in

Senarai Penuh Pencalonan Golden Awards 2014

Lebih kurang 100 HARI LAGI Golden Awards 2014 bakal bersiaran secara langsung pada 20 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Namun sebelum itu, ntv7 hari ini mengumumkan senarai 5 pencalonan teratas yang bakal bersaing sengit bagi merangkul anugerah untuk pengiktirafan di majlis emas penuh berprestij itu. Kembali buat kali ketiga, Golden Awards akan terus menjadi sebuah majlis penting bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada karyawan dan anak seni yang yang telah berusaha dalam menjayakan industri hiburan Cina Malaysia selain mendorong mereka untuk mengangkat lagi kualiti hasil kerja mereka.

Majlis penganugerahan anjuran ntv7 ini mengandungi tiga kategori utama iaitu – Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton. Di mana setiap kategori mempunyai pecahan tersendiri dengan sejumlah 31 anugerah akan dipertandingkan termasuklah tiga anugerah baru – Telemovie Terbaik, Montaj Drama TV Terbaik dan Montaj Rancangan Terbaik.

Golden Awards 2014 Top 5 Nominees PC - Group Picture with Artistes

Sebanyak 238 penyertaan diterima buat kategori Drama dan 144 penyertaan bagi Bukan Drama yang kemudiannya disenarai pendek menerusi dua pusingan penjurian sebelum mengumumkan senarai 5 pencalonan teratas.

Berdasarkan pengumuman terbaru itu, drama blokbuster, The Descendant berjaya menerima pencalonan tertinggi iaitu sebanyak 11 pencalonan diikuti drama Mining Magnet (8 pencalonan), The Undercover (7 pencalonan), The Adjuster 2 dan sitkom Love Compulsory pula masing-masing menerima 5 pencalonan. Lebih menarik apabila kelima-lima siri ini turut bersaing bagi kategori Drama Terbaik.

Bagi yang mengikuti perkembangan industri hiburan Cina Malaysia, anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pasti antara yang menjadi tumpuan. Bagi kategori Pelakon Lelaki, Coby Chong yang pernah merangkul gelaran itu pada tahun 2012 sekali lagi bakal bersaing sengit bersama empat calon lain – Frederick Lee, Leslie Chai, Jack Yap dan Adrian Tan.

Manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik menyaksikan pelakon yang telah banyak menerima pengiktirafan di dalam dan luar negara, Yeo Yann Yann yang sekali lagi dipertemukan dengan pesaing terdekatnya, Debbie Goh selain Chris Tong, Aenie Wong dan Wayne Chua. Tidak ketinggalan adalah pelbagai lagi anugerah yang bakal direbut daripada dua lagi kategori utama yang lain iaitu kategori Bukan Drama dan Pilihan Penonton.

Kategori Pilihan Penonton akan menentukan Artis Lelaki Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular dan Drama TV Paling Popular. Pemilihan pemenang bagi kategori ini berdasarkan undian orang awam menerusi laman rasmi Golden Awards 2014 – www.ntv7.com.my/goldenawards2014 atau menerusi undian SMS dengan menghantar (GAkod calon ke 33399, di mana caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS). Keputusan berdasarkan 50% undian di dalam talian (laman web) dan 50% lagi menerusi SMS. Waktu undian bermula 1 Ogos hingga 12 September. Keputusan undian akan dikemaskini dan dipaparkan setiap hari Isnin di laman sesawang rasmi itu. Senarai lengkap untuk kesemua calon TOP 5 disertakan bersama siaran berita ini.

“Industri TV Cina Malaysia tidak akan sama tanpa mereka yang telah memberikan komitmen dan dedikasi yang tidak henti-henti bagi mewarnai industri dengan hasil drama-drama dan rancangan terbaik di negara ini,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul yang ditemui di sidang media tersebut.

Golden Awards 2014

“Banyak lagi yang harus kita lakukan untuk memajukan industri ini yang sangat berpotensi. Sekiranya kita berjaya mencapai matlamat ini kelak, kita harus mengucapkan terima kasih kepada mereka semua yang telah menyokong industri selama ini. Kita tidak akan berada di sini sekiranya tanpa sokongan daripada penonton dan pihak yang banyak melabur dalam menjayakannnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja karpet merah dan kereta rasmi, Toyota Camry, hotel rasmi Pullman Putrajaya Lakeside, rakan radio, one FM dan ucapan terima kasih juga kepada IsME Café dan Yun Nam Hair Care atas sokongan mereka,” tambah Airin.

Sementara itu, jawatankuasa penganjur Golden Awards 2014 mengumumkan ralat pencalonan bagi kategori Pengarah Terbaik beberapa minit selepas sidang media. Bagi kategori itu, Chan Wai Cheong yang mengarahkan telemovie “The Story of Smarty” telah digugurkan pencalonannya kerana hanya pengarah bagi judul drama bersiri sahaja yang layak bertanding bagi kategori tersebut. Keputusan itu menyaksikan hanya empat calon sahaja yang akan bertanding bagi kategori terbabit.

“Kami ingin memohon maaf kepada Pengarah tersebut dan sesiapa sahaja yang terlibat di dalam kesulitan ini sama ada secara langsung mahupun tidak. Kami berharap Golden Awards 2014 akan tetap berjalan lancar seperti yang dirancangkan,” kata Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Ms. Lai Cheah Yee.

Nantikan Golden Awards yang akan dibawakan secara langsung di ntv7 (Saluran 107) pada pukul 8.30 malam – 11.30 malam. Acara karpet merah pula akan disiarkan di Tonton (www.tonton.com.my) dari pukul 6.30 petang dan di ntv7 pada pukul 7.30 malam. Sebarang maklumat mengenai acara berprestij ini boleh didapati di www.ntv7.com.my/goldenawards dan www.tonton.com.my.

Airin Zainul, Group General Manager, ntv7 & 8TV

Q&A with Drama Category Nominees (L-R) Jack Yap, Adrian Tan, Chris Tong, Wayne Chua, Aenie Wong

Golden Awards 2014 Top 5 Nominees PC - Group Picture with Artistes & VVIP

Q&A with Non-Drama Category Nominees (L-R) Tiang Kah Chee, Baki Zainal, Natalie Ng, Chiong Pei Pei

Kategori Drama  
   
D1   Drama Terbaik  
Tajuk  
The Adjusters 2  
The Undercover  
The Descendant  
Mining Magnate  
Love Compulsory  
   
   
D2   Pelakon Lelaki Terbaik  
Calon Tajuk
Coby Chong Summer Brothers
Frederick Lee The Descendant
Leslie Chai The Story of Smarty
Jack Yap Love Compulsory
Adrian Tan The Undercover
   
   
D3   Pelakon Wanita Terbaik  
Calon Tajuk
Yeo Yann Yann The Descendant
Debbie Goh The Descendant
Wayne Chua The Game 2
Aenie Wong The Game
Chris Tong Mining Magnate
   
   
D4   Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  
Calon Tajuk
Wilson Chan The Adjusters 2
Steve Yap The Descendant
Chen Puie Heng Mining Magnate
Freddie Wong The Undercover
Lawrence Wong Lucky Bowl Part 1
   

 

 

 
D5   Pelakon Pembantu Wanita  
Calon Tajuk
Loo Aye Keng Mining Magnate
Lim Ching Miau The Game 2
Yeo Yann Yann Happy Family
Seck Fook Yee Mining Magnate
Karena Teo The Undercover
   
   
D6   Pelakon Baru Terbaik  
Calon Tajuk
Karena Teo Lucky Bowl Part 2
Karena Teo Love Compulsory
Shuben Low Love Compulsory
Tan Hau Yen The Descendant
Ruby Yap The Undercover
   
   
D7   Telemovie Terbaik  
Tajuk  
The Game 2  
Happy Family  
Lucky Bowl Part 1  
The Game  
The Story of Smarty  
 

 

 
D8   Pengarah Terbaik  
Calon Tajuk
Lim Pin Choong Mining Magnate
Jason Kok The Descendant
Tham Siew Ngoy The Adjusters 2
Jason Kok The Undercover
   
   
D9   Lakon Layar Asal Terbaik  
Tajuk  
Mining Magnate  
The Descendant  
The Adjusters 2  
In Laws  
Justice in The City  
   
   
D10   Lagu Tema Drama Terbaik  
Tajuk  
The Beat  
Laws of Attraction  
Mining Magnate  
The Descendant  
The Descendant  
   
   
   
D11   Montaj Drama Terbaik  
Tajuks  
Love Compulsory Season 2  
The Descendant  
The Adjusters 2  
Love Compulsory  
The Undercover  

 

 

 

Kategori Bukan Drama

 
   
ND1 Rancangan Variasi dan Hiburan terbaik
Tajuk  
Ultimate Power Star 2  
Mandarin Battle Star Season4  
Kids Ask Big Question  
The Ultimate Song  
Rush Hunt  
   
   
ND2   Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik
Calon Tajuk
William San Mars VS Venus Season 2
Chiong Pei Pei Mars Versus Venus Season 2
Tiang Kah Chee Kids Ask Big Question
Yeo Yann Yann Aunty Must Go Crazy 2
Natalie Ng 8 E-News
   
   
ND3   Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik
Tajuk  
7 Zoom In: Give Life a Second Chance  
7 Zoom In Season 2: A Tribute toBatang Kali Massacre Victims  
7 Zoom In: Save Jalan Sultan  
7 Zoom In: Old Folks  
Global Watch  
   
   
ND4   Penyampai Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik  
Calon Tajuk
Chee Kah Teik Global Watch
Yong Yu Xi Global Watch
Kaw Ka Hoe Global Watch
Peh Kien Min Global Watch
Liang Kim Loong What Sa You
   
   

 

 

ND5   Pembaca Berita Terbaik  
Calon Tajuk
Lim She Ting Mandarin 7 ntv7
Chan Wei Wei Mandarin 7 ntv7
Tan Chia Yong 8TV Mandarin News
Tan Ley Teng Mandarin 7 ntv7
Chuah Sim Yi Mandarin 7 ntv7
   
   
ND6   Rancangan Majalah Terbaik  
Tajuk  
Listen to the World  
Helping Hands Season 2  
Folks and Tales  
8 Mini Centuries  
A New Journey Season 2  
   
   
ND7   Pengacara Rancangan Majalah Terbaik    
Calon Tajuk
Cheryl Lee 8 Mini Centuries
Baki Zainal Step Forward
Jan Chin Listen to the World
Lynn Lim 8 Mini Centuries
Lynn Lim Eve’s Diary
 

 

 
ND8   Rancangan Perayaan Terbaik  
Tajuk  
Aunty Must Go Crazy CNY Special  
Let’s Go Xi An  
Mandarin Battle Star CNY Special  
Truly Muslim Of Asia  
Muslim in China 2012  
   
   
ND9   Montaj Rancangan Terbaik  
Tajuk  
Listen to The World  
Wonder Explorer 2012  
Helping Hands Season 2  
Step Forward Season 9  
A New Journey 2012  


Pilihan Penonton

 

ARTIS PALING POPULAR (LELAKI) – TOP 5 kod ARTIS PALING POPULAR (WANITA) – TOP 5 kod Drama TV Paling Popular kod
Jack Yap M1 Debbie Goh F1 The Adjusters 2 TVD1
Frederick Lee M2 Chris Tong F2 Love Compulsory Season 2 TVD2
Leslie Chai M3 Wayne Chua F3 In Laws TVD3
Henley Hii M4 Aenie Wong F4 Summer Brothers TVD4
Ernest Chong M5 Loo Aye Keng F5 Justice in The City TVD5
Coby Chong M6 Yeo Yann Yann F6 The Undercover TVD6
Alvin Wong M7 Karena Teo F7 The Descendant TVD7
Adrian Tan M8 Shuben Low F8 Mining Magnate TVD8
Lum Woh Fook M9 Chythia Tan F9 Love Compulsory TVD9
Tan Hau Yen M10 Eewen Teoh F10 The Beat TVD10
Wind Lee M11 Ruby Yap F11    
Winson Voon M12 Pauline Tan F12    
William San M13 Lu Ser Yee F13    
Nicholas Ong M14 Natalie Ng F14    
Eean Koo M15 Tiang Kah Chee F15    
KK Wong M16 Chiong Pei Pei F16    
Kaw Ka Hoe M17 Chee Kah Teik F17    
Peh Kien Min M18 Yong Yu Xi F18    
Liang Kim Loong M19 Jan Chin F19    
Desmond Tey M20 Cheryl Lee F20    
Baki Zainal M21 Yoon Ng F21    
Goh Wee Pin M22 Lynn Lim F22    

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Samsung & Marvel Entertainment Announce Global Brand Partnership

Selebriti Popular di Konvensyen Barang Mainan, Permainan Video & Komik Singapura