in

Senarai Lagu Persembahan & Penyampai Festival Filem Malaysia 21

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung satu majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-21 di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Di majlis sidang media tadi, media telah diterangkan tentang konsep, acara-acara, pengisian anugerah dan post party.

Antara selebriti yang hadir ialah Ida Nerina, Linda Onn, Avaa Vanja, Dynaz, Bob, Farid Kamil, Lisa Surihani, Misha Omar, Burn dan ramai lagi.

2710042742 11B7Ea6117 | 4

Kali ini, trofi Festival Filem Malaysia telah diubahsuai sedikit tapak untuk lebih menarik. Pentas pula akan direka dengan konsep warna hitam dan perak. Sebanyak 3 ribu orang jemputan yang terdiri daripada karyawan, artis, selebriti dan media akan memenuhi ruang dewan PICC Putrajaya.

2709234223 2Ab7C14429 | 5

Antara penyanyi yang akan membuat persembahan ialah Bob, Sahri, Lah VE, Datuk Siti Nurhaliza, Atilia, Burn, Misha Omar, Era Fazira, Stacy, Riz, Zahid dan Yazer. Selain lagu tema FFM21, lagu-lagu lain yang akan didendangkan adalah bertemakan filem tanahair dari era dahulu hingga sekarang.

2709229807 Dde7271586 | 6

Model set pentas Festival Filem Malaysia

Antaranya, lagu dari filem Impak Maksma, lagu Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Musly Ramlee & Atilia (Ingin Tahu) dari filem Hujan Panas, Sean Ghazi & Liza Hanim (Joget Si Pinang Muda) dari filem Anakku Sazali, lagu filem era 70 an dan 80 an iaitu Gelombang (Tiada Esok Bagimu) oleh Siti Nurhaliza, lagu Malam dari filem Kolej 56 yang dinyanyikan oleh Burn dan Karen Kong, lagu dari filem terbaik 90 an iaitu Awie – Ukiran JIwa (Sembilu 2) dan Misha Omar, lagu-lagu komedi Terbaik Sepanjang Zaman iaitu lagu Apek & Marjinah dari filem Ali Baba Bujang Lapok dinyanyikan oleh Nabil Raja Lawak & Erra Fazira, lagu Puteri Remaja dinyanyikan oleh Salih Yaakub dari filem Keluarga 99 dan lagu Aspalela dari filem Duyung.

Stacy akan nyanyi lagu Wajah Rahsia Hati, Riz nyanyi lagu Azura, Zahid nyanyi lagu Istana Menanti dan Yazer nyanyi lagu Telinga Ke Tulang (filem Cicakman). Juga lagu finale lagu tema baru yang dinyanyikan oleh Dina, Bob, Afdlin Shauki, Sahri, Zaf dan Lah.

Kebanyakan penyampai trofi kepada pemenang juga dipilih daripada pemenang anugerah pada tahun terdahulu. Antaranya, filem Impak Maksima, Kolej 56, Keluarga 69 dan

Persembahan pembukaan akan dipersembahkan oleh pelakon filem Sayang You Can Dance dan filem Estet dalam satu persembahan tarian.

2710041754 53084618Ca | 7

Antara penyampai anugerah ialah Raja Azura, Khairil Rashid, Salih Yaakub, Syed Azidi, Aziz M Osman, Rosnani Jamil, Fazura, Saiful Apek, Erma Fatima, Azman Abu Hassan, Shuhaimi Baba, Bade Hj Azmi, Dato’ Yusof Haslam, Diana Danielle, Ida Nerina, Tan Sri Jins Shamsudin, Rusdi Ramli, Vanidah Imran, Rahim Razali, Azean Irdawaty, Umie Aida, Ahmad Nawab dan Rahim Razali.

Dijangkakan festival tahunan ini akan lebih meriah.

2710045032 6De0A8Ffc5 | 8

2710046088 5237717Daa | 9

2710045032 6De0A8Ffc5 | 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bittersweet & One Buck Short @ Voting Party MTV Asia Awards

Profile Pelakon dan Penyanyi Betty Banafe