in

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010

Drama Perempuan Dinobat Drama Terbaik ASA 2010

Bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, malam kedua ASA2010 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.

Drama Perempuan yang berkisar tentang cabaran wanita dalam masyarakat diangkat sebagai Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) selain turut merangkul Anugerah Skrip Terbaik pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, Sabtu.

VIDEO SELEBRITI MELARAM DI RED CARPET:

Dalam acara tersebut juga, pengarah drama Apakah Dosaku, Bernard Chauly dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan pelakon Eleine Daly merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Fauzi Nawawi melalui drama Sebelum Akhirat, manakala Pelakon Drama Komedi Terbaik dimenangi oleh Abby Yus untuk drama Masak Lomak Cili Api.

Selain itu, ASA 2010 turut menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli kemenangan keseluruhan anugerah rancangan radio dan televisyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu malam.

ASA2010

Gandingan 3 orang pengacara yang dikatakan kurang menyengat dan tiada keserasian.

Dalam acara yang berlangsung pada malam kedua ini, RTM mendominasi kemenangan apabila meraih sebanyak enam dari 17 anugerah yang dipertandingkan menjadikan jumlah sebanyak 23 anugerah keseluruhannya.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul tujuh anugerah antaranya Buletin TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik dan Candawara TV Terbaik.

Sementara itu, Media Prima berjaya membawa pulang empat anugerah pada malam ini menjadikan 10 anugerah keseluruhannya.

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi tiga anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (2).

Selain itu, bagi anugerah yang menjadi perhataian DJ Radio Terbaik dimenangi oleh Chong Keat Aun (Ai FM) bagi kategori lelaki dan Roslinda Abdul Majid (Suria FM) bagi kategori wanita.

Bagi Anugerah Khas Juri kali ini diberikan kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail. Manakala, Anugerah Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta diterima oleh Datuk Affendy, sementara Anugerah Tokoh Seri Angkasa diterima oleh Datuk Abdullah Mohammad.

ASA2010

Sebanyak 53 anugerah dipertandingkan bagi setiap program terbitan radio dan televisyen bagi ASA 2010 yang bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia yang bertujuan menggalakkan persaingan sihat dikalangan penyiar bagi menghasilkan karya-karya bermutu dan kreatif untuk para pendengar dan penonton.

ASA 2010 dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasidan Kebudayaan, Media Prima, RTM dan ASTRO selepas diadakan pada 2006.

Majlis dihadiri oleh Menteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dan Datuk seri Kamarudin Siaraf serta Ketua pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. – via Mstar Online

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Hazami, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Datuk Sharifah Aini.

Antara penyampai anugerah ialah Raja Azura, ND Hakim, Faizal Ismail, Suhaimi Sulaiman, Charles Mohan, Nurul Syuhada, Hans Isaac, Datuk Sharifah Aini, Julie Woon dan ramai lagi.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik-Roslinda Abdul Majid ( Suria FM )

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik-Wan Syahrina Wan Ab Rahman ( Bernama Radio 24 )

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik-Chong Keat Aun ( Ai FM )

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik-Ashwad Ismail, Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pengulas TV Terbaik-Mohd Hafizal Hamad, Pahlawan Akhir Sukan Sea (RTM TV1)

Anugerah Pengacara TV Terbaik-Sarimah Ibrahim Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Majalah TV Terbaik-Agrotek – Kelapa: Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi ( RTM TV1)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik-Showdown 2010 ( Episod 9 )

Anugerah Candawara TV (Game Show) Terbaik-Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)£)

Anugerah Hiburan TV (Muzikal) Terbaik-Shout Award 2009 (8TV)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik-Abby Yus Masak Lomak Cili Padi (RTM TV2)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik-Siti Jaslina Ibrahim, Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik-Elaine Daly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik-Fauzi Nawawi, Sebelum Akhirat ( TV3)

Pengarah Drama TV Terbaik-Bernard Chauly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Drama TV Terbaik-Perempuan, (RTM TV2)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik-Malaysia My Home : Story Of Sabah & Sarawak ( Astro 301)

Anugerah Buletin TV Terbaik-Awani 7.45 ( Astro Awani )

Anugerah Khas Juri-Ashwad Ismail

Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta-Datuk Affendy Nawawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa – Datuk Abdullah Mohammad

Ini pula senarai keputusan penuh ASA2010 yang diumumkan pada malam pertama:

1. Anugerah Kapsul Radio Terbaik: Kempen Kebersihan/Pelancongan Dan Keselamatan (Negeri FM)

2. Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Ahmad Zaini Ahmad Norbi – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

3. Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM-TV2)

4. Anugerah Promo / Montaj / Teaser TV Terbaik: Astro Arena Channel I.D (Astro Arena)

5. Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Songkok (RTM-TV1)

6. Anugerah Buletin Berita Radio Terbaik: Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

7. Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

8. Anugerah Pengulas Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

9. Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Anuar Ahmad – Songkok (RTM-TV1)

10. Anugerah Jurukamera TV Terbaik: Dosa Semalam – Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM-TV2)

11. Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

12. Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

13. Anugerah Kapsul TV Terbaik: Puan Zauyah Yusoff – Kapsul Ramadan (Muzik Aktif)

14. Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik: Menggapai Harapan (RTM-TV1)

15. Anugerah Hiburan Radio Terbaik: Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

16. Anugerah Bicarawara Radio Terbaik: Syezliza Basri – Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

17. Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: A. Wahid Bin Nasir – Tasik (Klasik Nasional)

18. Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Khadijah Abdul Gaffoor – Isu Khas Gaza (RTM-TV1)

19. Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik: Abus Episod 5 (RTM-TV1)

20. Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Tom Tom Bak Musim 4 – Episod 1 (Astro Ceria)

21. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik: Hanis Kamal – Denai Berbisik (Astro Prima)

22. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik: Fadhilah Mansor – Sebelum Akhirat (TV3)

23. Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik: Eyra Hazali – Anak-Anak Lorong (Astro Prima)

24. Anugerah Majalah Radio Terbaik: Feminin – Suara Malaysia (RTM)

25. Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Roslinda Binti Abdul Majid – Suria Cinta (Suria FM)

26. Anugerah Drama Radio Terbaik: Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)

27. Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)

28. Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik: Elliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)

29. Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Ashwad Ismail – Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro Awani)

30. Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik: Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur – Aminhayat Abd Rahim (TV9)

31. Anugerah Wartawan TV Terbaik: Hanim Muhili – Eksklusif 1 “Abuya” (RTM – TV1)

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

ASA2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Carmen Soo di Anugerah Seri Angkasa 2010

Floor Fever Juara Dynda Hanya Kamu Dance Off