in ,

Disney Lancar Trailer Terakhir Filem AVATAR: THE WAY OF WATER

Sempena meraikan Hari Avatar, Disney telah melancarkan trailer terakhir filem sekuel yang dinantikan, Avatar: The Way of Water, dari pengarah berwawasan James Cameron.

Filem epik 3 jam ini akan ditayangkan di pawagam pada 16 Disember ini. 

Trailer tersebut menawarkan rakaman terbaru yang menampilkan kepulangan Jake dan Neytiri. Setelah lama hidup aman, mereka sekali lagi akan berjuang demi kehidupan mereka, sepertimana yang berlaku dalam filem pertama.

Ditetapkan sedekad selepas filem pertama, Avatar 2 mengikuti bab seterusnya kehidupan Jake (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) yang kini menjadi ibu bapa. Kehidupan bahagia dan damai keluarga mereka tiba-tiba berubah dengan kembalinya operasi perlombongan RDA di Pandora, yang dalam filem pertama, telah dikalahkan dan dihantar semula ke Bumi.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawa watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Dikatakan Berhenti Mengiklan Pada Platform Twitter

Sinopsis Drama RINDU KASIH Lakonan Ummi Nazeera & Izzue Islam