in , ,

Tahniah! Ini Senarai 12 Finalis Yang Akan Berentap di Anugerah Juara Lagu 37

Berikut adalah senarai penuh finalis bersama lagu-lagu mereka yang layak ke pentas akhir AJL 37. Tahniah dan all the best untuk semua finalis!

Saingan peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang membabitkan 30 buah lagu telah pun berakhir apabila menyaksikan 12 finalis yang terpilih untuk bersaing pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-37 (AJL 37) dengan mempertaruhkan lagu masing-masing bagi merebut gelaran Juara Lagu. 

Pentas akhir AJL 37 akan berlangsung pada 12 Februari 2023 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil serta turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3.

Berikut adalah senarai penuh finalis bersama lagu-lagu mereka yang layak ke pentas akhir AJL 37 bagi merebut gelaran utama iaitu Juara Lagu dan kategori-kategori lain yang dipertandingkan.

1. Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

2. Debu
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim 

3. Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

4. Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

5. Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone 

6. Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

7. Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

8. Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.Ramle
Komposer : Ezra Kong & A.Ramle 

9. Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

10. Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

11. Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

12. Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JAY ISWAZIR

Babak Cium Dengan Elizabeth Tan dalam Filem, Jay Iswazir Mohon Maaf

Siapakah Pemenang Juara di Pentas Akhir Gegar Vaganza 9 Malam Ini?