in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

Sebastian Vettel Dipilih Atlet Lelaki Tahunan; Missy Franklin Menjadi Atlet Wanita Tahunan Paling Muda; Atlet Sepanyol Rafael Nadal Dan Marc Márquez Diiktiraf; Bayern Munich Menang Anugerah Pasukan Terbaik Tahunan

• Atlet ski sensasi Perancis, Marie Bochet terima Anugerah Kurang Upaya Laureus
• Bintang BMX Jamie Bestwick terpilih penerima Anugerah Aksi Sukan Laureus
• Pasukan Kriket Afghanistan menang Anugerah Semangat Sukan Laureus
• Akademi Laureus puji Magic Bus kerana Anugerah Sukan Untuk Kebaikan
• Penonton seluruh dunia saksi Malis Anugerah Laureus di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2014 – Tiga bintang sukan terhebat dalam generasi mereka, yang sudah membuktikan keupayaan sebagai atlet paling cemerlang sekalipun pada usia muda, menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pemandu Jerman, Sebastian Vettel, juara Formula Satu empat kali paling muda dalam sejarah pada usia 26 tahun, terpilih sebagai Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus, perenang Amerika Syarikat Missy Franklin, pada usia 18 tahun, menjadi pemenang paling muda bagi kategori Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus, manakala penunggang Sepanyol, Marc Márquez menerima Pencapaian Cemerlang Laureus, selepas memenangi Kejuaraan MotoGP Dunia pada usia 20 tahun dan 266 hari.

Kegembiraan berganda diterima Jerman dan Sepanyol ketika nama pemenang diumumkan. Bayern Munich menyertai Vettel sebagai pemenang, apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Pasukan Terbaik Tahunan Laureus, manakala pemain tenis berbakat, Rafael Nadal menerima Anugerah Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan, bersama-sama Márquez, untuk melengkapkan hari gembira bagi sukan Sepanyol.

Anugerah Dunia Sukan Laureus adalah penghormatan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa. Pemenangnya yang dipilih oleh sekumpulan ahli Akademi Dunia Sukan Laureus, panel juri tertinggi yang dianggotai 46 ahli sukan lelaki dan wanita terhebat. Kutipan daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja yayasan Laureus Sports for Good Foundation. Sejak pengenalannya, Laureus sudah mengumpul lebih €60 juta untuk melaksanakan pelbagai projek demi membantu meningkatkan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.

Kejayaan Sebastian Vettel lebih memberi kepuasan kepada pemandu muda Jerman itu, yang tercalon sebanyak lima kali untuk menerima Anugerah Laureus, sebelum akhirnya memenanginya. Kejuaraan kali keempat berturut-turut pada 2013 meyaksikan namanya menyertai legenda sukan permotoran Juan Manuel Fangio, Michael Schumacher dan Alain Prost, kesemuanya menang empat kali, tetapi beliau melakukannya lebih awal berbanding tiga legenda tersebut – pada usia hanya 26 tahun dan 116 hari.

Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus, Missy Franklin menjadi nama sensasi pada Kejohanan Renang Dunia di Barcelona, menjadi perenang waniota pertama dalam sejarah memenangi enam pingat emas dalam satu kejohanan dunia – tiga dalam acara individu dan tiga berganti-ganti – pada usia hanya 18 tahun. Beliau juga enggan menerima hadiah kemenangan dan tajaan supaya dapat memastikan beliau mengekalkan status amatur ketika berada di kolej.

Bayern Munich menerima Pasukan Terbaik Tahunan Laureus selepas muncul sebagai kelab bola sepak pertama melengkapkan tiga kejuaraan iaitu Liga Juara-JUara UEFA, Bundesliga dan Piala Jerman. Enam pemainnya dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FIFA: Philipp Lahm, Thomas Mueller, Manuel Neuer, Franck Ribery, Arjen Robben dan Bastian Schweinsteiger.

Penunggang Sepanyol Marc Márquez dipilih sebagai penerima anugerah Pencapaian Cemerlang Tahunan apabila muncul juara paling muda dalam kejuaraan MotoGP, pada usia 20 tahun 266 hari. Beliau juga mencipta sejarah menjadi pemenang paling muda ketika menjuarai Gran Prix Amerika di Austin pada April tahun lalu, ketika berusia 20 tahun 63 hari.

Ia adalah anugerah Laureus pertama dimenangi Márquez, tetapi rakan senegara Sepanyol Rafael Nadal pula menjulang trofi Laureus ketiga, apabila terpilih sebagai pemenang anugerah Kemunculan Semula Terbaik Tahunan, kembali beraksi selepas tujuh bulan berehat kerana kecederaan, dengan menjuarai gelaran Grand Slam Terbuka Perancis dan Terbuka AS serta merampas kembali ranking No 1 dunia.

Atlet kurang upaya Perancis, Marie Bochet, pada usia 19 tahun, memenangi anugerah Atlet Kurang Upaya Terbaik Tahunan apabila menjadi atlet pertama melengkapkan Grand Slam dalam lima acara pada satu Kejohanan Ski Alpine Sedunia.

Bintang BMX Britain, Jamie Bestwick, kini berpangkalan di Amerika Syarikat, memenangi Aksi Terbaik Tahunan Laureus selepas menjadi satu-satunya atlet dalam sejarah X-Games memenangi lapan pingat emas berturut-turut, lebih dua pingat berbanding legenda seperti Tony Hawk dan Shaun White.

Akademi Dunia Sukan Laureus juga memperkenalkan dua anugerah pengiktirafan khas. Anugerah Semangat Sukan Laureus dimenangi pasukan Kriket Afghanistan, yang layak ke Kejohanan Kriket Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka, dan Anugerah Sukan Untuk Kebaikan Laureus yang diberikan kepada Magic Bus, sebuah projek komuniti berasaskan sukan di India.

Majlis Anugerah berlangsung di Istana Budaya, di Kuala Lumpur, Malaysia, dan dihoskan oleh pelakon terkenal British, Benedict Cumberbatch. Pemenang Oscar dan Grammy, Jamie Foxx membuat persembahan di depan barisan tetamu bertaraf bintang yang hadir. Pelakon Jerman, Daniel Brühl, yang memegang wataki Niki Lauda dalam filem Rush, turut hadir, selain supermodel dan pelakon wanita terkenal China, Du Juan.

Ahli Akademi Dunia Sukan Laureus yang turut hadir adalah: Giacomo Agostini, Bobby Charlton, Sebastian Coe, Nadia Comaneci, Deng Yaping, Kapil Dev, Mick Doohan, Sean Fitzpatrick, Dawn Fraser, Marvelous Marvin Hagler, Tony Hawk, Michael Johnson, Franz Klammer, Edwin Moses (Pengerusi), Ilie Nastase, Alexey Nemov, Morné du Plessis, Hugo Porta, Mark Spitz, Daley Thompson dan Steve Waugh.

Antara tetamu terhormat sukan lain termasuklah:
Vitor Baia, Robert Baker, Kenny Belaey, Jamie Bestwick, Marie Bochet, Ronald de Boer, Annabelle Bond, Daniel Brühl, Bob Burnquist, Eric Cantona, Fabio Capello, Dan Carter, Lee Chong Wei, David Coulthard, Johan Cruyff, Nicol David, Deng Yaping, Du Juan, Paulo Ferreira, Nacho Figueras, Emerson Fittipaldi, Missy Franklin, Maya Gabeira, Stephanie Gilmore, Ruud Gullit, Lewis Hamilton, Raphael Holzdeppe, Nico Hülkenberg , Philip Köster, Michael Laudrup, Tegla Loroupe, Steve McManaman, Marc Márquez, Felipe Massa, Gaizka Mendieta, Luis Milla, Hidetoshi Nakata, Antonis Nikopolidis, Sophie Pascoe, Nico Rosberg, Sarah Louise Rung, Axel Schulz, Jimmy Spithill, Angelika Timanina, Sebastian Vettel.

Antara tetamu yang hadir adalah: Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak; Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri

Pemenang Anugerah dalam tujuh kategori diumumkan. Pemenangnya adalah:

  1. Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus: Sebastian Vettel
  2. Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus: Missy Franklin
  3. Pasukan Terbaik Tahunan Laureus: Bayern Munich
  4. Pencapaian Cemerlang Tahunan Laureus: Marc Márquez
  5. Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus: Rafael Nadal
  6. Atlet Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus: Marie Bochet
  7. Aksi Sukan Terbaik Tahunan Laureus: Jamie Bestwick

Ada dua Anugerah tambahan: Anugerah Semangat Sukan Laureus yang diberikan kepada pasukan Kriket Afghanistan dan Anugerah Sukan Untuk Kebaikan yang diberikan kepada Magic Bus, sebuah projek komuniti berasaskan sukan di India.

Untuk mendapatkan biografi penuh Pemenang dan Calon, sila layari www.laureus.com

Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata:

“Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi keistimewaan untuk menjadi tuan rumah majlis berprestij Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan acara terkenal di peringkat antarabangsa ini dan mengalu-alukan kehadiran ramai legenda sukan ke Malaysia. Ini adalah negara yang cintakan sukan dan saya memberi jaminan layanan dan hospitaliti mesra menanti setiap tetamu kami. Berserta beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Piala Monsun dan Grand Prix Formula Satu, kami sangat yakin bahawa Kuala Lumpur, Malaysia adalah tuan rumah yang sempurna untuk acara sukan yang begitu signifikan ini. Saya positif ini bakal menjadi acara yang akan dikenang oleh semua yang terlibat.”

NOTA UNTUK PENGARANG

Penaung pertama Laureus ialah Nelson Mandela. Semasa Anugerah Dunia Sukan Laureus yang julung kali diadakan pada tahun 2000, beliau berkata: “Sukan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Ia mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi. Ia mempunyai kuasa untuk menyatukan rakyat yang tidak dapat dilakukan dengan cara lain. Sukan menjana harapan tika hanya kekecewaan yang melanda.” Ini telah menjadi falsafah Laureus; menjadi kuasa pendorong di sebalik tugasnya.

Laureus merupakan gerakan universal yang meraikan kuasa sukan untuk menyatukan orang bersama-sama sebagai satu pasukan untuk selama-lamanya. Laureus terbentuk daripada tiga elemen teras – Akademi Dunia Sukan Laureus, Sukan Laureus untuk Yayasan Good, Anugerah Dunia Sukan Laureus – yang secara kolektif meraikan kecemerlangan sukan dan menggunakan sukan sebagai cara untuk menggalakkan perubahan sosial.

Ahli-ahli Akademi Dunia Sukan Laureus terdiri daripada: Giacomo Agostini, Marcus Allen, Franz Beckenbauer, Boris Becker, Ian Botham, Sergey Bubka, Bobby Charlton, Sebastian Coe, Nadia Comaneci, Yaping Deng, Marcel Desailly, Kapil Dev, Mick Doohan, David Douillet, Emerson Fittipaldi, Sean Fitzpatrick, Dawn Fraser, Cathy Freeman, Tanni Grey-Thompson, Marvelous Marvin Hagler, Mika Häkkinen, Tony Hawk, Mike Horn, Miguel Indurain, Michael Johnson, Kip Keino, Franz Klammer, Dan Marino, Edwin Moses (Pengerusi), Nawal El Moutawakel, Robby Naish, Ilie Nastase, Martina Navratilova, Alexey Nemov, Jack Nicklaus, Gary Player, Morné du Plessis, Hugo Porta, Steve Redgrave, Vivian Richards, Monica Seles, Mark Spitz, Daley Thompson, Alberto Tomba, Steve Waugh dan Katarina Witt.

Ahli-ahli Akademi Laureus menawarkan perkhidmatan mereka secara sukarela sebagai duta global sukan Laureus untuk Yayasan Good, yang ditubuhkan bagi menggalakkan sukan sebagai alat untuk perubahan sosial. Yayasan ini menangani cabaran sosial melalui program berkaitan sukan di seluruh dunia, iaitu inisiatif pembangunan komuniti . Sejak penubuhannya, Laureus telah mengumpul lebih €60 juta untuk projek-projek yang membantu meningkatkan tahap kehidupan lebih satu setengah juta golongan muda. Misi Yayasan Laureus adalah untuk menggunakan sukan sebagai cara memerangi beberapa cabaran sosial paling sukar di dunia yang dihadapi anak-anak muda hari ini, seperti jenayah juvana, kumpulan samseng, HIV/AIDS, diskriminasi, penyingkiran sosial, kesedaran periuk api dan masalah kesihatan seperti obesiti.

Akademi tersebut mendapat sokongan ahli Program Duta Laureus untuk melaksanakan tugasnya, satu kumpulan olahragawan dan olahragawati terpilih yang telah bersara atau masih aktif yang mencapai kehebatan melalui sukan, serta personaliti bukan sukan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat sukan sepanjang kerjaya mereka.

Anugerah Dunia Sukan Laureus merupakan anugerah sukan global yang terkemuka yang mengiktiraf atlet lelaki dan wanita terulung dalam semua acara sukan setiap tahun. Pemenang dipilih oleh juri sukan terunggul – 46 orang ahli Akademi Dunia Sukan Laureus, para legenda sukan yang memberikan penghormatan kepada para atlet terhebat hari ini. Anugerah ini disampaikan di Majlis Penganugerahan tahunan, dihadiri oleh tokoh-tokoh dunia sukan dan hiburan yang disiarkan ke 120 buah negara dan wilayah.

Terdapat dua bahagian dalam proses pengundian untuk mencari pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus. Pertama, satu Panel Pemilihan yang terdiri daripada editor, penulis dan penyiar sukan terkemuka di dunia dari lebih 120 buah negara mengundi untuk menyenarai pendek enam Pencalonan dalam pelbagai kategori, termasuk Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus, Atlet Wanita Terbaik Tahunan Laureus, Pasukan Terbaik Tahunan Laureus, Pencapaian Terbaik Tahunan Laureus dan Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus. Kemudian anggota panel Akademi Anugerah Dunia Sukan Laureus mengundi secara rahsia untuk memilih pemenang Anugerah daripada senarai pendek tersebut. Ahli-ahli Akademi Laureus juga mengundi untuk Tokoh Sukan Kurang Upaya Terbaik Laureus dan Aksi Sukan Terbaik Tahunan Laureus, yang Pencalonannya dibuat oleh panel pakar.

Hasil daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia. Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac.

Laureus ditubuhkan oleh penaung Richemont dan Daimler dan disokong oleh Rakan kongsi Global Mercedes-Benz dan IWC Schaffhausen.

Mercedes-Benz
Mercedes-Benz, pengeluar kereta tertua di dunia, boleh mengimbaskepada tradisi yang unik. Ia merupakan jenama automotif premium paling bernilai yang mewakili kualiti, keselamatan, keselesaan, reka bentuk dan mobiliti mapan. Mercedes-Benz menikmati reputasi yang sangat baik, terutama dalam bidang keselamatan. Kebanyakan perintis inovasi teknikal yang merupakan ciri-ciri standard automotif hari ini dapat dilihat pada awalnya dalam kereta Mercedes-Benz. Jurutera-jurutera Mercedes-Benz pada masa akan datang akan terus mencipta semula automobil secara konsisten – dengan semangat dan inovasi yang sama seperti Gottlieb Daimler dan Carl Benz pada tahun 1886. Selain itu, Mercedes-Benz secara aktif menyokong sukan profesional dan amatur sejak beberapa dekad dan menjadi rakan yang boleh dipercayai dalam bidang sukan bermotor, bola sepak, golf, ekuestrian dan tenis. Mercedes-Benz adalah Rakan Kongsi Global Sukan Laureus untuk Yayasan Good. Sejak permulaan operasi Yayasan ini pada tahun 2000, Mercedes-Benz telah berkongsi dan menyokong matlamat-matlamat dan nilai-nilai program kebajikan di seluruh dunia yang meletakkan peranan utama kepada sukan dalam perjuangan terhadap isu-isu sosial – Laureus menjadi elemen penting dalam program tanggungjawab sosial korporat Mercedes-Benz.

IWC Schaffhausen
Dengan fokus yang jelas tertumpu pada teknologi dan pembangunan, pengeluar jam tangan Switzerland iaitu IWC Schaffhausen telah menghasilkan jam tangan yang abadi nilainya sejak 1868. Syarikat itu meraih reputasi antarabangsa berdasarkan semangat dan kesungguhannya untuk mengetengahkan penyelesaian inovatif dan kepintaran teknikal. Tergolong antara jenama terkemuka di dunia dalam segmen jam tangan mewah, IWC menghasilkan ciptaan agung yang paling indah dan halus dalam seni pembuatan jam, melalui gabungan kejuruteraan dan kepersisan dengan reka bentuk eksklusif. Sebagai rakan kongsi global sejak 2005 dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, IWC merupakan salah satu daya penggerak di sebalik Yayasan Laureus Sport for Good. Sejak 2006, pengeluar jam tangan Switzerlandini telah melancarkan beberapa jam edisi terhad sebagai penghormatan dan sokongan terhadap Yayasan tersebut. Jam tangan ini dirancang untuk menjadi barangan koleksi pengumpul jam kerana setiap edisi menampilkan ukiran eksklusif di belakang jam berdasarkan lukisan seorang kanak-kanak yang terlibat dalam projek Laureus.

Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang mencerminkan keunikan dari seluruh Asia gambaran sebuah negara ceria, campuran pelbagai kaum dan agama di mana Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik lain dapat hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum dan budaya ini menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan dan tempat kelahiran pelbagai perayaan berwarna-warni. Rakyat Malaysia begitu tenang, mesra dan peramah. Menjadi destinasi pelancongan ke-10paling popular di dunia mengikut perangkaan UNWTO dan keempat dari segi destinasi membeli-belah di dunia oleh CNN, dan dengan 2014 menjadi Tahun Melawat Malaysia, negara ini pastinya adalah tuan rumah yang paling tepat untuk majlis Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014.

YR1M
Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu kemahiran untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Perkenal Baju T Guna Tagline Bontot?

You’re Not Red & Ya Hanana Carian Utama di Youtube