in

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Anugerah Industri Muzik ke-21 telah pun berakhir. Seperti sireh pulang ke gagang, setelah tiga tahun diadakan di skala stadium yang besar, tahun ini AIM kembali semula diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Budiey nak kalungkan sekalung ucapan tahniah buat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang telah merangkul tiga anugerah di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21). Album Fragmen membuktikan satu kerja tangan yang teliti dibuat oleh insan-insan seni berkaliber menghasilkan satu pengiktirafan akhirnya. Ini adalah kali ke-12 memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita). Satu pencapaian yang cukup memberangsangkan dan tidak ada yang dapat menandingi Tok Ti setakat ini.

Lebih manis, penghibur berusia 35 tahun ini menambahkan lagi trofi pencapaian gemilangnya apabila turut memenangi dua lagi anugerah kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.

“Album Fragmen ini adalah inspirasi daripada suami saya. Apa yang jadi pada beliau memberi inspirasi pada saya untuk menghasilkan album ini. Album ini menceritakan kesedihan, kegembiran dan apa yang saya rasa, saya kongsikan dalam album ini,” katanya ketika menerima trofi kemenangan di pentas.

Sementara itu, penyanyi baru, SonaOne mencipta sejarah tersendiri apabila lagu ciptaannya, No More diangkat sebagai Lagu Terbaik. Penyanyi yang baru di hambat kontroversi ekoran didakwa ‘lalok’ sewaktu pertandingan Muzik-Muzik Separuh Akhir baru-baru ini, Akim mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

Lagu Hip Hop Terbaik di menangi Joe Flizzow menerusi Apa Khabar.

Seterusnya, anugerah khas Anugerah Wirama diberikan kepada penghibur terkenal dengan jolokan Papa Rock, Datuk Ramli Sarip atas pencapaian cemerlang beliau sepanjang 45 tahun bergelar anak seni dan bertapak dalam industri serta masih aktif sehingga kini.

Penyanyi yang juga penulis lirik dan komposer, Poova pula dipilih sebagai Artis Baru Terbaik.

Selain itu, lagu berjudul Salahkah nyanyian Hafiz & Datuk Rossa memenangi kategori Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara Di Dalam Lagu.

Perjalanan acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan hebat daripada artis tanah air yang berkonsepkan Lagu Kita Menawan Jiwa, seperti Joe Flizzow & SonaOne dengan lagu Apa Khabar sebagai pembuka acara, kumpulan Sleeq, Fakhrul Radzi dan Azmarul Azuan.

Malam istimewa kepada penggiat seni muzik tanah air juga dihangatkan dengan persembahan duet istimewa penyanyi popular era 80-an, Haleeda dan Ayai (Illusi) mendendangkan lagu Setia Kasih dan Segalanya Ku Terima.

Penonton terus dihiburkan dengan persembahan mantap Dayang Nurfaizah menyampaikan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Di Pintu Syurga yang pernah popular sebagai lagu tema drama bersiri, Ariana Rose.

Kemudian band Rock popular Indonesia, Nidji mengamatkan suasana menerusi persembahan lagu Menunggu Karma. Antara artis lain turut membuat persembahan, Tam (Spider) & Aweera, Akim & The Majistret dan Haiza.

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Industri Muzik ke-21:

1. Lagu Terbaik – No More (SonaOne) Komposer/penulis lirik: SonaOne

2. Album Terbaik – Fragmen (Siti Nurhaliza)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Siti Nurhaliza (Lebih Indah)

4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Akim Ahmad (Mewangi)

5. Lagu Pop Terbaik – Sesal Separuh Nyawa (Alyah)

6. Lagu Rock Terbaik – Rentak Laguku (Bunkface bersama Amy Search)

7. Lagu Hip Hop Terbaik – Apa Khabar (nyanyian Joe Flizzow/SonaOne)

8. Video Muzik Terbaik – Yuna (Falling)

9. Artis Baru Terbaik – Poova

10. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Nora bersama Mosyi, Alif & Putri (Selamanya Bahagia)

11. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Azhael (Hujung Waktu)

12. Lagu Pop Etnik Terbaik – Akar Kita Zapin

13. Lagu Nasyid Terbaik – Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A)

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – No More

15. Artis Baru Terbaik – Poova

16. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Salahkah (Hafiz Suip & Rossa)

17. Kulit Album Terbaik – #1 (Stacy)

18. Rakaman Album Terbaik – Konsert Lentera Timur (Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia)

19. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan)

20. Anugerah Seri Wirama – Datuk Ramli Sarip

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ning Baizura

Gambar Selebriti di Pembukaan Rasmi MAGNUM CAFE Kuala Lumpur

Teater SuperPTU! & Transit Kaler Magenta