in

Senarai Lagu Popular Ella di Konsert Ella

Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) semakin hampir. Budiey dengar, Ella dah sibuk berlatih dan yang part paling sukar ialah Ella akan bergabung dengan muzik orkestra yang jarang sekali dibuat oleh beliau.

Untuk pembaca yang masih belum tahu, Konsert Ella ini akan menjadi pembuka tirai sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Julai 2010 jam 8.30 malam.

4695206138 4D4F4B4A0B B | 4

Budiey sudah pun mendapat tahu senarai lagu yang akan didendangkan oleh Ella nanti. Keseluruhannya, Budiey sangat berpuas hati dengan pemilihan lagu. Namun, tidak semua lagu popular Ella dinyanyikan. Ini kerana masa terlalu singkat untuk memuaskan hati peminat dengan menyanyikan semua lagu.

Persembahan Ella akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian Pengenalan, Ella Tradisi, Selingan dan Ella Hits Songs.

Untuk pembukaan, Ella akan menyanyikan lagu Permata Pemotong Permata (PPP) yang dipetik daripada album Ella USA. Diikuti dengan lagu Rama-Rama, Kitalah Bintang, Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Bayangan dan Sembilu.

Untuk intermission, Tunas Budaya akan mempersembahkan tarian Zapin.

Diteruskan pula dengan segmen yang sangat unik dan Budiey tunggu-tunggu iaitu segmen Ella Tradisi di mana Ella akan menyanyikan lagu Empat Dara, Zapin Budi, Ulek Mayang, Jauh di Mata, Budi Setahun Segunung Intan di mana Ella akan berduet bersama dengan Datuk Ahmad Jais.

Sebagai selingan, Ella menjemput Joe Wings dan Ameer yang akan bermain gitar dengan lagu-lagu tersohor Ella. Turut akan berada di pentas ialah Awie dengan penampilan Joe Wings akan membawa lagu popular Wings iaitu Sejati.

Kemudian, Ella akan berduet bersama Awie untuk sebuah lagu baru dan lagu Baldu Biru.

Untuk segmen ke-3 pula, Ella akan menyanyikan lagu popularnya iaitu Pedih, Simbiosis, Kesal, Dua Insan Bercinta, Puisi Hamba, Layar Impian dan Nuri.

Untuk menutup konsert, Ella akan menyanyikan sebuah lagu Inggeris yang banyak memberi inspirasi, spirit dan semangat yang lebih positif untuk terus berjaya iaitu Standing in The Eyes of the World.

Dengan menggabungkan unsur-unsur muzik asli yang digubah khas ini sudah tentu akan menggamit seluruh peminat Ella dalam semua golongan. Selain berduet dengan Datuk Ahmad Jais, seorang Raja Lagu Asli, persembahan Ella akan menggandingkan ikon rock iaitu Awie dan Joe dari kumpulan Wings. Mesti gempak kan?

Budiey paling suka apabila kanak-kanak penari cilik dari Tunas Budaya… cute dan comel semuanya ya?

Kalau berminat nak tonton Konsert Ella, tiket boleh dibeli secara online www.ticket2u.biz atau hubungi hotline RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia

Amylea Azizan, Jay Jay dalam Seikhlas Jasa