in ,

Senarai Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 27

SARINGAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK BERMULA!
Bersiaran Setiap Malam Ahad Mulai 11 November 2012

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsungnya pengumuman senarai lagu-lagu yang akan bertanding di Muzik-Muzik Separuh Akhir 27 di Ecoba, Menara Bata, Damansara Perdana.

Separuh akhir Muzik Muzik kini kembali dengan edisi ke-27. 30 lagu bakal berentap bagi menempa nama ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013.

Muzik2

Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali dengan edisi ke-27 bagi meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 27. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di atas pentas separuh akhir Muzik Muzik bermula November ini?

Popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program ini juga bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Seperti sebelumnya, MUZIK MUZIK 27 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, dimana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar berkata, “Muzik Muzik merupakan salah satu program terulung TV3 sejak ia diterbitkan 27 tahun lalu. Sinonim dengan paparan carta lagu tempatan popular dan persembahan artis yang menarik, program muzikal sebegini terbukti menjadi anjakan utama bagi komposer, penulis lirik dan penggubah lagu tempatan untuk terus berkarya, seterusnya menyumbang kepada kelahiran bakat-bakat baru untuk memantapkan lagi industri muzik tanah air. Dengan itu, untuk edisi ke-27 ini kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak memberi inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tempatan dengan menganjurkan Separuh Akhir Muzik Muzik.”

“Di samping itu, semangat yang lahir dari penggiat-penggiat seni ini juga telah menyuntik semangat kepada pihak produksi dalam memperbaiki mutu program dan sentiasa tampil dengan pengisian kandungan yang lebih berkualiti dan kreatif untuk ditonton. Pihak produksi dan TV3 menjanjikan sebuah persembahan yang mantap dan penuh dengan kelainan yang ternyata berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini,” tambah Izham Omar.

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Salam ditemani dengan Altimet dan DJ Fuzz yang akan membawakan medley lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud/Bangkit”, kumpulan Meet Uncle Hussain menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gandingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang pastinya menghiburkan semua yang hadir di studio dan penonton di rumah mendendangkan lagu popular zaman 80’an yang kini diberi nafas baru, “Apo Ko No Eh Jang”.

Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November 2012 (11 lagu), 18 November 2012 (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu) dan dibantu oleh gandingan hos, Faiz dan Chad.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam. Hanya 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 27 bahagian 3.

Terbitan Primeworks Studios dan diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku penerbit eksekutif, setiap konsert separuh akhir turut menampilkan Hamsiah Biri sebagai penerbit untuk separuh akhir pertama (11 November), Mohd Zamzuri Mohd Zaini (18 November) dan Azman Abdul Gafar untuk separuh akhir bahagian ke-3 yang akan berlangsung pada 25 November nanti.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 8 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 1), 15 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 2), dan 22 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 3) mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Muzik-Muzik Separuh Akhir 27 turut memperkenalkan XPAX, jenama prabayar terkemuka oleh Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama, manakala Hot.FM pula dipilih sebagai stesen radio rasmi.

“Xpax, jenama utama prabayar Celcom, amat berbangga dan berbesar hati dapat mencetuskan rancangan Muzik Muzik pada peringkat separuh akhir buat julung kalinya. Rancangan ini selari dengan matlamat Xpax dalam mencetuskan nadi jiwa muda sekaligus memberi peluang kepada kami untuk membawa lagu-lagu gubahan komposer dan penulis lirik tempatan secara langsung menerusi siri ‘Time To Muxic’ Xpax yang menjanjikan pengalaman muzik unik khusus untuk para penonton dan pelanggan-pelanggan Xpax kami,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad.

Berikut merupakan senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-27:

1. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

2. Sesaat Kau Datang
Artis : Ramlah Ram & Sleeq
Komposer : ID Mifzal
Penulis Lirik : Zie Syafruddin

3. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari

4. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

5. Angkasa
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Diandra Arjunaidi

6. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi

7. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah

8. Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : M.Nasir

9. Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal

10. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

11. Terlalu Mencintaimu
Artis : Suki
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Jeremy Chong

12. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

13. Mesti Ada Cinta
Artis : Akim dan Fiq
Komposer dan Penulis Lirik : Kuncidemak

14. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat

15. Sebelah Jiwaku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

16. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Rafidah Abdullah

17. Jerrypah
Artis dan Penulis Lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat

18. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna

19. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan

20. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

21. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

22. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

23. Beginilah Caranya
Artis : Shaheizy Sam
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

24. Harapan
Artis dan Komposer : Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen

25. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

26. Panik
Artis : Bunkface
Komposer dan Penulis Lirik : Sam Bunkface

27. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

28. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique

29. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Ainan Tasneem

30. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Audi Mok / Omar K

• 11 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
1. Cerita Dia Drama Band Ammar Habir Aepul 1
2. Idola Azlan & The Typewriter Audi Mok Azlan 2
3. Watak Hafiz Aidit Alfian AD Samad 3
4. Aku Datang Tomok Tomok Rafidah Abdullah 4
5. Aku Suka Dia Ainan Tasneem Ainan Tasneem Ainan Tasneem 5
6. Pelangi Senja Stacy Taja Tun Teja 6
7. Jerrypah Aizat Anas & Aizat Aizat 7
8. Majnun Hazama Audi Mok Audi Mok / Omar K 8
9. Pencinta Terbaik Sofaz Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim 9
10. Kasanova Stacy Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim 10
11. Biar Sampai Ke Bintang Asmidar Ajai Ahmad Farid Abdul Jalal 11

• 18 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
12. Anak Kampung One Nation Emcees & Jimmy Palikat Jimmy Palikat Jimmy Pakikat & One Nation Emcees 1
13. Terukir Di Bintang Yuna Yuna Zarai Yuna Zarai 2
14. Angkasa Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi 3
15. Tanpamu Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari 4
16. Sesaat kau Datang Ramlah Ram & Sleeq ID Mifzal Zie Syafruddin 5
17. Ombak Rindu Hafiz & Adira Zaidi Zaidi 6
18. Terlalu Mencintaimu Suki Ajai Jeremy Chong 7
19. Beginilah Caranya Shaheizy Sam & Yana Ajai Ajai 8
20. Tapi Bagaimana Spider Tam Spider M.Nasir 9
21. Sebelah Jiwaku Jaclyn Victor Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim 10
22. Lagu Bedroom Sanctuary Bo Amir Iqram Bo Amir Iqram 11

• 25 Oktober 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
23. Teman Pengganti Black & Malique Malique Malique 1
24. Harapan Hyper Act Hyper Act Frozen 2
25. Panik Bunkface Sam Bunkface Sam Bunkface 3
26. Simetri Hazama & Amy Search Audi Mok Zel Firdhaus Haduan 4
27. Mesti Ada Cinta Akim & Fiq Kuncidemak Kuncidemak 5
28. Andaiku Bercinta Lagi Mojo Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim 6
29. Patah Seribu Shiela Amzah Shiela Amzah Shiela Amzah 7
30. Ku Akui Hafiz Ajai Ajai 8

Shila

Black

Tomok Aizat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Japan Celebrates Inaugural Flight to Seoul

Senarai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012