in ,

Senarai Drama Komedi Terbaik Sepanjang Syawal di TV3

[dropcap]B[/dropcap]ertemakan ‘Anugerah Syawal’ bersempena menyambut Aidilfirti yang mulia ini, TV3 menyediakan pelbagai program-program menarik meliputi pelbagai genre untuk tatapan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Tidak ketinggalan ‘Anugerah Syawal’ juga menawarkan himpunan drama komedi terbaik untuk tatapan semua yang pasti menghiburkan.

[pullquote align=”right”]Gelak Ketawa Bersama Himpunan Drama Komedi Terbaik Sepanjang Syawal[/pullquote]

Barisan drama komedi ini yang bakal menceriakan hari raya anda termasuklah ‘Senario Misteri Malam Raya’, kesinambungan daripada drama di bulan Ramadan ‘OMG Hero Kampung’, ‘Ayam Ribut Syawal’, ‘Edisi Khas Raya’, ‘Edisi Khas Part 1 & 2’, ‘Rahsia Tok Pian’ dan ‘Bas King Raya’ yang menampilkan nama-nama popular seperti Kumpulan Senario, anak didik Bintang Mencari Bintang, Black, Amir Jahari, Anas Ridzuan, Johan RL, Azhan Rani dan ramai lagi akan menghiasi kaca televisyen anda dari Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Ketiga.

Layari juga laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my/anugerahsyawal dan juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram & Youtube TV3Malaysia untuk berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#AnugerahSyawal) bagi memeriahkan sambutan Syawal nanti. Selain menonton di TV3, penonton juga boleh menyaksikan program-program Raya menerusi www.tonton.com.my.

OMG Hero Kampung (2)

Drama Komedi Terbaik Sepanjang Raya
Senario Misteri Malam Raya, 6hb Ogos (Selasa), 9.00 malam – 10.00malam
Wahid, Lan dan Azli bersama isteri masing-masing dijemput ke sebuah banglo mewah untuk berbuka puasa sehari sebelum Hari Raya tanpa mengetahui siapakah tuan banglo tersebut. Tuan banglo tersebut sering menimbulkan masalah kepada mereka bertiga. Keadaan menjadi tegang apabila Wahid, Lan dan Azli mendapati tuan punya banglo ditemui mati setelah elektrik terpadam. Siapakah pembunuh sebenar? Berjayakah Wahid, Lan dan Azli membuktikan diri sendiri tidak bersalah atas kejadian ini?
Pelakon: Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, , Joey, Siti Chubby, Raja Ilya, Shakila Khoriri, Tocai, Gegau
Pengarah: Aeizul Reeza Ismail

OMG Hero Kampung, Raya Pertama, 9.30 pagi – 10.30 pagi
Drama komedi muzikal ini merupakan kesinambungan 4 orang anak muda yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Satu hari, Kampung London dilanda kes kecurian harta misteri. Hampir setiap hari kasut, basikal, motorsikal dan segala barang yang diletakkan di luar rumah hilang tanpa dapat dikesan sehingga menjadi pergaduhan dan tuduh-menuduh sesama penduduk kampung. Pencuri tersebut juga menggunakan taktik hantu untuk menakutkan penduduk kampung supaya tidak keluar rumah. Kumpulan OMG cuba menyelesaikan masalah kecurian setelah studio mereka sendiri turut dirompak oleh pencuri tersebut dan Bo kehilangan gitar kesayangannya. Mereka telah menggunakan alat muzik mereka sebagai perangkap untuk mengesan pencuri tersebut. Berjayakah mereka menyelesaikan kemelut di Kampung London?
Pelakon: Black, Amir Jahari, Anas Ridzuan, One Sofarz, El Faeza Ul-Haq, Shakila Khoriri, Arash Mohd
Pengarah: Tengku Sahilawati

Ayam Ribut Syawal, Raya Pertama, 12.30 tengahari – 1.30 petang
Selepas kejadian kehilangan ayam yang lalu, Wan masih tidak puas hati dengan Aidil dan Fitri kerana dia terpaksa bayar harga yang mahal untuk ayam yang dicuri daripada Pak Malau. Pada pagi sebelum Hari Raya, Wan mengupah Fitri untuk memberikan seekor ayam kepada Pak Malau. Fitri setuju setelah Wan memberi upah. Tibanya di rumah Pak Malau, Fitri disangkakan pencuri ayam. Pak Malau ugut mahu melaporkan kepada pihak polis. Aidil tahu yang Fitri tidak bersalah dan minta tempoh sehingga sebelum berbuka puasa untuk menyiasat siapa yang memfitnah Fitri. Sementara itu, Aidil perlu menjemput sepupunya, Ain dari Kuala Lumpur di pekan. Keadaan menjadi kecoh apabila Ain cemburu dengan Saleha sewaktu mereka memikirkan jalan untuk menolong Fitri.
Pelakon: Naim Daniel, Fazly Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Eyka Farhana, Ilya Buang, Afik, Baby Shima, Haidie
Pengarah: Zulkeflee Mohamad Said

Edisi Khas Raya, Raya Pertama, 11.00 malam – 12.00 tengah malam
Edisi Khas Part 1 & 2, Raya Kedua & Ketiga, 7.00 malam – 7.30 malam
Menghimpunkan sketsa-sketsa tentang isu semasa yang melanda masyarakat kita hari ini. Antara isu-isu yang akan dipaparkan dalam Edisi Khas Raya ialah filem kita wajah kita, lepasan universiti semakin ramai tetapi peluang pekerjaan tidak sebanyak mana, kadar penceraian semakin meningkat, anak-anak zaman sekarang semakin kurang ajar kepada ibubapa dan orang tua serta masalah kes pecah rumah semakin meningkat.
Pelakon: Johan RL, Ropi Cecupak, Bell Ngasri, Jepp Sepahtu, Sharifah Shahira
Pengarah: Zulkeflee Mohamad Said

Bas King Raya, Raya Kedua, 11.00 malam – 12.00 tengah malam
Sebuah program muzikal yang mengisahkan 3 pemuda, Zain, Lan dan Wan merupakan pemuzik dan penyanyi jalanan yang mahu pulang beraya di kampung mereka di Batu Pahat, Johor. Sedang mereka memikirkan jalan untuk mendapatkan tiket bas, mereka terjumpa abang King yang menawarkan mereka untuk pulang ke kampung. Keesokan harinya, Zain, Lan dan Wan menyertai abang King bersama sepasang suami isteri, Karim dan Amy serta pasangan kekasih, Zaidi dan Mona. Semua terkejut apabila abang King sampai dengan van buruk. Dalam perjalanan, Karim dan Amy bertengkar. Zaidi pula resah apabila Mona ingin memperkenalkan dia kepada ibu bapanya yang tidak berkenan dengan Zaidi. Bagi menceriakan suasana, Zain, Lan dan Wan menyanyikan lagu raya. Keadaan yang tidak diingini berlaku apabila tayar pancit dan kehabisan minyak di kawasan kampung apabila abang King membuat keputusan untuk mengikut jalan lama. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Drama Band, Saiful Apek, Roy Azman, Farah Nabila, Jepp Sepahtu, Almy Nadia.
Pengarah: Zulkeflee Mohamad Said

Rahsia Tok Pian, Raya Ketiga, 12.30 tengahari – 1.30 tengahari
Badar telah menghantar anaknya, Afik ke rumah atuk, Pak Hamid, 2 minggu sebelum Hari Raya. Pak Hamid menyuruh seorang pemuda di kampung, Harun untuk menjaga cucunya. Semasa berjalan-jalan di kampung, mereka melalui sebuah rumah besar yang usang. Harun telah membawa Afik keluar dari kawasan itu tanpa memberikan jawapan kepada soalan Afik yang bertanya tentang pemilik rumah usang itu. Rumah itu sebenarnya milik Tok Pian, seorang tua yang suka menyendiri dan mengusik penduduk kampung. Tok Pian bersikap menyendiri kerana pada Hari Raya yang lalu, Isteri dan anaknya mati diserang kerbau menjelang hari raya. Sewaktu Tok Pian berlari meminta tolong, penduduk kampung sangka dia bergurau. Sejak itu, Tok Pian dibelenggu rasa bersalah dan hidup menyendiri. Suatu hari, Afik dan Tok Pian menjadi orang tebusan kepada perompak, apakah yang akan berlaku nanti?
Pelakon: Azhan Rani, Ben Laden, Yassin, Kaza
Pengarah: Zulkeflee Mohamad Said

Rahsia Tok Pian (1)

Bas King Raya (1)

Bas King Raya (2)

Bas King Raya (3)

OMG Hero Kampung (1)

OMG Hero Kampung (3)

OMG Hero Kampung (4)

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peluang Untuk Anda Menjadi MTV World Stage Insider

Trailer Filem KL Gangster 2 Sungguh Ohsem