in , ,

Pelanggan Astro Boleh Nikmati Siaran Langsung 2022 MAMA Awards

Semua pelanggan Astro boleh nikmati siaran langsung 2022 MAMA Awards dan banyak lagi di tvN (Saluran 395. Tontonan komplimentari tvN (Saluran 395) dari 23 hingga 30 November. Saksikan 2022 MAMA Awards, You Quiz on the Block, House on Wheel 4 & Europe Outside Your Tent!

Semua pelanggan Astro boleh menyaksikan anugerah K-pop terhebat, 2022 MAMA Awards secara langsung dan berhibur dengan program-program pelbagai popular Korea termasuk ‘You Quiz on the Block’, ‘House on Wheel 4’, ‘Europe Outside Your Tent’ dan banyak lagi, di tvN (Saluran 395), semasa tontonan komplimentari yang bermula pada 23 hingga 30 November 2022, menerusi Astro, Astro GO dan On Demand. 

2022 MAMA Awards akan tersedia secara langsung kepada semua pelanggan Astro pada 29 dan 30 November, 3 petang untuk Karpet Merah dan 5 petang untuk majlis anugerah yang diadakan di Osaka’s Kyocera Dome, Jepun. Anugerah tahun ini menampilkan persembahan mengasyikkan secara berturut-turut selama dua hari daripada K-idola terhebat, termasuk:

29 November: Stray Kids, TXT, JO1, Kep1er, HYOLYN, Forestella, BIBI, NMIXX, LE SSERAFIM, tarian istimewa daripada ahli kumpulan Street Fighter dan lebih lagi.

30 November: ITZY, TREASURE, ENHYPEN, IVE, ZICO, Lim Young Woong, (G)I-DLE, NiziU, INI, NewJeans dan lebih lagi. 

Calon-calon 2022 MAMA Awards merangkumi gabungan ikon K-pop teratas seperti BTS, BLACKPINK, Stray Kids, GOT7, TOMORROW X TOGETHER, NCT DREAM, (G)I-DLE, TWICE, ATEEZ, ITZY, ASTRO, dan banyak lagi. Anugerah ini juga akan mengiktiraf K-idola kegemaran peminat dalam kategori ‘Worldwide Icon of the Year’ dan ‘Worldwide Fans’ Choice’.

Sebagai tambahan, sepanjang tontonan komplimentari ini, pelanggan boleh terus berhibur dengan program pelbagai popular Korea, termasuk: 

Program kuiz mengejut ‘You Quiz on the Block’, menampilkan pasangan hos popular Yoo Jae-Suk dari program Running Man dan Jo Se-ho, setiap Khamis, jam 10.30 malam.

Musim baharu ‘House on Wheel 4’, mengisahkan tentang kehidupan mencabar Sung Dong-il, Kim Hee-won dan Rowoon (SF9) ketika mereka tinggal di rumah mudah alih, bergerak dalam bandar sekitar Korea, setiap Rabu, jam 10.30 malam. 

Selebriti dalam percutian di ‘Europe Outside Your Tent’, menampilkan empat pelakon Yoo Hae-jin, Jin Seon-kyu, Yoon Kyun-sang dan Park Ji-hwan, setiap Selasa jam 10.30 malam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAISA

Pesona ‘Story-Teller’ Raisa Tawan Hati Peminat di Konsert Live in Malaysia

Sekitar Pembukaan Besar-Besaran Hotel HYATT Centric di Kota Kinabalu