in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014

Pada hari ini, tanggal 5 April 2014, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) kembali berlangsung di Arena of Stars, Puncak Genting Highland bersiaran pada jam 9 malam di TV3 dengan tema Cinta. Anugerah ini menampilkan Amy Mastura, Sherry Alhadad dan AG selaku pengacara. Budiey kira, satu gabungan yang secocok. Amy Mastura sangat spontan. Sherry dan juga AG juga selalu buat lawak. Tapi kadang-kadang lawak rasa ada yang tak kena. Ntah, rasa macam biasa-biasa. Patutlah ada yang membandingkan antara Sherry dan Adibah Nor, lebih baik pilih Adibah Noor kata mereka.

Menepati tema ABPBH kali ini, Budiey lihat, ramai juga selebriti hadir memeriahkan acara karpet merah dengan penuh pesona dan gaya. Pendek kata segmen permaidani merah ni antara yang Budiey rasa paling penting sebab masa ni lah Budiey nak rakam selebriti kita melaram. Kepada anda, jangan lupa untuk subscribe Youtube Channel Budiey.com ya. Untuk melanggan, sila klik SINI.

Namun, acara malam kemuncak malam ini boleh dikatakan agak meriah juga. Acara dimulakan dengan laluan selebriti di karpet merah seawal jam 7.45 malam. Anugerah edisi ke-28 anjuran Berita Harian ini disiarkan secara langsung di TV3, stesen radio Hot FM selain laman web rasmi www.abpbh.com.my dan di Portal Tonton.

Shaheizy Sam Rampas Takhta Tertinggi

Di sini, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz yang berjaya merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular dengan meraih 76,742 undi mengetepikan saingan finalis lain. Shaheizy Sam diangkat sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli undian tertinggi dengan memperoleh 265,703 undian. Rasanya ini adalah kemenangan kali ketiga buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012. Kemenangan itu membolehkan Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Camry Hybrid sumbangan Toyota dan sebuah trofi.

Kemenangan Abam Mengejutkan!

Budiey juga nak ucapkan tahniah kepada Abam Bocey yang berjaya membuatkan Budiey terkejut besar. Inilah pertama kali pelawak itu menjulang trofi Artis Komedi Lelaki Popular dengan mengetepikan saingan paling sengit.

Tahniah buat ABAM, semalam menjulang trofi ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR di ABPBH 2014 buat pertama kalinya. Kata-kata keramat GEMOK IS OHSEM telah menjadi trending dan Quotes of the Night semalam. Walaupun kami selalu berbalas mesej di IG tapi ini kali pertama Budiey dapat berjumpa dan bergambar dengan Abam. Rasanya Budiey kuat jugak bersorak semasa Abam diumum jadi pemenang semalam. Semoga Abam terus sukses.

Yang Paling Fail?

Paling gagal rasanya semasa persembahan tribute untuk pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat iaitu TAN SRI S.M SALIM yang menampilkan empat lelaki macho yang mempunyai kekuatan vokal masing-masing. Sayangnya, lagu yang dipersembahkan agak tidak menepati dengan kehendak pemenang anugerah bahkan ia menjahanamkan seni alunan lagu tradisi. Yang ironinya, semasa dalam petikan ucapan, Tan Sri SM Salim ada berpesan agar lagu asli Melayu ni jiwanya lembut bukan terlalak terlolong memekik dan melantun-lantun. Persembahan ini dikatakan agak ‘gagal’ kerana gaya vokal dan konsep irama asal tidak dikekalkan.

Kategori Penyanyi Lelaki dan Penyanyi Wanita Popular masing-masing buat pertama kalinya dimenangi Akim juga Adira.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shah Iskandar dan Nad Zainal. Ini merupakan kemenangan kali kedua Shah dan kali pertama buat Nad.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular menepati jangkaan ramai apabila trofi itu menjadi milik kumpulan yang cukup popular menerusi lagu Mewangi iaitu Akim & Majistret.

Hafreez Adam mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan seperti dijangka gelaran Artis Baru Wanita Popular milik heroin Rindu Awak 200%, Ayda Jebat.

Pelawak Didie Alias pula berjaya merampas semula trofi Artis Komedi Wanita Popular yang dimenangi Jihan Muse tahun lalu.

Pelawak sensasi kesayangan ramai masa kini, Abam mencipta kemenagan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Johan Raja Lawak dari stesen Era FM dan Fara Fauzana (Hot FM).

Sementara itu, pelakon dan pengacara Neelofa berjaya merangkul anugerah Pengacara TV Wanita Popular buat kali kedua. Begitu juga dengan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi yang kembali berjaya menambah koleksi trofi Pengacara TV Lelaki Popular yang mana tahun lalu kategori itu dimenangi oleh Datuk AC Mizal.

Turut mencuri tumpuan, kategori online yang menotakan pemenang seperti Zul Ariffin sebagai Artis Lelaki Stailo. Kategori Artis Paling Kontroversi milik Sharnaaz Ahmad dan personaliti popular Faiz Dickie.

Anugerah pencapaian sepanjang hayat diberikan kepada Tan Sri SM Salim atas pencapaian dan sumbangan beliau sebagai pejuang muzik irama tradisional selama enam dekad.

Bertemakan cinta, acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Amy Mastura, Sherry Al-Hadad dan AG (Hot FM) selain beberapa penyampai jemputan seperti Adi Putra, Zara Zya, Fathia Latif, Zul Ariffin, Neelofa, Siti Saleha dan Adik Puteri Balqis serta anak beranak, Khaty Azean, Sam dan Datin Zizie Izzette.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan mantap daripada barisan artis hebat tanah air seperti Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Kumpulan Bocey dan Yassin, Ella dan Korie, Salamiah Hassan dan Atilia serta gandingan empat penyanyi lelaki sensasi masa kini, Black, Akim, Azlan (Typewriter) dan Hazama.

ABPBH 2014 edisi ke-28 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Berikut adalah senarai Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013)

[toggle title=”Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: TAN SRI S.M SALIM”]Tahniah! Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi veteran yang memperjuangkan irama seni bangsa Melayu.[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Baru Lelaki Popular: HAFREEZ ADAM”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Baru Wanita Popular: AYDA JEBAT”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon TV Lelaki Popular: SHAH ISKANDAR”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon TV Wanita Popular: NAD ZAINAL”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon Filem Lelaki Popular: SHAHEIZY SAM”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pelakon Filem Wanita Popular: SITI SALEHA”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular: ABAM (Bocey)”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Komedi Wanita Popular: DIDIE ALIAS”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyanyi Lelaki Popular: AKIM”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyanyi Wanita Popular: ADIRA”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Artis Duo/Berkumpulan Popular: AKIM & THE MAJISTRET”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pengacara TV Lelaki Popular: DATUK AZNIL NAWAWI”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Pengacara TV Wanita Popular: NEELOFA”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyampai Radio Lelaki Popular: JOHAN RAJA LAWAK (Era FM)”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pemenang Penyampai Radio Wanita Popular: FARA FAUZANA (Hot FM)”]

 

[/toggle]

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2013

[toggle title=”Artis Lelaki Stailo: ZUL ARIFFIN”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Artis Wanita Stailo: DATO’ SITI NURHALIZA”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Pasangan Romantis: AWAL ASHAARI & SCHA AL-YAHYA”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Artis Paling Kontroversi: SHARNAAZ AHMAD”]

 

[/toggle]

[toggle title=”Personaliti Popular: FAIZ DICKIE”]

 

[/toggle]

Anugerah Bintang PALING Popular Berita Harian 2014 : Shaheizy Sam

Tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Kembali Rampas Takhta di ABPBH 2014

Marathon 9to5run Tawar Hadiah Kereta Volkswagen Polo