in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28

Kalau diteliti pada senarai lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-28, nampak gayanya, tidak semua lagu yang Budiey tahu dan percaya atau tidak, ada lagu yang Budiey tak pernah dengar langsung. Hairan juga, macamana boleh jadi macam tu? Rasanya, inilah cabaran sebenar Anugerah Juara Lagu ke-28 kali ini di mana produksi berdepan dengan cabaran getir apabila karya yang terpilih tidaklah segah pada tahun-tahun sebelumnya.

Bukan kerja Budiey untuk tentukan siapa yang layak, tapi Budiey sekadar mahu memberi analisa di mana kesemua lagu yang bertanding ada peluang untuk menang. Namun, pastinya juri sudah tahu lagu mana yang dilihat sebagai lagu yang terbaik dan berkualiti tanpa mengira populariti penyanyi atau lagu.

Apa-apa pun, pada jam 9 malam ini, kita akan melihat sebuah lagi lagu menjadi juara di AJL28 yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Scha Alyahya dan AG Hot FM. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS pula memimpin persembahan.

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Penganjuran yang mencecah hampir tiga dekad pada malam ini dikatakan ada kelainannya apabila menggunakan konsep Game On sebagai tema. Kalau pada tahun lalu, AJL27 menggunakan Ekspresi Seni yang mana Budiey anggap adalah yang terbaik dari segi persembahan keseluruhan, tahun ini penonton akan disajikan dengan persembahan ala perlawanan dalam games. Ya, semua orang main game samada di telefon bimbit dan di PS4 dan sebagainya. Jadi, pastinya elemen ini menjadi lebih gempak jika kreativiti ditonjolkan dalam setiap persembahan.

Tema Game On dilihat satu tema yang sangat dinamik sebab ianya menterjemahkan daya mutu muzik bersama tenaga penggiat muzik dalam memacu industri muzik untuk menjadi lebih relevan pada masa sekarang ini dan selera pendengar yang sentiasa berubah.

Boleh dikatakan semua persembahan finalis begitu beria-ia dan bersungguh-sungguh tampil dengan idea kreatif bagi merealisasikan tema dan konsep Game On.

Budiey ingin mengucapkan tahniah buat semua krew dan produksi TV3 khususnya yang begitu bekerja keras bagi memastikan Anugerah Juara Lagu ke 28 berjalan dengan lancar dan yang penting tiada sebarang kecacatan. Walaupun ada kelemahan tapi ia langsung tak menjejaskan. Cuma, Budiey harap untuk tahun akan datang, AJL29 akan jadi lebih baik dari tahun ini.

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-28

Juara Lagu telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain ialah BAHAGIAMU DERITAKU – HAFIZ SUIP

Naib juara dimenangi oleh lagu…. HANYA AKU – HYPERACT

Pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu … KALAU AKU KAYA – ALTIMET & AWI RAFAEL

Persembahan Vokal Terbaik: Jaclyn Victor

Persembahan Terbaik: Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku)

Anugerah Lagu Mobile : Bahagiamu Deritaku – Hafiz Suip

Tonton Video: Hafiz Jawab Apa Dia Nak Buat Dengan Wang Kemenangan AJL28?

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Persembahan 12 finalis AJL 28 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim.

[pullquote align=”right”]Azmeer bertindak sebagai ketua juri pada acara itu. Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.[/pullquote]

Hampir tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 28 memperkenalkan ‘Game On!’ sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Pada acara itu juga, Hafiz telah memenangi Anugerah Juara Mobile menerusi lagu Bahagiamu Deritaku yang mendapat muat turun Call Me Tones paling tinggi menerusi The Cube Celcom. AJL 28 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan penampilan pertama pasangan hos Muzik Muzik 28, AG dan Scha Al-Yahya sebagai hos.

Malam kemuncak AJL 28 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai yang berkonsep ‘battle’ vokal oleh Shila Amzah dan Mus May menerusi lagu Mahakarya Cinta selain tarian oleh Funky Fresh Family.

Manakala segmen interlude pula mengetengahkan muzik hip hop yang menggandingkan penyanyi baharu dan lama antaranya W.A.R.I.S, Zaidi (One Nation Emcees), Ziana Zain, FILSUF, Datuk M. Daud Kilau dan Amy Search.

Acara ‘Purple Carpet’ AJL 28’ yang berlangsung sebelum itu dihoskan oleh Aidid Marcello dan Hani Hatim manakala segmen ‘Backstage’ dihoskan oleh Elfira Loy.

Tahniah buat semua pemenang AJL28! Yang tak berjaya, jangan putus asa, okay?

Jom layan gambar-gambar menarik yang dirakam dari lensa Taqiyuddin Arifin Photography.

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke-28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Anugerah Juara Lagu Ke - 28 AJL28

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ziana Zain di Sidang Media Konsert Suara Kita

Media Prima Digital & Rangkaian Radio Media Prima Perkenal Tonton Music