in , ,

Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022)

Tahniah Budiey ucapkan buat semua pemenang terpaling gempak dalam setiap kategori Gempak Most Wanted Awards 2022

Senarai pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) telah pun diumumkan pada Malam Kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung pada hari Ahad, 26 Februari 2023 bersiaran lansung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dengan tema Aesthetic FUNtastic.

Pempengaruh Hafiz Mahamad dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted sekali gus membuktikan dirinya sebagai individu paling berpengaruh dalam media sosial.

GEMPAK MOST WANTED 2022

Selain anugerah utama, Hafiz turut membawa pulang anugerah bagi kategori Digital Influencer Tergempak.

Ketika diumumkan sebagai pemenang, Hafiz yang terkenal menerusi konten motivasi dan kerja amal tidak menyangka diangkat sebagai individu paling berpengaruh dalam media sosial.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menyokong dan menyukai konten-konten yang saya kongsikan dalam media sosial.

“Semoga usaha saya mengangkat darjat wanita (isterinya), agama dan imej pempengaruh memberi inspirasi kepada semua,”

– Hafiz Mahamad

Usai kemenangan, Hafiz turut mengumumkan berita baik iaitu akan memberi cuti selama sehari dan bonus kepada para pekerjanya yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan.

Menerusi penganjuran buat julung kalinya Anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam tadi turut menyaksikan pesohor media sosial, Sofyank diangkat sebagai pemenang anugerah Anugerah Gempak All Of Fame.

Dalam acara sama, kumpulan wanita terkenal Dolla membawa pulang dua trofi iaitu Lagu Trending Tergempak dan Video Muzik Tergempak yang masing-masing menerusi lagu Bad.

Pelakon Meerqeen pula menepati ramalan ramai dengan membawa pulang Anugerah Video Trending Tergempak menerusi video viral #swipechallenge dan Drama Trending Tergempak menerusi drama Melur Untuk Firdaus lakonannya bersama Anna Jobling.

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Selebriti Digital Tergempak, manakala Digital Content Creator Tergempak menjadi milik Ryan Bakery.

Motivator Digital Tergempak dan Personaliti Gamer Tergempak pula masing-masing menjadi milik Cikgu Fathi dan Kambing Golek.

Anugerak Gempak Most Wanted yang diacarakan oleh pengacara Elly Mazlein, Amelia Henderson, Radin dan Sean Lee.

Anugerah malam ini turut diserikan dengan persembahan oleh Marsha Milan, Misha Omar, Bunk Face, Alyph dan Dolla.

Senarai pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022)

Video Trending Tergempak 2022

Abe Bomba

Swipe – Meerqeen

Anak Neelofa Bilal

Adik Curi Frame Awani

Mark Odea & Arieff Yong

Digital Content Creator Tergempak 2022

Khairul Aming

Ryan Bakery

Mek Yun

Syahmi Sazli

Namie SMY

Digital Influencer Tergempak 2022

Nelysa Norazlan

Imran Bard

Azfar Heri

Ceddy Ang

Hafiz Mahamad

Drama Trending Tergempak 2022

One Cent Thief

Melur Untuk Firdaus

Dendam Seorang Isteri

Suamiku Lelaki Pendosa

Kau VS Aku

Video Muzik Tergempak 2022

Gatal – Janna Nick

Casablanca – Naufal Azrin & Nuha Bahrin

Bad – DOLLA

Ku Ikhlaskan – Datuk Seri Vida

Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow

Lagu Trending Tergempak 2022

Casablanca – Naufal & Nuha Bahrin

Bad – DOLLA

Sayunk I Love You – Chombi

Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow

Gatal – Janna Nick

Motivator Digital Tergempak 2022

Fathi Hussein

Zack Kirana Ibrahim

Dr Malar Santhi

Slurpee Crank

Hazeman Huzir

Personaliti Gamer Tergempak 2022

Soloz

Jaa Suzuran

Daddy Hood

Yana Samsudin

Kambing Golek

Selebriti Digital Tergempak 2022

Ain Edruce

Zarul Umbrella

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sharnaaz Ahmad TV

The Tya’s Family

Hall of Fame 

Sofyank

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

WESTLIFE

Westlife Berjaya Pukau 16,000 Penonton di Konsert The Wild Dreams Tour