in

Senarai Penuh Keputusan Pemenang AIFFA 2015

sharifah amani

Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 atau ASEAN International Film Festival 2015 telah berlangsung malam tadi di Borneo Convention Center Kuching dan kita semua dapat mengetahui pemenang penuh AIFFA kali kedua ini. Tahniah buat pemenang. Budiey dan BudieyBuddies bertuah kerana dapat hadir di acara ini dan sempat menemubual beberapa orang pemenang.

Tahniah buat ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul dua kategori dan sekaligus membawa nama Malaysia menerusia dua kategori anugerah yang dimenanginya.

Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.

_MAN4383

Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.

Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.

Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.

AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran melalui TV3 dan streaming live www.aiffa2015.com

Senarai penuh pemenang AIFFA 2015:

Filem Terbaik: Terbaik Dari Langit – Malaysia

Pengarah Terbaik: Joseph Laban – Nuwebe (Termitaria) – Philippines

Lakon Layar Terbaik: Ben Sihombing – Soekarno – Indonesia

Pelakon Lelaki Terbaik: Bront Palarae – Terbaik Dari Langit – Malaysia

Pelakon Wanita Terbaik: Cherie Gil – Sonata – Philippines

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sok Sothun – The Last Reel – Cambodia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiah Wahid – Yasmine – Brunei

Sinematografi Terbaik: Dang Xuan Truong – Inseminator – Vietnam

Suntingan Terbaik: Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines

Anugerah Khas Juri – The Lion Men (Singapura)
Anugerah Khas Juri – Pee Mak (Thailand)
Anugerah ASEAN Spirit – Purok 7 (Filipina)
Anugerah inspirasi ASEAN – Datuk Jackie Chan

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG!

_MAN4277

_MAN4392

_MAN4429

Kami bersama penerbit dan pengarah filem PEE MAK sebuah filem komedi seram yang berjaya menembusi pasaran Malaysia dan berjaya tersenarai menjadi pemenang SPECIAL JURY AWARD AIFFA 2015
Terima kasih sudi menjadi penaja suit lengkap untuk Budiey pakai masa AIFFA2015. SACOOR BROTHERS is awesome!

Rambut Budiey dari sentuhan hairstylist Gibson Loong Shawn Cutler

Foto Budiey di Asean International Film Festival & Awards dari lensa jurugambar terhebat Firman Mohtar dan juga dgn menggunakan Samsung GALAXY Note 4. Thank you Samsung Mobile Malaysia
Terima kasih juga kepada BudieyBuddies yg sudi membantu merakam video dan mengambil gambar.

Follow IG @sacoorbrothersmy
Follow IG @shawncutlerbangsar
Follow IG @firmanmohtar
Follow IG @samsungmobilemy

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Finalis Qu Puteh Bintang Mencari Bintang

Review Concorde Hotel Shah Alam