in ,

Senarai Pemenang Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019

Mister Planet-Nation Malaysia 2019 yang telah berlangsung selama hampir empat bulan akhirnya tiba ke acara kemuncak bagi tahun ini di Auditorium Muzium Negara Malaysia.

Majlis kemuncak itu telah dihadiri oleh lebih 200 penonton serta personaliti- personaliti terkenal tanah air seperti E1 Band, Harris Anuar dan ramai lagi. Selain prestasi bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang empat bulan yang lalu, penilaian oleh juri-juri jemputan pada Grand Final MPM 2019 juga telah di ambil kira dalam menentukan pemenang gelaran Mister Planet-Nation Malaysia 2019. Pemarkahan oleh juri-juri pada hari tersebut dinilai melalui beberapa segmen seperti cat-walk, persembahan perseorangan dan sesi soal jawab.

Sam Shaffik yang dinobat sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019 telah membawa pulang hadiah bernilai hampir RM 5,000 yang berupa wang tunai, kontrak artis di bawah pengurusan Fastyle Entertainment selama setahun, peluang berlakon di bawah naungan Zeel Production, sash, trofi, custom made outfit tajaan Azhar Zainal, pakej fotografi eksklusif dari Blackpepper Production dan juga hamper tajaan Beloora Gold.

Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019
Sam Shaffik juarai Mister Planet 2019

Manakala pemenang tempat kedua, Azri Rahim dan ketiga, Zeroq Mubin telah menerima hadiah bernilai lebih RM 2000 setiap seorang berupa wang tunai, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, sash, custom made outfit tajaan Azhar Zainal dan juga hamper tajaan Beloora Gold.

Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini Mister Planet-Nation Malaysia ’19 (MPM) anda boleh kunjungi akaun Instagram rasmi MPM, @misterplanetnationmalaysia.

Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019

Sejajar dengan misi MPM 2019 dalam mencari bakat baharu untuk menyinari dan menjadi pelapis industri hiburan Malaysia, pihak penganjur FASTYLE Entertainment telah membawa barisan juri berpengalaman dari industri hiburan bagi mengadili acara kemuncak itu.

Antaranya Haji Zil (Zeel Production), Bustamam Mokhtar (White Studio), Chez Hamdan (Chez Hair Studio) dan AfdalShahizad Zainudin (Astro Shaw).

Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019

Seperti acara-acara kemuncak MPM sebelumnya, 5 gelaran istimewa telah dipertandingkan di samping 3 gelaran utama; Mister Planet-Nation Malaysia 2019, 1st Runner up dan 2nd Runner up.

Gelaran-gelaran istimewa tersebut adalah Mister Photogenic, Mister Friendship, Mister Fitness, Mister Talented dimana ia diadili oleh para juri jemputan dan akhir sekali, gelaran Mister Favorite yang diadili oleh para penyokong MPM 2019 melalui website rasmi penganjur,

www.fastyleasia.com/fastyle-entertainment.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu MELURUH Kisah Benar Luahan Hati Datin Alyah

Video Sekitar Karpet Merah Anugerah MeleTop Era 2019