in

Senarai Pemenang Anugerah Stail EH! 2014

EH!, majalah urban No 1, telah menganjurkan majlis gilang-gemilang bertemakan Neo Urban Chic Anugerah Stail EH! 2014 dibawakan bersama A|X Armani Exchange di [email protected] di Bangsar South.

Hani Hatim dan Azura Zainal bertindak sebagai pengacara malam tersebut. Kayda, bersama Hani Hatim membuka majlis ini dan diteruskan dengan persembahan oleh Dayang Nurfaizah, Kaka dan Sabhi Saddi. Deejay Leey Houdini turut memeriahkan acara ini. Nama-nama besar arena hiburan seperti Siti Saleha, Emma Maembong, Anding, Arja Lee, Adi Putra, Izara Aishah, Nabila Huda, Sazzy Falak, Sharifah Sakinah antara selebriti kesayangan yang hadir di karpet merah.

Sempena ulang tahun EH! ke-15 tahun ini juga, buku EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti juga dilancarkan pada malam tersebut dan kini boleh didapati di pasaran.

Anugerah Stail EH! 2014 membawakan 15 kategori yang dipertandingkan bersempena ulang tahun ke-15 majalah EH! Buat kali pertama, panel juri yang terdiri daripada Ayie Ali, Editor Stailista murai.com.my, Tengku Azura, supermodel dan Zaihani M Zain, Perunding Fesyen bersama Editorial EH! memilih lima calon akhir bagi setiap kategori.

Lebih daripada 100 calon telah disenarai pendek, dan mereka ini terdiri daripada selebriti popular yang sering menjadi pilihan pelbagai cabang media massa, mereka sering tampil bergaya di acara-acara berprestij dan terlibat secara langsung dalam industri hiburan.

Pemilihan pemenang diserahkan kepada pembaca EH! yang telah menghantar undian melalui borang pencalonan Majalah EH! Edisi April dan Mei, laman web EH! (www.eh.com.my) dan di butik A|X Armani Exchange.

Undian berlangsung selama dua bulan. Undian tamat pada 12 May 2014. Anugerah utama, Anugerah Stail EH! 2014 berdasarkan daripada selebriti yang menerima undian paling banyak.

Majlis Anugerah Stail EH! 2014 dibawakan bersama A|X Armani Exchange dihadiri 350 VIP, selebriti tanahair and rakan sekerja EH! dan dijayakan bersama akhbar rasmi, Harian Metro; stesen radio rasmi, Suria FM; program TV rasmi, Hip TV dan portal rasmi, murai.com.my. 15 kategori yang dipertandingkan termasuk satu anugerah utama – “Anugerah Stail EH! 2014” dan pemenang adalah seperti berikut:

1. Anugerah Stail EH! 2014 – Awal Ashaari
2. Selebriti Wanita Paling Bergaya – Nur Fazura
3. Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari
4. Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Rozita Che Wan
5. Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak – Keith Foo
6. Selebriti Wanita Paling Seksi – Nabila Huda
7. Selebriti Lelaki Paling Seksi – Adi Putra
8. Selebriti Paling Fotogenik – Scha Alyahya
9. Selebriti Pencapaian Terbaik – Hafiz Suip
10. Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Datuk Siti Nurhaliza
11. Pasangan Selebriti Pilihan – Awal Ashaari & Scha Alyahya
12. Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
13. Pereka Fesyen Selebriti Pilihan – Rizman Ruzaini
14. Model Majalah Pilihan – Deanna Ibrahim
15. Selebriti Harapan Pilihan – Emma Maembong

Untuk galeri gambar majlis Anugerah Stail EH! 2014 dibawakan bersama A|X, layari www.eh.com.my

Anugerah Stail EH! 2014 telah dijayakan dengan sokongan

Penaja Utama ¡ A|X Armani Exchange
Media Rasmi ¡ Harian Metro
Radio Rasmi ¡ Suria FM
TV Rasmi¡ HIP TV
Portal Rasmi ¡ Murai.com.my
Penaja Lokasi ¡ [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Radio Lancar Kempen Rev-Kan Padang Anda

Persembahan Datuk Ramli Ibrahim di Orkestra Filharmonik Malaysia