in ,

Semua Majikan Di Seluruh Negara Wajib Pastikan Pekerja Jalani ‘Swab Test’

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan menerusi satu hantaran dilaman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa, semua majikan di seluruh negara wajib memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

Dan, kos ujian saringan pekerja asing berkenaan akan ditanggung sendiri oleh majikan masing-masing.

Tambahnya lagi, seramai 6,641 pekerja asing dinegara ini dilaporkan telahpun menjalani ujian berkenaan.

Task Force Pantau Pematuhan SOP

Tambahnya lagi, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Turut dipantau ialah 950 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (81).

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248),” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Nicol David Dinobat Pemenang Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia

Program Terbaharu Sepanjang Februari Ini di TV Okey