in , ,

Senarai Lagu Tugasan Minggu Ke-2 GEGAR VAGANZA 2019: LAGU CARI MAKAN

Seramai 13 orang penyanyi bakal meneruskan perjuangan pada konsert kedua Gegar Vaganza 6 (GV6) pada Ahad ini. Jom kita tengok lagu-lagu yang menjadi tugasan mereka untuk dipersembahkan minggu kedua nanti.

Mereka ialah Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Jatt Ali (Black Dog Bone), Feeza, Mazleela, Roy, Hady Mirza, Ameer (Sofazr) dan One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi).

Membawa tema Carma (Cari Makan), minggu kedua menampilkan para peserta mendendangkan lagu-lagu yang sering dibawakan sewaktu mereka memenuhi tawaran persembahan.

Berikut senarai lagu tugasan yang dipertaruhkan.

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 2

  1. Naqiu Boboy – Meraung (New Boyz)
  2. Mazleela – Apa Khabarmu Di Sana (Ramlah Ram)
  3. Wann – Lamunan Terhenti (Wann)
  4. Sham Visa – Untukmu Selamanya (Visa)
  5. Noorshila Amin – Kad Ucapanmu (Noorshila Amin)
  6. Ameer Sofazr – Dan Bila Esok (Sofazr)
  7. Kool – Kau Dan Aku (Ning Baizura)
  8. Roy – Jerat (Harvey Malaiholo)
  9. Feeza – Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)
  10. Nur Fatima – Terlalu Cinta (Rossa)
  11. Hady Mirza – Demi Cinta (Ezad Lazim)
  12. Jatt – Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone)
  13. One Nation Emcees – Raja Gelek (One Nation Emcees)

Persembahan bakal dinilai dua juri tetap iaitu Datuk Ramli Mas dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan mingguan yang mana penilaian mereka mewakili markah keseluruhan.

Bersama pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert GV6 berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin & Fazura Bakal Jayakan Konsert The Singing Pizza

Carta Kedudukan & Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 6 Minggu Pertama