in ,

Senarai Drama di TV2 Sempena Hari Raya Puasa 2012

Meriah Lebaran di TV2 dengan 6 Telemovie Pilihan Semua

Meriah Lebaran di TV2 dalam meraikan Aidilfitri ini turut tidak ketinggalan memenuhi citarasa penonton seisi keluarga yang ternanti-nantikan drama-drama khas mengangkat kemuliaan lebaran yang diraikan.

Penonton boleh memilih mahu menyaksikan drama sedih, komedi, drama kanak-kanak dan sebagainya yang hakikatnya masih menjadi pilihan untuk ditonton bagi menyuntik lagi semangat raya dalam diri mereka selain daripada peranan disumbangkan oleh lagu-lagu raya. Malah tayangan variasi telemovie sepanjang Syawal ini dilihat mampu melengkapkan sambutan raya rakyat Malaysia.

Drama Fajar Syawal yang menyentuh hati

Saksikan Fajar Syawal (19 Ogos 2012, jam 2.00 petang), Baju Kurung Mama (20 Ogos 2012, jam 1.30 petang), Bonus Hari Raya (21 Ogos 2012, jam 10.00 malam), Panggung RTM : Konangan (23 Ogos 2012, jam 10.00 malam), Duit Kau Duit Aku (26 Ogos 2012, jam 10.00 malam) juga drama komedi kanak-kanak, Aku Bukan Konan (23 Ogos 2012, jam 10.00 pagi) yang kesemuanya disiarkan menerusi saluran TV2.

Fajar Syawal mengangkat kisah seorang bapa yang menjaga dua anaknya setelah rumah tangga yang dibinanya runtuh. Alif dan Fatihah yang masih kecil ditinggalkan oleh ibunya yang telah pun berkahwin lain. Ibunya berhasrat untuk mendapatkan hak penjagaan. Lalu si ayah terpaksa melepaskan anak-anak kepada bekas isterinya dan melalui kehidupan yang lara seorang diri. Drama ini dibintangi oleh Zamarul Hisham, Ayu Raudhah, Puteri Balqis dan Rykarl Raihan.

Kisah pengorbanan ibu dalam membesarkan anak-anak setelah kematian suami melatari drama Baju Kurung Mama lakonan Liza Abdullah, Sheera Iskandar, Ann Abdullah, Nazeera Saudi dan Syed Ali. Ia membayangkan watak Halija yang menyara keluarganya dengan menerima tempahan baju. Apabila anak-anaknya dewasa, pelbagai rintangi perlu dihadaoi Halija lantaran sikap anaknya yang melupakan dirinya.

Ingin menyaksikan penyanyi Misha Omar bergandingan dengan Rashidi Ishak, Zahiril Adzim, Rahim Omar dan Joy Daud dalam sebuah drama, luangkan masa menyaksikan Bonus Hari Raya yang berkisar suasana pejabat dimana kebanyakan pekerjanya suka mengampu. Ia berlainan dengan Roy, penghantar surat yang rajin bekerja. Pada satu hari bos mereka, Datuk Mahbub mengadakan rumah terbuka Hari Raya. Tanpa pengetahuan sesiapa Datuk Mahbub telah menyediakan permainan yang tujuan utamanya adalah untuk mencari pewaris bagi syarikatnya.

Drama terbitan Unit Drama TV mengisi slot Panggung RTM : Konangan mengisahkan kenangan silam dan nostalgia Pak Sudin tentang persediaan menyambut Hari Raya. Pelakon drama ini antaranya Yus Raja Lawak, M ubarak Majid, Eida Moin, Fadilah Mansor, Darling Ngasri dan Jihan Raja Lawak.

Tidak dilupakan drama komedi jenayah, Duit Kau Duit Aku hasil kerjasama dengan SPRM dibarisi pelakon Harun Salim Bachik, Liza Abdullah, Amran Nasaruddin, Estelle Looi, Ramasundram, Eida Moin dan Zaibo.

Untuk kanak-kanak, saksikan Aku Bukan Konan mengisahkan lima beradik berlaian ibu yang tidak pernah bertegut-sapa. Tetapi pada satu hari mereka bersatu hati pulang ke kampung datuk sebelah bapa mereka. Pelakon cilik membintangi filem ini termasuklah Putri Shasha Mashitah, Alif Akmal, Intan dan Finie Don.

Syed Ali dan Sheera Iskandar dalam Baju Kurung Mama

Babak dalam Baju Kurung Mama

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Resident Evil: Retribution Malaysian Premiere With Li Bingbing

Penjimatan Besar di Hari Raya Aidilfitri