in ,

Senarai Filem Hindustan Terbaik Sepanjang November di TV2

Filem-Filem Hindustan Terbaik Sepanjang November Ini Hanya di TV2

Diwarnai dengan plot cerita menarik di samping kemunculan pelakon-pelakon terkenal, pastinya slot Bollygood yang popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 sepanjang November ini menjadi pilihan penonton.

Empat filem menarik Bollywood dijanjikan RTM termasuklah Thank You (7 November 2012), Kuch Kuch Ho Ta Hai (14 November 2012), Tum Milo Toh Sahi (21 November 2012) dan Ajanabee (28 November 2012) disiarkan setiap Rabu, jam 10.00 malam.

filem Kuch-Kuch-Hota-Hai

Berkonsepkan komedi, saksikan filem Thank you berkisarkan tentang 3 orang sahabat baik Raj, Yogi dan Vikram yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan, kaki perempuan dan juga bahagia dalam alam rumahtangga kerana penipuan mereka terhadap isteri – isteri mereka masih belum terbongkar. Tetapi segalanya tidak lama setelah Sanjana isteri kepada Raj mula mengesyaki suaminya, dan mengupah penyiasat persendirian, Kishan untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh suaminya. Tetapi di dalam kes Sanjana, Kishan lebih tertarik kepada Sanjana. Adakah Kishan berjaya untuk membuktikan kecurangan Raj kepada Sanjana?

Istimewa meraikan Deepavali, berhibur dengan tayangan filem Kuch Kuch Ho Ta Hai, lakonan berkesan Shah Rukh Khan, Kajol dan Ranee Mukherejee yang popular seluruh dunia. Ia mengangkat kisah persahabatan Rahul Khanna dan Anjali Sharma yang menuntut di kolej yang sama dan bersahabat baik. Persahabatan mereka yang begitu akrab mungkin akan kepada percintaan tetapi mereka sibuk menikmati kehidupan dan juga berusaha menjadi sahabat yang terbaik kepada pasangan masing – masing. Kehadiran Tina (Ranee Mukherejee) anak perempuan kepada pengetua kolej mereka telah membawa perubahan kepada kehidupan seharian Rahul dan juga Anjali. Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi di antara Anjali, Rahul dan Tina?

Tum Milo Toh Sahi pula tentang kehidupan orang biasa yang menjadi luar biasa dengan kekuatan cinta. Sebuah filem tentang cinta pada umur yang berbeza. Pertemuan hati, pertemuan minda dan juga pertemuan jiwa. Filem ini bukan kisah komedi romantis yang biasa tetapi tiga cerita romantis yang unik di dalam satu filem. Ia menyusuri kehidupan tiga pasangan, Nana Patekar dan Dimple Kapadia, Suniel Shetty dan Vidya Malavade juga Rehan Khan dan Anjana Sukhani yang berkaitan antara satu sama lain melalui detik – detik menyentuh perasaan dan kelakar.

Sebagai penutup tirai slot sepanjang November ini, tontoni filem Ajanabee, yang berkisar tentang pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, Raj (Bobby Deol) dan Priya (Kareena Kapoor) yang berpindah ke Switzerland. Perpindahan mereka ke Switzerland adalah kerana cita – cita Raj yang ingin menjadi pemain polo professional. Di sana Raj dan Priya bertemu dengan satu lagi pasangan muda yang juga berasal dari India Vicky (Akshay Kumar) dan Sonia (Bipasha Basu).

Persahabatan yang erat terjalin itu bagaimanapun tergugat apabila Vicky mencadangkan agar dia dan Raj bertukar pasangan. Raj amat berang dengan cadangan Vicky yang tidak masuk akal itu. Namun, pada hari ulangtahun kelahiran Vicky, mereka berseronok sehingga Raj dan Vicky mabuk dan Vicky membangkitkan semula ideanya itu. Akhirnya Raj pulang ke rumah Sonia sementara Vicky mengetuk pintu rumah Priya. Satu tragedi telah berlaku apabila keesokan paginya apabila Raj bangun dari tidurnya, dia mendapati Sonia telah mati dibunuh. Raj menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan Sonia. Benarkah Raj membunuh Sonia? Apakah yang terjadi sebenarnya pada malam di saat Raj bersama Sonia dan Vicky bersama Priya?

Tontoni slot menarik ini hanya di TV2.

filem tum-milo-toh-sahi-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Klasik James Bond Pertama Dr. No di TV2

Mencari Faktor X Eksklusif di 8TV