in

Senarai 10 Peserta Imam Muda Musim Ke-3

Inilah dia sepuluh wajah kacak bergaya, soleh, lagi diyakini yang akan menyahut cabaran di dalam program realiti pencarian imam generasi baru, Imam Muda musim ke-3 (Imam Muda 3) di Astro Oasis (saluran 106).

Satu majlis pengumuman kesemua peserta Imam Muda 3 telah diadakan pada 22 Mei lalu di Nirwana Ballroom 2, Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur oleh Astro Oasis.

Bermula 28 Mei ini pada jam 6.30, penonton setia Astro Oasis akan dapat menyaksikan sepuluh peserta berkenaan berentap untuk empat episod siaran pertama bagi merebut gelaran Imam Muda.

Imam Muda 3

Budiey di sini ingin mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada semua peserta Imam Muda 3. Lakukan yang terbaik ya.

Mereka adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah,25 dari Kuala Lumpur, Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Diikuti Abdul Jabbar Mohammed Kahar,28 dari Selangor, Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin,26 (Perak), Mohammad azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Selain peserta dari Malaysia, Imam Muda 3 turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Kemboja , Brunei dan senario ini menunjukan program Imam Muda masih relevan dan semakin mendapat perhatian.

Buktinya seorang peserta dari Indonesia, Muhammad Nasir M Yakub Ismail, 26 telah dipilih untuk menghangatkan lagi pertandingan keagamaan ini.

Imam Muda 3 menyaksikan seramai 927 peserta yang hadir dalam sesi ujibakat. Sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding musim lalu, selain memperkenalkan ujibakat secara online sebagai cara terbaru menyertainya.

Program Imam Muda 3 akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 1 Jun ini. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, manakala naib juara akan membawa pulang RM35,000 dan RM15,000 kepada tempat ketiga.

Antara fakta menarik Imam Muda 3:

  1. Uniknya Imam Muda 3 ialah kandungan yang bertemakan Perhubungan Keluarga.
  2. Ustaz Akhil Hayy sebagai hos Imam Muda 3
  3. Peserta ujibakat online diterima dari Malaysia di Mesir, Jordan, Indonesia, Arab Saudi dan Brunei Darul Salam.
  4. Naufal merupakan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia merupakan peserta paling muda bagi musim Ke-3.
  5. Daripada 10 Imam Muda, seorang menjawat jawatan Imam sepenuh masa manakala lapan lagi peserta mempunyai pengalaman mengimamkan solat di Masjid dan Surau.
  6. Dua daripada 10 Imam Muda telah pun berkahwin.
  7. Seramai 7 orang Imam Muda masih lagi belajar di Universiti.
  8. Imam Muda 3 akan bersiaran pada bulan Ramadhan.
  9. Selain bersiaran di Astro Oasis, Imam Muda 3 juga akan bersiaran di saluran 134 Astro Mustika HD.
  10. Kapsul Imam Muda bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.50 petang.
  11. Medan Imam Muda bersiaran setiap Jumaat pada jam 9 malam bermula 1 Jun.
  12. Hadiah utama RM100ribu…. kayo kayo!

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Imam Muda 3

Hos Imam Muda 3 – Ustaz Akhil Hayy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fathia Latiff Bersama Ibu di Dinner Mothers Day Rafflesia

Gambar Anzalna Nassir Bersama Ibu di Mothers Day Rafflesia