in

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010

Akhirnya pada hari ini, 03.04.2011, Anugerah Bintang Popular 2011  telah pun berlangsung dengan penuh gemilang dan warna-warni di Puncak Kota Keriangan, Arena of Stars Genting Highland. Menepati tema ABPBH kali ini iaitu MODEN KLASIK, Budiey lihat, lebih 80 orang selebriti melintasi karpet merah dengan penuh pesona dan gaya.

Empat bulan lalu, nama-nama finalis diumumkan untuk diundi oleh pembaca Berita Harian. Budiey perhatikan semua artis yang bertanding terus melancarkan usaha & kempen memancing undian daripada peminat menerusi laman sosial mereka. Maka Facebook dan Twitter dipenuhi dengan rayuan-rayuan untuk peminat memangkah nama mereka dan tak cukup dengan itu, undian SMS juga turut dibuat.

Selain kempen dari selebriti bertanding, penganjur Berita Harian dan Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi) juga mengadakan siri jelajah promosi ABPBH 2009, yang singgah di bandar-bandar utama. Acara ini memberi peluang untuk artis yang bertanding untuk lebih dekat lagi dan memperhebatkan lagi undian dari peminat. Budiey dengar, roadtour ini mendapat sambutan hangat dari peminat. Tahniah buat Berita Harian atas usaha ini kerana rasanya bukan mudah untuk mengumpulkan semua artis popular yang bertanding sebab jadual diorang sangat sibuk.

Seperti tahun-tahun sudah, sesi red karpet yang mana kali ini ditukar kepada karpet biru sempena dengan tajaan dari Celcom, tak kurang juga menarik perhatian ramai pemerhati hiburan. Fesyen dan artis mana boleh dipisahkan.

Acara dimulakan dengan laluan selebriti di karpet merah seawal jam 7.45 malam. Anugerah anjuran Berita Harian ini disiarkan secara langsung di TV3, stesen radio Hot FM selain laman web rasmi NSTP e-media.

Sebanyak 17 kategori dipertandingkan dan pada malam ini, Arena of Stars, Genting Highland menjadi saksi.

Yuna ABP2010

Tahniah Yuna menang Penyanyi Wanita Popular ABPBH2010

PENGACARA

Dihoskan oleh Raja Azura & Sharifah Shaheera dan Zizan Raja Lawak, penonton di Arena of Stars nampak begitu terhibur. Terhibur dengan nyanyian trio mereka dengan lagu nostalgik Tan Sri P.Ramlee dengan lirik dan skrip mereka sendiri. Lawak tak diorang ni?

Tapi kelakar masa tengok gaya Raja Azura dan Shira yang tak menang Anugerah Pelakon Komedi Wanita.

PENYAMPAI TROFI:

Sebagai anugerah yang berprestij di Malaysia, Budiey kira sangat wajar anugerah ini melibatkan semua orang-orang yang terlibat dalam semua bidang hiburan termasuklah bidang lakonan, nyanyian, penyiaran dan sebagainya.

Ini boleh dilihat, apabila Budiey membaca senarai penyampai trofi. Selain artis, pelakon, orang-orang di belakang tabir pun turut dijemput untuk menyampai trofi.

Anugerah disampaikan oleh nama popular baru dan lama yang menaiki pentas sebagai penyampai trofi. Antaranya Kamal Adli, Shahz Jazle, Sharnaaz Ahmad dan Aeril Zafril. Ashraf Muslim dan Shahir dipasangkan untuk menyampaikan Anugerah Kumpulan Nasyid Popular. Oh ya, Rabbani menang lagi. Mungkin Rabbani boleh mengikut jejak Dato’ Siti Nurhaliza yang mahu memberi peluang kepada penyanyi nasyid lain untuk menang.

PERSEMBAHAN ARTIS:

Edisi ke-24 APBPBH ini sekali lagi mengegarkan penonton dengan persembahan pembukaan ala broadway hebat daripada barisan penyanyi lain seperti Lan The Typewriter, Ning Baizura, Adira, dengan rangkaian-rangkaian lagu klasik seperti Bunyi Gitar.

Yang ditunggu-tunggu, persembahan nyanyian dari pelawak-pelawak terkenal. Memang kelakar. Rosak-rosak… caca marba.

Keputusan itu diperoleh hasil pengiraan lebih 400,000 borang undian yang diterima penganjur sejak bermulanya proses kiraan pada 1 Februari lalu dan berakhir kira-kira jam 5 petang, 2 April 2011.

Tahun ini menyaksikan proses undian menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan dan lebih ? SMS diterima pihak penganjur.

Semakan akhir senarai lengkap jumlah undian itu dibuat Juruaudit Dalaman, Jabatan Tataurus Korporat The News Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Muhammad Nazim Ismail dan Fatmawati Shahril.

Shaheizy Sam Menang ABP

Tahniah buat Shaheizy Sam yang pertama kali memecah tradisi dengan merangkul anugerah Bintang Paling Popular dari Dato’ Siti Nurhaliza dengan mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.

Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010:

1. Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir

2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 6ixth Sense

4. Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani

5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

6. Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani

7. Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak

8. Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

9. Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi

10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

13. Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak

14. Artis Komedi Wanita Popular : Nurkhiriah

15. Artis Baru Lelaki Popular : Shahir

16. Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali

17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Rosnani Jamil

18. Artis Paling Popular : Shaheizy Sam

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada penganjur.

Nak gi post party jap lagi… bye.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. nak tolong buddiey isi tempat 0 utk artis plg popular tuh..

    SHAHEIZY SAM!!!!!!!!!!!!!
    LOVE U

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Irma Hasmie Cantik Bertudung di ABPBH2010

Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010