in ,

Senarai Peserta Finalis Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010

12 PESERTA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN BINTANG KLASIK NASIONAL 2010

Menjelang Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010 yang bakal berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan, jam 8.30 malam pada 28 November 2010 kelak, terdahulu berlangsungnya peringkat Separuh Akhir 6 November 2010 lalu.

24 PESERTA SEPARUH AKHIR

Menariknya Pertandingan Separuh Akhir ini julung-julung kali diadakan kerana menerusi tiga pertandingan sama yang pernah diadakan, pemilihan 12 peserta akhir dipilih juri tanpa melalui saringan separuh akhir seperti yang dilangsungkan rakamannya kali ini bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.

Daripada 24 orang peserta yang bertanding di Peringkat Separuh Akhir, hanya 12 orang di mana enam orang wanita dan enam orang lelaki telah layak dipilih ke Peringkat Akhir.

Klasik Nasional

Muhammad Fadzli B. Abdul Wahab (Wakil Zon Selatan/ Melaka)

Enam peserta lelaki yang terpilih adalah Fitri Hakim B. Omar Walid (Wakil Zon Utara/ Perak) yang menyampaikan lagu Gelap Gelita, Muhammad Fadzli B. Abdul Wahab (Wakil Zon Selatan/ Melaka) dengan lagu Kelohan Dara, Syamsul Nizam B. Ali (Wakil Zon Timur/ Pahang) bersahaja menyampaikan lagu Si Dara Manis, Merazan B. Mechang (Wakil Zon Sarawak) pula sampaikan lagu Menyesal Tak Berguna dan Fazrul B. Misran (Wakil Zon Sabah).

Manakala peserta wanita yang layak pula adalah Hasfareza Bt Harun (Wakil Zon Utara/ Kedah) dengan lagu Apa Guna Berjanji, Noor Nazatul Farahin Bt Mohd Hussin ( Wakil Zon Utara/ Perak) pertaruhkan lagu Mengapa Terkenang, Shaidatul Nadira Bt Shaharum (Wakil Zon Selatan/ Melaka) dengan lagu Bimbang, Norakmazulaika Bt Abd Khalid ( Wakil Zon Timur/ Pahang) lagu Hidup Ibarat Mimpi dan Siti Nirzawati Bt Hj Mohd Shom (Wakil Zon Sabah) lagu Mengapa.

Menariknya peserta lelaki paling muda berusia 16 tahun, Danie Hasbullah B. Mohd Razi (Wakil Zon Tengah/ Selangor) yang menyampaikan lagu Namamu dibibirku turut terpilih ke akhir. Begitu juga tuah berpihak kepada satu-satunya peserta bukan Melayu, Florence Lo (Wakil Zon Sarawak) yang menguasai pentas dengan lagu Hiburkanlah Hatiku nyanyian asal Datuk Sharifah Aini yang sama-sama menempah tiket ke peringkat akhir.

Klasik Nasional

12 peserta lain yang turut memberikan saingan membuat persembahan pada malam separuh akhir lalu adalah Nor Fazrah Bt Bahari (Wakil Zon Tengah/ Selangor), Nur Syazwani Bt Abu Zarin (Wakil Zon Tengah/ Negeri Sembilan), Nur Idayu Bt Mohd Sopiee (Wakil Zon Selatan/ Johor), Farah Norashikin Bt Ab Rahim (Wakil Zon Timur/ Kelantan), Masitah Bt Mohd Airani (Wakil Zon Sarawak), dan Siti Naqiah Bt Mohd Abdul Tahar (Wakil Zon Sabah).

Saingan turut diberikan oleh Syafful Mohanzani B. Mohamad Saad (Wakil Zon Utara/ Langkawi), Muhammad Redzuan B. Nasaruddin (Wakil Zon Tengah/ Selangor), Muhammad Fadhlullah B. Abdul Majid (Wakil Zon Selatan/ Melaka), Tuan Izzat Izzzudin B. Tuan Abd Aziz (Wakil Zon Timur/ Terengganu), Dzairy B. Ahad (Wakil Zon Sarawak) dan Zainal Mohd Isa (Wakil Zon Sabah).

Klasik Nasional

Merazan B. Mechang (Wakil Zon Sarawak)

Antara artis tanah air yang berkongsi pentas memeriahkan majlis ini termasuklah Siti Fairuz, Ibnor Reza dan Rosmawati dan menyaksikan kolaburasi pengacara dua juruhebah Klasik Nasional DJ Haris dan DJ Sofiah Abdullah.

Pertandingan ini telah diangkat sebagai acara tahunan bagi terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama.

Kali pertama penganjuran Bintang Klasik Nasional (3 Ogos 2007) diikuti dengan Bintang Klasik Nusantara (7 September 2007) diadakan di PWTC, Kuala Lumpur yang mana tahun ini merupakan penganjuran kali ke – 4 sejak tahun 2007.

Diadakan bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian lagu-lagu lama di samping memupuk minat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum terutama golongan muda, pertandingan ini juga bagi memberi penghargaan kepada pencipta, penyanyi, pemuzik serta seniman terdahulu. Malah pastinya dapat mengekalkan Budaya Kebangsaan melalui nyanyian dalam bahasa Malaysia.

Selain itu ia berperana dalam mempopularkan Radio Malaysia Klasik Nasional yang berperanan memartabatkan lagu-lagu Melayu sebagai khazanah bangsa.

Peringkat Saringan dan Peringkat Negeri bermula bulan Mac hingga Mei 2010 manakala Peringkat negeri telah diadakan pada bulan yang sama untuk memilih wakil ke peringkat Zon.

Pemilihan peringkat Zon pula telah diadakan pada bulan Jun dan Julai untuk memilih wakil ke Peringkat Separuh Akhir melibatkan Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah Dan Zon Sarawak. Daripada 24 orang peserta yang bertanding di Peringkat Separuh Akhir, hanya 12 orang (6 Orang wanita & 6 Orang lelaki) layak dipilih ke Peringkat Akhir.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Peringkat Akhir yang bakal berlangsung pada 28 November 2010 kelak di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan, jam 8.30 malam dimana Johan (Lelaki & Wanita) membawa pulang RM 15,000.00, Naib Johan (Lelaki & Wanita) menerima RM 10,000.00 dan Ketiga (Lelaki Dan Wanita) membawa pulang RM 5,000.00 yang kesemuanya masing-masing beserta Trofi dan Sijil Penghargaan. Manakala Saguhati (6 Peserta Lelaki Dan Wanita) menerima RM 1,000.00, Trofi dan Sijil Penghargaan.

Klasik Nasional

Hasfareza Bt Harun (Wakil Zon Utara/ Kedah)

Klasik Nasional

Florence Lo (Wakil Zon Sarawak)

ARTIS UNDANGAN .. IBNOR REZA

Artis Undangan Ibnor Reza

DJ HARIS DAN DJ SOFIAH

Hos DJ Haris dan DJ Sofiah

SITI FAIRUZ ... PENYANYI UNDANGAN

Siti Fairuz – penyanyi undangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Exists Ditangkap Miliki Barang Curi & Positif Dadah

Saerah Kahwin Senyap Senyap