkan dulu senarai peserta di kalangan selebriti yang terpilih, dengar-dengar, pihak Astro memilih 16 orang peserta namun Budiey hanya dapat senarai 15 orang sahaja. Seorang lagi peserta masih dalam proses pemilihan barangkali.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program ini termasuklah Serina Redzuan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Dato’ Fazley, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Lousia Chong.

Kalau kita tengok pada senarai nama Major. Dr. Faiz juga terselit, walaupun beliau bukan pelakon atau penyanyi, namun beliau terkenal. Jadi, program ini tak terhad kepada penyanyi dan pelakon sahaja. Asalkan popular… semua boleh digelar sebagai selebriti.

Begitu juga dengan nama Thanuja Anathan yang mana rasanya korang tahu beliau merupakan Miss World Malaysia.

Seperti mana MasterChef Malaysia, proses rakaman juga akan dibuat di Dapur Masterchef, Shah Alam. Pihak media telah pun dijemput untuk membuat liputan tentang program terbaru ini di seperti Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pada 27 Mac 2012 minggu lalu.

Turut di hadir sewaktu sesi rakaman itu adalah Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad serta kesemua barisan selebriti yang terlibat.

Budiey dengan ini ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat semua selebriti yang terlibat. Jumpa anda semua pada hari Selasa ini ya. Tak sabar nak interbiu korang. Pandai tak korang masak? LOL.


Serina Redzuan
Serina Redzuan

Siti Sarah

Siti Sarah

Jehan Miskin 1

Jehan Miskin

Thanuja

Thanuja

Jidin Sengal

Angah Raja Lawak

Tomok

Tomok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Lagu Bawaku Pergi Diharamkan

Drama Bersiri Pesona Kasih Lakonan Maria Farida