in ,

Senarai Drama Telemovie TV1 Sempena Hari Raya Puasa 2012

Panggung Raya Di TV1 – Kongsi 3 Telemovie Terbaik (Meriahnya Raya, Tuti Polka Dot Dan Kasihnya Qaseh)

Slot Panggung Raya di TV1 khas sempena Aidilfitri ini tidak kurang meriahnya dengan tayangan tiga drama menarik mengajak penonton sama-sama menghayati keberkatan sambutan 1 Syawal ini. Menariknya plot ketiga-tiga telemovie ini kesemuanya mengajak penonton menghargai keluarga masing-masing dan mementingkan saat dapat berkumpul sekeluarga yang jarang dapat diperolehi pada hari-hari biasa.

Luangkan masa menyaksikan Meriahnya Raya (19 Ogos 2012, jam 10.00 pagi), Tuti Polka Dot (20 Ogos 2012, jam 10.30 pagi) dan Kasihnya Qaseh (25 Ogos 2012, jam 10.30 pagi) di TV1 yang turut membariskan pelakon terkenal tanahair muncul dalam slot khas sempena Aidilfitri ini.

babak dalam Tuti Polka Dot

Setahun sekali berkumpul bersama sanak saudara nyata mengundang saat menjadi ingatan sepanjang hayat. Namun tidak begitu yang berlaku dalam keluarga adik-beradik kandung, Rasyid dan adiknya Rahman raya tahun itu. Mereka yang tinggal di bandar memutuskan untuk beraya bersama adik mereka, razi di kampung. Meskipun Rasyid, Rahman dan Razi teruja dapat meluangkan masa bersama namun sebaliknya bagi isteri-isteri dan anak-anak mereka. Masing-masing angkuh dan saling bersaing dengan kesenangan hidup yang dimiliki. Malah konflik makin memuncak apabila isteri mereka, Farah, Maisara dan Durra saling menuduh apabila barang kemas milik Durra hilang dalam simpanan.

Kisah sarat pengajaran ini melatarai drama Meriahnya Raya lakonan berkesan Azhan Rani, Ozlynn Waty, Norisz Ismail, Ryzal Jaafar, Sharifah Sakinah, Amyza Aznan dan Arash Mohd.

Bergelak ketawa kemudiannya dengan drama komedi Tuti Polka Dot yang mengisahkan bila mana seorang gadis dikenali sebagai Tuti yang terlalu obses dengan corak polka dot. Dia suka membuat biskut dan kuih polka dot. Kegemarannya terhadap corak polka dot datang dari ibunya yang juga minat sebarang benda bercorak polka dot. Hampir kesemua benda seperti biskut, kuih, pakaian yang Tuti pakai bercorak polka dot. Kuih dan biskut itu akan dijual pada orang kampung. Satu kampung sudah tahu akan biskut dan kuih Tuti yang masin dan tidak sedap. Dia selalu berusaha untuk mencipta resepi baru tetapi selalu tidak menjadi. Dengan bantuan rakan- rakannya, dia mendapat tahu tentang rahsia Resepi Mak Jemah. Hasil kerjasama dengan rakannya dia akhirnya berjaya sebagai seorang usahanita dalam bidang pembuatan kek dan biskut polka dot. Saksikan kemunculan pelakon Dotty, Jihan Raja Lawak, Hafiz Napsiah, Tai, Fizi Pilih Kasih, Siti Chubby, Liza Abdullah, Hamdan Senario, Atie AF, Azrul Raja Lawak dan Ramasundram.

Kisah menyayat hati lakonan berkesan pelakon cantik Rozita Che Wan menyusul kemudiannya, drama Kasihnya Qaseh yang menonjolkan sisi lain dalam dirinya dengan membawakan watak ibu tunggal kurang upaya yang hidup bersendirian setelah kematian suami akibat kemalangan. Kehidupannya sentiasa dirundung malang apatahlagi bila anak tunggalnya, Mimi dirampas hak penjagaannya oleh Sheila, adik kandungnya sendiri. Sheila sebenarnya miliki agenda sendiri mahu membolot insurans yang diambil arwah suami Qaseh untuk Mimi yang masih bersekolah.

Mujur masih ada insan yang bersimpati terhadap mereka apabila Cikgu Habsah, guru Mimi masuk campur. Dia menasihatkan Qaseh agar tidak sesuka hati menurunkan tandatangan seperti yang diminta Sheila kerana dengan mudahnya hak mereka bakal dirampas. Namun berjayakah Sheila menjayakan niat jahatnya? Kesudahannya hanya akan diketahui bila anda meluangkan masa menyaksikan drama yang turut dilakonkan oleh Faizal Hussein, Lydiawati, Ruminah Sidek dan Shah Iskandar ini hanya di TV1.

Dotty ... pelakon utama Tuti Polka Dot

Dottie – ppelakon utama Tuti Polka Dot

Meriah ... barisan pelakon Tuti Polka Dot

lucu ... aksi dalam Tuti Polka Dot

Telemovie Kasihnya Qaseh

Jadi OKU ... watak dibawakan Rozita Che Wan dan Faizal Hussein dalam Kasihnya Qaseh

120424_OS_MeriahnyaRaya_poster_b

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Asia Sambut Ulang Tahun Ke-20 Bersama Rumah Kanak-Kanak Precious

The Wanted Live in Kuala Lumpur Concert