in

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

[dropcap]H[/dropcap]ari ini tanggal 7 April 2013, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 berlangsung di lokasi baru, Stadium Putra Bukit Jalil buat pertama kalinya. mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema ‘Ledakan Geometri’.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.

ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Dirancang dan direka seawal November tahun lalu, konsep kejutan dan ledakan boleh disaksikan penonton melalui kesan penataan cahaya, lampu LED dan audio pada set pentas utama yang berukuran 111 kaki x 80 kaki persegi itu.

PENTAS LEDAKAN GEOMETRI
Pentas kali ini nampak lebih besar, memberi kebebasan untuk produksi dan lari daripada kebiasaan kerana memiliki ruang yang lebih besar berbanding set pentas di Arena of Stars, Genting Highlands yang agak terbatas. Pentas baru ini juga tidak statik kerana kita mewujudkan pembahagi yang memisahkan ruang persembahan di sudut belakang manakala penyampaian trofi di bahagian depan. kelainan juga ditampilkan dengan pembinaan dua ‘kotak fanatik’ untuk peminat di pentas utama. Kotak ini disediakan untuk 100 peminat bersorak sepanjang persembahan dan penyampaian trofi. Ini menampakkan persembahan lebih bersifat seperti sebuah konsert.

Di pentas ABP juga menggunakan versatube di sudut tangga depan pentas untuk menaikkan lagi kemeriahan menerusi elemen cahaya yang tampak lebih hidup,” katanya. Satu pentas kecil juga di bahagian kiri pentas utama. Pentas kecil itu akan digunakan kumpulan artis yang menjadi pengacara bersama. Ia juga akan dimanfaatkan bagi kamera merakam pelbagai sudut ketika acara live berlangsung.

Kemenangan & Kejutan

Shaheizy Sam yang baru sahaja merangkul kemenangan Pelakon Lelaki Terbaik Asia Tenggara di AIFFA2013 yang lalu pasti gembira apabila meraih sebanyak 79656 undian sekaligus memenangi gelaran itu untuk kali kedua selepas memenanginya pada ABPBH tahun 2010.

Fara Fauzana

Sam yang memenangi sebuah kereta Fair Lady sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd, set barangan kemas Rafflesia bernilai RM150,000, hadiah iringan dan trofi turut turut menerima kemenangan berganda apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Filem Popular.

Mengejutkan pada malam tadi apabila hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Selamat datang untuk kemenangan pertama mereka berdua.

Wawa Zainal Abp

Fara Fauzana pula terus mengekalkan dua kemenangan iaitu sebagai Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular. Lebih manis buat penyampai radio Hot.FM ini kerana malam tadi juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya lalu Fafau dalam ucapan ringkasnya sempat berkata, trofi yang di menangi itu adalah hadiah buat ibu dan ayahnya.

Sementara pengacara nombor satu negara, Dato’ Aznil Hj. Nawawi berjaya merampas kembali anugerah yang dimenangi oleh Zizan tahun lalu iaitu Pengacara TV Lelaki Popular.

Yana Samsudin

Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Manakala Faizal Ismail mengekalkan kemenangannya tahun lalu sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular.

Impak lakonan mantapnya dalam drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Adam & Hawa, trofi bagi Pelakon TV Lelaki Popular menjadi milik Aaron Aziz. Dan pelakon seksi dan berbakat besar, Nabila Huda mengejutkan ramai apabila berjaya memecah rekod Fasha Sandha dengan memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular.

Zizan Razak

Jika nak diikutkan, pelawak terkenal Zizan Razak sepatutnya mendapat gelaran Bintang Paling Popular atau Bintang Paling Banyak Mendapat Anugerah kerana beliau membawa pulang sebanyak 4 anugerah termasuk Pelawak Lelaki Paling Popular.

Hafiz juga menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu mengungguli kategori yang pernah dimenangi Yuna tahun lalu iaitu sebagai Penyanyi Wanita Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh pasangan kolaborasi sensasi Black dan Malique.

Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shahiezy Sam dan Yana Samsuddin. Sam mengulangi kejayaan dua tahun lalu. Manakala ini merupakan kejayaan pertama Yana memenangi anugerah ABP.

Shaheizy Sam

Tahniah Shaheizy Sam. Ternyata tahun 2013 membawa tuah yang Budiey rasa cukup bermakna dan sejarah paling besar untuk Sam kerana dapat menewaskan nama besar yang lain seperti Aaron Aziz, Aznil Nawawi dan ramai lagi untuk gelaran Bintang Paling Popular. Selepas kejayaan di AIFFA minggu lalu, kini Shaheizy Sam layak mendapat Artists of The Year kerana menjulang nama untuk negara Malaysia di peringkat Asia Tenggara dan sekaligus membuktikan beliau masih lagi relevan meskipun lama betul kita tak nampak Sam di kaca TV. Budiey dengar juga, rezeki tak sehebat dulu, mungkin untuk beberapa bulan akan datang, tawaran untuk Sam akan terus jatuh ke riba. Syabas Shaheizy Sam. Ternyata peminat setia Sam masih setia membawa Sam ke mercu jaya!

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

[toggle title=”Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam”]
Tahniah! Pelakon Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki kelima dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Budiey pun tak sangka Shaheizy Sam dapat merampas kembali trofi dari Aaron Aziz. Serius tak sangka.[/toggle]

[toggle title=”1. Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Ridza”]
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Ramalan Budiey: Izzue Islam[/toggle]

[toggle title=”2. Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal”]
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Ramalan Budiey: Emma Maembong[/toggle]

[toggle title=”3. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black & Malique”]
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Ramalan Budiey: Sleeq & Najwa Latif[/toggle]

[toggle title=”4. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz”]
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Ramalan Budiey: Hafiz[/toggle]

[toggle title=”5. Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah”]
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Ramalan Budiey: Shila Amzah[/toggle]

[toggle title=”6. Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz”]
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]

[toggle title=”7. Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda”]
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Ramalan Budiey: Neelofa[/toggle]

[toggle title=”8. Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam”]
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]
[toggle title=”9. Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsudin”]
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Lisa Surihani[/toggle]

[toggle title=”10. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak”]
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Johan[/toggle]

[toggle title=”11. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias”]
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Didie Alias[/toggle]

[toggle title=”12. Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi”]
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aznil Nawawi[/toggle]

[toggle title=”13. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana”]
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Fara Fauzana[/toggle]

[toggle title=”14. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail”]
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Ramalan Budiey: Johan[/toggle]

[toggle title=”15. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana”]
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Ramalan Budiey: Fara Fauzana[/toggle]

Shaheizy Sam

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

[toggle title=”1. Watak jahat dalam filem atau drama popular – Sofi Jikan”]
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]

[toggle title=”2. Gandingan di layar serasi – Johan & Zizan Razak”]
1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Aaron Aziz & Nadiya Nissa[/toggle]

[toggle title=”3. Watak animasi tempatan popular ABPBH – Upin & Ipin”]
1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Ramalan Budiey: Upin & Ipin[/toggle]

[toggle title=”4. Artis berpengaruh di laman media sosial – Zizan Razak”]
1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]

[toggle title=”5. Artis lelaki stailo – Zizan Razak”]
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]

[toggle title=”6. Artis wanita stailo – Melissa Francis”]
1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Yana Samsudin[/toggle]

[toggle title=”7. Artis Asia Paling Popular – Zizan Razak”]
1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz[/toggle]

[toggle title=”Anugerah Sepanjang Hayat – Search”]
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Tahniah Search![/toggle]

Kredit Foto: Faisol (Malaysian Digest)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Faber-Castell Menyerlahkan Kreativiti Kanak-Kanak

Airasia X Launches X-Citing Fares For PRU13