in

Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25

Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25

KLIK VIDEO: Video Sekitar Festival Filem Malaysia 25

Festival Filem Malaysia ke-25 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi dan menyaksikan dominasi filem Bunohan yang telah berjaya menarik perhatian juri untuk menjulang 5 trofi Anugerah Perdana FFM25. Tahniah Budiey ucapkan buat semua team Bunohan. Selain tu, Budiey dah agih-agihkan 35 keping tiket kepada pembaca Budiey.com dan semua pemenang hadir untuk collec tiket. Wah, first time nih, semua pemenang dapat hadir. Biasanya ada yang cancel last minit. Ini menunjukkan semua teruja untuk tengok live FFM25.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Team Filem Bunohan

Budiey kira, seawal Majlis Pelancaran FFM25 lagi, Bunohan dah jadi semacam fenomena selepas membawa pulang tiga trofi. Secara keseluruhan, Bunohan merangkul lapan anugerah untuk penganjuran FFM25 kali ini. Di malam Anugerah Cipta FFM25 yang berlangsung pada Rabu lalu, Bunohan membawa pulang trofi untuk kategori Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. Ini sudah membuktikan walaupun cerita agak berat dan tidak mendapat kutipan yang tinggi, sesebuah filem tidak diukur pada penjualan tiket tapi pada mutu dan keunikan sesuatu filem itu.

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Normah Damanhuri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM25

Bunohan adalah sebuah filem terbitan Apparat Sdn Bhd yang telah menawan hati orang luar sehingga beberapa kali menang anugerah di festival filem luar negara dan kemenangan filem ini telah dijangka ramai pihak berdasarkan pencapaiannya yang mengharumkan nama negara.

Filem Bunohan arahan Dain Said membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana FFM25.

Kemenangan yang menewaskan saingan terdekatnya, filem Songlap itu membolehkan Dain membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM15,000.

FFM 25 telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Hos bagi acara tahunan ini ialah aktres Erra Fazira dan aktor Fahrin Ahmad.

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Syafie Naswip Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM25

FFM25

Bunohan turut meraih sebanyak empat anugerah lain iaitu Pengarah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Sebelum itu, pada malam Anugerah Cipta FFM25 yang berlangsung pada Rabu, Bunohan turut merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Filem Songlap pula berjaya merangkul sebanyak empat anugerah iaitu Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Maya Karin, menerusi filem Ombak Rindu.

Para pemenang menerima sebuah trofi, wang tunai dan set barangan kemas tajaan Rafflesia.

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Faizal Hussien (Bunohan) Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 

FFM25 turut memberi lima anugerah khas iaitu Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita kepada Mariani Ismail, Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki (Datuk Aziz Satar), Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki (Manomaniam) dan Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: (Lai Meng).

Selain itu Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada filem Vaajran.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Rais Yatim turut menerima Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia.

Terdahulu, FFM25 telah menyampaikan 11 Anugerah Cipta yang berlangsung pada Rabu lalu di [email protected], Mutiara Damansara.

Acara FFM25 yang dianjurkan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysian (Gafim), Karyawan dan FDAM (Persatuan Pengarah Filem).

Begitu pun, kita harus ingat, ada dua filem yang masih gah dengan rekod kemenangan tertinggi FFM iaitu Dia Ibuku (10 anugerah, FFM2 1981) dan Layar Lara (9 anugerah, FFM13 1997)

Berikut adalah pemenang-pemenang FFM25:

Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Filem Bukan Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn Bhd)

Pengarah Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)

Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)

Filem Box Office: Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik: Bunohan (Faizal Hussein)

Pelakon Wanita Terbaik: Ombak Rindu (Maya Karin)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Songlap (Syafie Naswip)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Songlap (Normah Damanhuri)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: 29 Februari (Izzue Islam)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: 29 Februari (Jojo Goh)

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita: Mariani Ismail

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki: Datuk Aziz Satar

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng

Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Utama Rais Yatim

FFM25

Dihoskan dengan jayanya oleh Erra Fazira & Fahrin walaupun ada beberapa sedikit salah sebutan tapi Fahrin dan Erra bijak untuk cover.

FFM25

Mariani Ismail

FFM25

Syabas Izzue Islam. Seorang lagi anak Kelantan yang berjaya di FFM. Banggo kawe dengan demo.

FFM25

Antara penyampai yang buat lawak bersahaja, Mamat Khalid & Datin Paduka Umie Aida

FFM25

Kemenangan Dain Said dan Bunohan kini jadi fenomena dalam sejarah FFM

FFM25

FFM25

FFM25

Syabas Syafie Naswip!

FFM25

FFM25

Syabas Bunohan… Filem Terbaik FFM25

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Selayaknya Bunohan utk merangkul filem terbaik FFM25 ini. Selalunya mmg pun Filem2 terbaik ni bukanlah antara kumpulan filem yg menerima kutipan tertinggi dlm aspek box-office… Cuma negara kita ni byk mengeluarkn filem2 yg sekadar berasaskn hiburan utk masyarakat dan hny fokus kpd duit yg akn mereka kecapi… Kualiti filem dan anugerah2 ni adalah sekadar picisan kpd kebanyakan penerbit filem. Duit datang dulu, yg lain ketepikan…. Nk wat mcm mn… Mcm tu lah budaya perfileman kiter….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Winners List Bella Awards 2013

Perkhidmatan Astro On-The-Go Kini Di Seluruh Dunia