in

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2009

Budiey nak ucapkan sekalung TAHNIAH kepada Erma Fatima di atas kemenangan Drama Tersasar di Jalanmu yang telah dinobatkan sebagai Drama Terbarik di Anugerah Skrin 2009.

Kemenangan berganda… Erma Fatima juga dijulang sebagai Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik. Sesuatu yang amat membanggakan dan pastinya ditunggu oleh pengarah ini.

Pelakon Lelaki Terbaik… Que Haidar. Tahniah Que!

Julang jangan tak julang. Ada pemenang tak nak posing macam ni… kesian kat fotografer.

Kekasih Ku Seru pun menang besar jugak. Tahniah buat pengarah Khabir Bhatia!

Drama Nur Kasih… katanya dijual dalam bentuk DVD. Sila dapatkannya yea!

Wakil filem Wayang yang menang FIlem Terbaik… hidup filem loghat Kelate!

Tahniah Kak Erma sebab dapat anugerah Drama Terbaik… juga Pengarah Terbaik Dalam Drama dan Lakon TV Terbaik!

Anugerah Skrin tahun ini juga pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Yasmin Ahmad yang memberi penghormatan di atas jasa-jasa pengarah kreatif itu. Anugerah ini tidak semestinya diberikan kepada pelakon yang pernah bekerja dengan Allahyarham. Anugerah ini dihulurkan kepada Jaclyn Victor yang mana menurut beliau, tidaklah kenal lama sangat, tetapi hasil ajaran Allahyarham dalam Talentime telah memberi satu nafas baru dalam perjalanan karier beliau. Tahniah Jaclyn Victor!

Ada beberapa keputusan seperti tidak boleh diduga kerana terdapat beberapa kemenangan yang tidak disangka-sangka telah mengejutkan banyak pihak.

Juga kepada semua pemenang… tahniah… tahun depan merasalah korang semua pergi Hollywood!

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2009:

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)

Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)

Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru

Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe

Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Kategori Filem

Filem Terbaik: Wayang

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)

Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)

Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)

Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23

Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2

Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)

Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis

Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad): Jaclyn Victor (Talentime)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Skrin 2009

Liyana Jasmay Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik ASK2009